Antara Muka Dan Air Muka

Kata Peribahasa, air muka bermaksud rupa atau wajah seseorang. Kata Kamus Dewan, jatuh air muka bermaksud menjadi malu. Kata budak-budak, jangan la basuh muka dengan air liur. :D

begitu kejadian manusia di dunia
bermacam bentuk berbagai rupa
anggun kacak dan cantik bergaya
bukanlah ukuran pandangan mulia

antara muka dan air muka
siapa yang punya siapa yang tiada

sedang mulut berkata mesra
sedang bibir lancar berbicara
sedang tangan salam bersama
sedang mata bertentang mata

antara muka dan air muka
siapa mengangkat siapa yang menjatuhnya

Londeh seluar dan tunjuk punggung kepada orang. Nak jatuhkan air muka siapa sebenarnya. Air muka orang atau air muka sendiri?

TehrDemikian kisah 'Antara Muka Dan Air Muka' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


16 Comments

  1. padin says:

    hehee ibarat menconteng arang ke muka sendiri la jawabnya….
    padin baru je tulis kisah 3 Tahun padinnoMy Profile

    1. akubiomed says:

      Tepat sekali perumpamaan yang diberikan oleh bro Padin.

    2. hafizmd says:

      Ramai yg tak sedar, mereka sedang menconteng arang ke muka mak ayah mereka jugak…wanau’zubillah
      hafizmd baru je tulis kisah E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak CintaMy Profile

  2. hilang harta, boleh dicari.
    hilang maruah, malu diberi.
    sekali terpalit arang, selamanya kesal sendiri.
    rainbowcloudy baru je tulis kisah makanan di bawa pulang ke asramaMy Profile

  3. Ini macam kes berkaitan politik jer ni…. :)
    tapi rasanya kalau yg itu, mamat tu yang bodoh, sengaja menjatuhkan air muka sendiri. Kan satu Melaysia dah nampak muka dia tunjuk punggung…. :D :D :D
    Malaysia coin baru je tulis kisah Cara mudah nak jual duit lamaMy Profile

    1. hafizmd says:

      bukan setakat muka, punggung pun malu…
      hafizmd baru je tulis kisah E-book Pilihan:Tak Kenal Maka Tak CintaMy Profile

  4. ghost writer says:

    hanya yg bermuka-muka jer tak leh basuh muka. letih..
    ghost writer baru je tulis kisah 86My Profile

  5. mmg x ptt londeh seluar tu..kalo cuci xpa..huhu
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Komentator Tegar Ogos 2012My Profile

  6. rahman says:

    tunjuk bontot di khalayak ramai.. macam orang tak ada agama…
    rahman baru je tulis kisah Surah Amalan Ibu MengandungMy Profile

  7. donnyien says:

    post ini penuh dingan misteri.. hehe

  8. Cik Siti says:

    kalau bermuka-muka itu yang bahaya…. runtuh segalanya…
    Cik Siti baru je tulis kisah Lupa???My Profile

  9. titan says:

    huh..aku tak suka bermuka-muka. hehe..
    titan baru je tulis kisah Timbulkan perasaan ingin tahu dihatimu..My Profile

    1. hafizmd says:

      timbullah “bak talam dua muka”…
      hafizmd baru je tulis kisah Siri 5:Seloka Budi dan UbiMy Profile

  10. Bro Zulkbo says:

    salam..
    kes londeh seluar malam merdeka
    hari tu ke Bro..?padan muka dah kena
    angkut polis..merasa la gamaknya tido
    dalam lokap..ermm..saya pun tak suka
    perangai melampau anak muda sebegitu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Blog Denaihati Bagi RM6300 Duit Raya Buat Rakan BloggerMy Profile

  11. shraqs says:

    Ini yang dikata,.. bila gelak ramai2, bila menangis sorang2 la jawabnya. :)
    shraqs baru je tulis kisah Cuti – Cuti Merdeka 2012My Profile

  12. Bila kita membuka keaiban org lain.. Allah akan membuka keaiban diri kita……
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Petua Ubat Cirit Birit | Dugaan Masuk Rumah BaruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun