Antara Dua Darjat

Memang ramai orang kaya di Malaysia. Negara kita Malaysia juga antara negara yang kaya dengan sumber alam. Kaya dengan budaya berbagai kaum. Pendek kata, kaya dengan serba serbi.

duduk

Kaya dengan sumber alam menjadikan Malaysia kaya dengan budaya. Sebab apa Malaysia kaya dengan sumber alam memang tak perlu kita fikirkan. Sebab Malaysia kaya dengan budaya, kita semua sudah tahu sejarahnya. Mengapa ramai orang kaya di Malaysia?

Mereka cari peluang
Mereka ambil peluang
Mereka diberi peluang
Mereka dapat peluang

Mengapa di Malaysia masih terlalu ramai orang miskin berbanding orang kaya? Ada orang miskin yang hanya makan sekali sehari. Masih terdapat orang miskin yang hanya tinggal dalam rumah usang. Beratapkan langit dan berlantaikan bumi. Mengapa lebih ramai orang miskin di Malaysia?

Mereka tidak cari peluang?
Mereka tidak ambil peluang?
Mereka tidak diberi peluang?
Mereka tidak dapat peluang?

Orang kaya di Malaysia dapat berbelanja hingga RM520, 000 hanya untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 dari bidaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini. Anak-anak orang miskin di Malaysia pula, setiap hari aku dapat melihat mereka ke sekolah dengan perut kosong sahaja.

Agaknya apa pula aktiviti cuti sekolah anak orang kaya dan anak orang miskin di negara kita Malaysia yang kaya raya ini.

TehrDemikian kisah 'Antara Dua Darjat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. anak org kaya boleh melancong,
    anak org miskin kerja tanam jagung,

    anak orang kaya nak apa2 ibu bapa tanggung,
    anak orang miskin nak apa2 sendiri tanggung,
    LangkawiHomestay baru je tulis kisah Langkawi Bird Paradise and Wildlife ParkMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang banyak beza antara keduanya

  2. nurmisnan says:

    Kaya miskin sama saja brother.. yang penting percutian
    anak2 haruslah diisi dengan aktiviti2 riadah yang sihat
    yang boleh merapatkan hubungan keluarga serta ingatan
    manis utk mereka.. semua orang mampu melakukannya…
    nurmisnan baru je tulis kisah AuthorMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      itulah yang utama
      wang bukan dapat mengukur kebahagian
      tapi kalau tak ada wang, susah juga, kan?

  3. Cikgu Hairul says:

    Tak sangka si kaya sanggup membida sebegitu tinggi walhal masih ramai yang berlapar perut setiap pagi. Kalau kita kata kekayaan negara tak diagih dengan sempurna, ada yang panas telinga.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Ini Pun Kerja JugaMy Profile

    1. tehramuan says:

      kenyataannya memang begitu, cikgu
      ada yang senang dapat peluang/kerja
      ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

  4. zulkbo says:

    salam..
    memang ramai yang kaya di negara kita..
    tapi lagi ramai yang miskin dari yang kaya..

    “…asal pandai bodek mesti ada projek..”
    zulkbo baru je tulis kisah Apa Nama Ibu Negara Singapura?My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      “…asal pandai bodek mesti ada projek..”
      ada irama juga ni, bro :D

  5. zool says:

    anak orang kaya main PS anak orang miskin kena keje di ladang..
    zool baru je tulis kisah Gerai Nasi ayam tempayan dan nasi kambing Batu BerendamMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang banyak bezanya
      moga2 mereka semua gembira

  6. akubiomed says:

    Tersentuh baca entri bro tehr ini. Plate kereta yang mahal sanggup bida pada masa sama ada anak murid ke sekolah dengan perut kosong.:-(
    akubiomed baru je tulis kisah Facebook camera aplikasi baru bukan klon InstagramMy Profile

    1. tehramuan says:

      mujur juga ada Rancangan Makanan Tambahan di sekolah
      dapat juga mereka alas perut

  7. titan says:

    jual plate kereta la lepas nih..
    titan baru je tulis kisah Mencintai Ain Maisarah – Part 1My Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      plate besi jangan jual, bro
      payah nak patah, lambat la orang tukar

      1. iza says:

        satu strategi jugak tu..
        iza baru je tulis kisah Pemilik www1 Sudah Diketahui.My Profile

  8. shraqs says:

    Tak kisah miskin @ kaya,.. paling penting kita kena teruskan belajar & usaha,.. insyaAllah kaya jugak nanti. Paling tidak pun kaya dengan adab & budaya. IMO
    shraqs baru je tulis kisah WordPress Untuk Android Update v2.1.1My Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      kaya dengan budi bahasa juga

  9. Cik Siti says:

    semoga dengan pendidikan dan perut yang kosong itu bisa diisi dengan kejayaan yang akan datang…amin….
    Cik Siti baru je tulis kisah Terima KasihMy Profile

    1. tehramuan says:

      Ramai yang masih bersemangat belajar w/pun perut kosong

  10. ProfHariz says:

    Jika disekolah rendah dan menengah kurang sangat berlaku dua darjat ni jika di kolej dan universiti memang berlaku.

    Dan sudah pastinya kanak-kanak anak orang kaya bercuti dan kanak-kanak anak orang miskin membantu ibu dan bapa berniaga dan sewaktu dengannya
    ProfHariz baru je tulis kisah Blog Hariz Berwajah BaruMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku suka nengok budak2 yang membantu mak ayah berniaga
      Belajar juga tu, kan?

  11. iza says:

    Assalam..
    Anak orang miskin, time cuti sekolah ni akan pergi ke bendang untuk cari ikan dan boleh buat santapan ketika makan bersama keluarga.
    Anak orang kaya mungkin bersantai-santai depan tv, laptop, pc, ps dan macam2 gajet yang disediakan…
    iza baru je tulis kisah Pemilik www1 Sudah Diketahui.My Profile

    1. tehramuan says:

      itulah antara kelebihannya sebagai anak orang miskin
      ada rezeki Allah beri, dapat juga main semua tu nanti

  12. chii says:

    Aktiviti cuti bg anak org kaya ; melancong ke luar negara. Join summer camp.

    Aktiviti cuti bg anak org x kaya ; bekerja d kdai runcit,kdai buku,kdai makan.
    Tlg jaga ank org, adk sendiri.
    chii baru je tulis kisah Mengenang JasaMy Profile

  13. dja@sishaza says:

    ..520 k blh wat mcm2…guna baiki rumah wrga emas,ganti atap bocor baiki lantai blubang, ..hulur utk ank yatim. Dlm rezeki kita sentiasa ada bahagian org lain..renung2 kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun