Angin Oh Angin

Tanya sama pokok, apa sebab goyang. Nanti jawab pokok, angin yang goncang. Tanya sama angin, apa sebab hujan. Nanti jawab angin, tanyalah awan.

Awan pun berkata…

Macam tu la angin. Sengaja buat tak tahu atau memang tak tahu nak jawab apa. Kita pula yang disuruhnya bertanya kepada awan. Bukan saja angin yang tak tahu apa, kadang-kadang kita juga tak tahu angin keluar dari mana. Tiba-tiba je ada bau ‘indah’ dibawa angin menusuk lubang hidung! Huh…

Angin Oh Angin

Angin barat angin utara,
Angin timur pergi selatan;
Apa diharap kepada saya,
Lawa tiada kacak pun bukan.

Mencari remis dekat muara,
Bunga selasih ditiup angin;
Senyum manis kepada saya,
Hati kasih kepada yang lain.

Khabar angin juga kita tak boleh nak percaya. Mesti nak kena selidik dulu benar tidaknya berita yang diterima. Tak pasal-pasal nanti kita pula yang jadi tukang sebar cerita bohong. Tukang sebar fitnah.

Apa guna angin bertiup,
Kalau tidak ribut terasa;
Apa guna berkurun hidup,
Kalau hanya berbuat dosa.

Hidup di musim panas dan berangin ni, kita memang diingatkan untuk berhati-hati. Kebakaran boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Lagi satu, tak boleh sangat kita layan si kepala angin, tak pasal-pasal kita pula yang naik angin.

Boleh terbakar juga tu.

TehrDemikian kisah 'Angin Oh Angin' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. Anuar says:

    Memang mengasyikkan membaca pantun-pantun tentang Alam semulajadi ni… Angin oh angin, sampaikaanlah berita gembira ku kepada penulis blog ini… ;)
    Anuar baru je tulis kisah Limpahan Rezeki Pada Tahun 2013My Profile

    1. TehR says:

      berita diterima :D
      terima kasih, bro

    2. hafizmd says:

      Sekarang, alhamdulillah…dah ada angin bertiup…sebelum ni cuaca panas kering
      hafizmd baru je tulis kisah Jangan Baca Blog AhmadFaizal.com!My Profile

  2. dja@sishaza says:

    Untuk jangka panjang, angin perubahan juga mungkin perlu untuk kehidupan yang lebih baik
    dja@sishaza baru je tulis kisah SISA DARI DAPUR MAMPU SUBURKAN POKOKMy Profile

    1. TehR says:

      memang perlu berumah untuk menjadi lebih baik setiap hari

  3. dja@sishaza says:

    Makan jangan sebarang makan … silap makan badan berangin. Itu yang buat keluar angin dan nak naik angin hihihi :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah SISA DARI DAPUR MAMPU SUBURKAN POKOKMy Profile

    1. TehR says:

      kadang2 ada yang terlepas angin dalam kelas
      nak minta keluar takut cikgu marah
      haha

    2. hafizmd says:

      baik keluar angin dari naik angin….walaupun dua2 susahkan org lain…hahhaa
      hafizmd baru je tulis kisah Jangan Baca Blog AhmadFaizal.com!My Profile

  4. suri says:

    aduh asla baca nak sahaja rasa gelak.angin selalu buat tu angin tak sengaja.kata anak
    suri baru je tulis kisah Kotak Ayat Pengasih Paling Tua Dan MujarabMy Profile

    1. TehR says:

      tak sengaja boleh dimaafkan :D

      1. suri says:

        angin anak bau ok lagi.kalau angin orang dewasa memang tak menahan
        suri baru je tulis kisah Sendawa BeranginMy Profile

  5. sud@is says:

    Apa guna berkurun hidup,
    Kalau hanya berbuat dosa.

    jawabnya
    diri sendiri yang rugi ..
    menyesal tak guna dah

    cantik melur tu..
    sud@is baru je tulis kisah nangka berputik bila kelisa berbunga….My Profile

    1. TehR says:

      sesal kemudian tak berguna

  6. hafiz says:

    Jangan berkawan dgn org yg berangin
    hafiz baru je tulis kisah Murtabak Singapore di MuarMy Profile

    1. suri says:

      kekadanga da buat orang tu berangin.saja orang suka usik dia.maka sebab itu depa mudah terasa
      suri baru je tulis kisah 5 Trick Makanan Terbaik Semasa HamilMy Profile

    2. hafizmd says:

      kalau org yg suka buang angin?
      hafizmd baru je tulis kisah 879 Sebab Kenapa Air Kosong Bagus untuk KesihatanMy Profile

  7. akubiomed says:

    Saya pula ada masalah angin. Jalan yang digunakan ke tempat kerja menjadi laluan lori sampah.
    akubiomed baru je tulis kisah Aktiviti extreme yang diimpikanMy Profile

    1. TehR says:

      itu memang masalah besar tu, bro

  8. Terkena dengan rakan sekerja yang kepala angin, memang haru jadinya. Kena pulak, angin sekarang ni angin panas, lagi la cepat menggelegak kepala sekarang ni.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Serangan Media Arus Perdana terhadap Penulisan IndieMy Profile

    1. TehR says:

      kena belajar mengelak tu, bro
      payah kalau dah berlaga angin

  9. Berangin ke kat sana? Tempat kawe hujan ehh..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Contest: Win A Brazil Football JerseyMy Profile

    1. TehR says:

      memang agak berangin sekarang ni
      hujan dah lama tak turun

  10. ajumohit says:

    perut berangin pun masalah juga ye
    ajumohit baru je tulis kisah Selendang & Dress Muslimah terkini di ButikalianajihaMy Profile

    1. suri says:

      masalah tak makanlah itu sis aju heee
      suri baru je tulis kisah The Lego Movie 2014My Profile

    2. suri says:

      adakah sis aju sedang dalam mood diet haaa
      suri baru je tulis kisah Kotak Ayat Pengasih Paling Tua Dan MujarabMy Profile

  11. shahfir says:

    Cayalah…pasal angin jer..memang menarik..tabik spring..
    shahfir baru je tulis kisah RAJA DADAH JOAQUIN ‘EL CHAPO’ GUZMAN DITANGKAPMy Profile

    1. suri says:

      ada banyak angin perlu di fahami angin kita baik orang pula akan mudah dekati kita
      suri baru je tulis kisah The Lego Movie 2014My Profile

  12. suri says:

    saya ada buat entri tentang sendawa berangin hiii
    suri baru je tulis kisah Sendawa BeranginMy Profile

  13. suri says:

    kalau kat kampung saya suku dudul luar dan borak.pastu angin malas sejuk kena tubuh.kena pula rumah dekat dengan laut selat melaka
    suri baru je tulis kisah Kotak Ayat Pengasih Paling Tua Dan MujarabMy Profile

  14. Alynn says:

    Alynn stay kat pulau…angin kalau kul 9 pg tu memang kuat lah..kipas xpayah buka dari pagi sampai ke malam…jimat..
    Alynn baru je tulis kisah Sakit Belakang Hilang Bila Bangun PagiMy Profile

  15. titan says:

    bila penat kejar budak..memang best bila tiba-tiba ada angin menyapa..
    titan baru je tulis kisah Tulis blog belum cukup Extreme.My Profile

  16. Hoho mantap dengan angin segala cerita disatukan dalam satu ulasan. Jangan masuk angin sudah hehe
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Pakej Pelancongan KembojaMy Profile

  17. zara says:

    Perkataan angin ni ada digunakan si mana-mana sama juga sifat dengan angin ada do mana-mana..
    zara baru je tulis kisah Kegunaan Basic H ShakleeMy Profile

  18. zara says:

    Angin satu badan ;)
    zara baru je tulis kisah Kegunaan Basic H ShakleeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun