Aneh Tanpa Ketakutan

Berkerut-kerut dahi Panglima Amat menerima jawapan daripada Pak Tua Google Translate akan makna sebaris ungkapan baru yang menikam otak tengahnya. Sesudah Subuh tadi telah juga dia bertanyakan isterinya yang sedang bunting sulung itu, tetapi hanya senyum kelat yang diperolehinya. Panglima Amat teringat akan Laksamana.

Langkah panjang Panglima Amat membawanya ke kebun kelapa Laksamana. Dirapatinya anak buah Laksamana yang sedang mengopek kelapa. Mahu ditanyakan juga akan maksudnya ungkapan yang pelik ini.

“Ada apa panglima? Apa yang boleh hamba tolong?”
“Kamu tahu apa maksud Queer Without Fear?”
“Ooo. Ni pasal Seksualiti Merdeka ni. Slogan mereka.”
“Merdeka? Siapa?”
“Ada orang kita buat hubungan sejenis, tak mahu takut-takut.”
“Sejenis? Takut?”
“Mereka ni kawin sejenis.”
“Kawin sejenis apa?”
Lelaki kawin lelaki, perempuan kawin dengan perempuan.”
“Gila!”

Panglima Amat memegang hulu kerisnya erat-erat. Terasa panas mata keris luk sembilan di pinggangnya. Misai Panglima Amat bergerak-gerak menahan geram. Dua ekor bapa ayam sedang bersabung berebutkan ibu ayam di penjuru pagar tidak dipedulikannya.

TehrDemikian kisah 'Aneh Tanpa Ketakutan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. padin says:

    Takut nanti bala bukan hadir sekali, orang lain kena tempiasnya..

    1. b3njy says:

      Harap2 tak sampai ke tahap cam tu …
      b3njy baru je tulis kisah SEBUAH CERITA FANTASI – PART 2My Profile

      1. nurmisnan says:

        InsyaAllah selagi iman masih kuat di dada..
        nurmisnan baru je tulis kisah Cara-cara berjimak dengan betul dan larangannya – bab 2My Profile

  2. zulkbo says:

    salam..
    bila dah terlalu bebas..
    alasan demokrasi di gunakan
    dalam islam ada garis panduan
    hidup yang lengkap..maka
    jalan terbaik kembalilah ke
    jalan Allah jua.
    zulkbo baru je tulis kisah Menderma Organ : Perlukah Seorang Islam?My Profile

    1. b3njy says:

      Bila ini (hubungan sejenis) dah sebati ajaran agama di lupakan itulah yang susahnya ..
      b3njy baru je tulis kisah SEBUAH CERITA FANTASI – PART 2My Profile

  3. Persada says:

    Alham dulillah nampaknya ramai jugak ahli politik dari pas dan juga umno yang bersepakat dalam menentang isu ni…..

    1. b3njy says:

      yang peliknya adakah keluarga golongan ini mengetahui ada ahli keluarga mereka jadi cam tu ?
      b3njy baru je tulis kisah SEBUAH CERITA FANTASI – PART 2My Profile

  4. b3njy says:

    Sebenarnya apa yang berlaku pada golongan sejenis ni a’a sehingga naluri mereka jadi cam tu … dan B3njy merasakan golongan ini semakin bertambah ramai … mingkin ini adalah syndrom baru zaman melenium.
    b3njy baru je tulis kisah SEBUAH CERITA FANTASI – PART 2My Profile

  5. Jai says:

    Tanda akhir zaman.. Walaupun sekuat manapun kita menentang, ianya takkan boleh berhenti sebab itulah tandanya.. Contohnya yang lain pun dah boleh tgk.. Org islam ditentang di seluruh dunia sedikit demi sedikit cuma kita je samada sedar ataupun tidak..
    Jai baru je tulis kisah Siaran Langsung Malaysia vs Singapore | Sukan Sea 2011 Indonesia | 7 November 2011My Profile

  6. dah nak akhir zaman kot….. apa punya orang lerrrr lelaki ngan lelaki pompuan ngan pompuan cehhhhhh…..

    kena tentang habis -habisan dari terus merosakkan negara dan agama

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    Selamat Hari Raya Aidil Adha
    pada Korang semua yerr
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    diy polishing head lamp kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  7. chii says:

    ..memula meminta diri di iktiraf…agaknya..selepas ni apa lagi la yang ingin mereka perjuangkan.
    chii baru je tulis kisah Bagaimana lelaki memikat wanitaMy Profile

  8. nurmisnan says:

    sekarang pula mereka nak benarkan hubungan sejenis
    di Malaysia.. mengapa begitu sempit pemikiran org
    yg memberi idea itu…
    nurmisnan baru je tulis kisah Cara-cara berjimak dengan betul dan larangannya – bab 2My Profile

  9. Mus says:

    semamngnya ini gerakan senyap untuk meruntuhkan akhlak manusia..
    Mus baru je tulis kisah Lobster Gergasi Tarikan Baru Di PitasMy Profile

  10. adele says:

    apa nak jadi lah dgn tanah airku…makin kalut gamaknya.
    adele baru je tulis kisah Tercapai Jua Hasrat Di Hati Meminang Si DiaMy Profile

  11. LadyBird says:

    ayam pun pandai pilih berlawanan jantina tuk bersama.. manusia lak yg pandai2 melawan Tuan.. lebih teruk dari ayam..
    LadyBird baru je tulis kisah Durian Belanda Anti KanserMy Profile

  12. akubiomed says:

    Ada yang halal nak juga haram. Ntahlah apa nak jadi manusia?

  13. hafizmd says:

    Mana2 panglima pasti bergerak2 misainya menahan amarah dgn isu2 sebegini…

    sama2 kita pertingkat jati diri dgn mendekatkan diri padaNYA…ameen
    hafizmd baru je tulis kisah Tahniah N.Sembilan!My Profile

  14. Norizwan says:

    tak bersyukur nikmat halal yang diberi….nak juga yang haram….

  15. ghost writer says:

    ingatlah sejarah pompei,itu peradaban manusia yang hancur.
    ghost writer baru je tulis kisah arkib kehidupanMy Profile

  16. Pacifista says:

    aku takut bala pulak yang datang nanti…
    Pacifista baru je tulis kisah Blogwalking dengan PacifistaMy Profile

  17. yas says:

    ade plak yg dok hentam aku pasal isu nih…dikatanya aku ni cetek pemikiran…ha3x!! aku gelak jee…tp dlm tu aku dok bantai dia balik…:)
    yas baru je tulis kisah GuaBLOG!.Com ~ Revolusi Komuniti BloggerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun