Anak Lelaki Atau Anak Perempuan

Mempunyai cahaya mata memang menjadi idaman bagi pasangan yang berumah tangga. Ada yang kata sebagai penyeri, sebagai ikatan kasih sayang juga sebagai tanda cinta. [Kecuali tanda cinta pasangan haram, mereka ni buang anak sesuaka hati je.] Ada pasangan mahukan anak lelaki, ada yang mahukan anak perempuan dan tak kurang yang mengidam anak kembar.

Duduk bersila dibentang tikar,
Warna biru mengkuang jadi;
Sukar nak beza si anak kembar,
Hanya si ibu yang dapat pasti.

Ada pasangan yang mahukan anak perempuan sebagai anak sulung kerana dapat membantu ibu dalam mengemas rumah. Tak kurang juga yang mahukan anak lelaki sebagai anak sulung, katanya rumah akan menjadi lebih meriah. :D

Atas jemuran kain sejadah,
Atas serambi buah kuinin;
Anak perempuan ada di rumah,
Anak lelaki keluar bermain.

Enak sekali makan berangan,
Buah berangan dari Mukah;
Anak lelaki berlawan lengan,
Anak perempuan berlawan lidah.

Hadirnya seorang anak adalah satu anugerah berserta dengan satu tanggung jawab yang besar. Memang tiada daya upaya kita untuk memilih atau mahu melepaskan diri. Semuanya perlu dihadapi dengan ilmu, doa dan harapan.

Korang rasa yang mana lebih senang untuk diuruskan, seorang anak perempuan atau seorang anak lelaki?

TehrDemikian kisah 'Anak Lelaki Atau Anak Perempuan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. rahman says:

    dapat anak kembar seperti mendapat bonus… bukan semua orang merasa nikmat pemberian anak kembar dari Allah.

    1. tehramuan says:

      betul tu, bro
      aku sendiri suka pada anak kembar

  2. akubiomed says:

    Idaman saya mahukan anak kembar dan perempuan. Menguruskan bayi perempuan lebih mudah dan tidak banyak ragam berbanding bayi lelaki.
    akubiomed baru je tulis kisah Fenomena Sun Halo @ Halo MatahariMy Profile

    1. tehramuan says:

      setakat ni aku setuju
      urus anak perempuan lebih mudah
      tak tahu la masa depan bila mereka dah besar panjang

      1. Naziman says:

        Saya belum kahwin tapi selalu jaga budak. Saya pun setuju, bayi perempuan senang urus. Tapi yang susahnya kalau terlalu manja. Kalau lelaki mula nampak belang masa umur 3 4 tahun.
        Naziman baru je tulis kisah Drama Adam dan Hawa popularMy Profile

  3. mengikut aku yang belum kawen ni, aku nak anak sulung lelaki. macam best…. kikikiki
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah daya tahan kita : petikan ayat Al-Quran 1My Profile

    1. tehramuan says:

      yups, memang meriah dengan adanya anak lelaki kat rumah

      1. yeke?..mungkin adabenarnya juga.. :)
        Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Buah Longan BrazilMy Profile

  4. padin says:

    ikut rasa aku, senang nak urus anak lelaki lagi, ekekee
    padin baru je tulis kisah Sikap PemanduMy Profile

    1. tehramuan says:

      bagi kita lelaki, bro :D

  5. titan says:

    lelaki. senang nak tampar terajang. yang perempuan, tak sampai hati plak..
    titan baru je tulis kisah Dah balik dahhh..My Profile

    1. tehramuan says:

      macam tu pulak
      haha

      1. padin says:

        hahahh itu macam ek?

      2. rahman says:

        ganas betul bro titan.. huhuhu
        rahman baru je tulis kisah Menyinggah di Kedai Rakyat 1 Malaysia Bukit BeruntungMy Profile

    2. Naziman says:

      hahahaha. Tak terfikir pula kan. haha
      Naziman baru je tulis kisah Drama Adam dan Hawa popularMy Profile

  6. Cik Siti says:

    kalau sebelah cik abang adik ipar dengan mak sedare dia ada anak kembar. tapi kalau dapat anak pun tak kiralah lelaki atau perempuan, yang penting dia sihat walafiat
    Cik Siti baru je tulis kisah TestingMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya la, cik siti
      yang penting mereka sihat dan ceria
      tapi anak yang selalu sakit juga, kena terima

      simpati pula pada ibu bapa yang anak mereka selalu sakit

  7. amirulfaiz says:

    Kalau boleh, mahu selang seli, lelaki, pastu perempuan pula. :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Larian 10kmMy Profile

    1. tehramuan says:

      molek tu, bro
      selang seli lelaki dan perempuan

  8. ghost writer says:

    masih dalam penantian.. :)
    ghost writer baru je tulis kisah pro-sahabat-anMy Profile

    1. tehramuan says:

      moga2 segera diberi cahaya mata, ghost

  9. hatiputera says:

    Aku ada anak kembar dua perempuan..terima jer samada lelaki atau perempuan. semuanya senang diuruskan.
    hatiputera baru je tulis kisah Cari keyword popular guna google trendsMy Profile

    1. tehramuan says:

      wah, tahniah, bro
      moga2 sentiasa sihat dan ceria

  10. Bro Zulkbo says:

    salam..
    anak lelaki dan perempuan sama je Bro..bila besar kita pun tak tahu ke arah mana dia nak pergi..ada yang mengharap anak lelaki jaga mak ayah, kononnya anak perempuan bila dah kahwin ikut suami..

    tapi itu dulu..anak lelaki sekarang pun bila dah kahwin lebihkan isteri je..anak perempuan pula yang dapat suami memahami boleh jaga mak ayah yang tua di kampung
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Top 10 Cities With The Worst Taxi DriversMy Profile

  11. catzer says:

    Aku dpt anak lelaki suke gak lah..sbb aku ni tak pandai sgt nak makeup2 anak perempuan..kalau anak laki tibai jerk..hehehe
    catzer baru je tulis kisah Oh! Diapers Muhammad Faris DanialMy Profile

  12. Ajumohit says:

    Pakai baju teluk belanga
    Warna warni cantik warnanya
    Anak2 kurniaan Allah paling beharga
    Tiada beza antara mereka ;)
    Ajumohit baru je tulis kisah 3 kebaikan berbasikal yang mungkin kita tak tahuMy Profile

  13. Naziman says:

    Bagi saya, mana-mana pun ok yang penting ada anak. Kalau boleh biar seimbang. Anak lelaki tolong bapa, anak perempuan tolong emak.
    Naziman baru je tulis kisah Tip blogging TerbaikMy Profile

  14. Persoalan sensitif jugak nie.. Silap cakap nt org kata diskriminasi. So guna jawapan standard lah – dua-dua pon i suka he he…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Deep Purple And Public Enemy Nominated For Rock And Roll Hall Of FameMy Profile

  15. Hafizul says:

    bagi pendapat saya la kan..waktu kecik ni memang mudah nak hjaga..bila dah besar panjang, rasanya anak perempuan lagi susah untuk dijaga..ni pendapat sy jer..pendapat berasaskan pengalaman kehidupan..hehe..nest baby, sy nak baby girl..kalau dapat baby boy, sy syukur jugak..rezeki tuhan bagi, terima la dengan penuh kesyukuran..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #29 – Terima Kasih Di Atas Kesetiaan Selama IniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun