Anak Bulan vs Anak Kita

itu anak bulan ini anak kita
dah sebulan muslim berpuasa

dulu anak bulan Ramadhan
siang hari ditegah makan

sekarang bulan Syawal pula
umat Islam sambut hari raya

hari Rabu nanti nak dicerap
tapi bukanlah dari atas atap

mungkin kita raya hari Jumaat
jangan lupa nanti solat sunat

baju baru semua dah beli?
baju anak juga baju isteri

kuih muih rendang ketupat
untuk tetamu jauh dan dekat

servis kereta jangan pula lupa
jaga keselamatan di jalan raya

hari raya untuk kita bersyukur
bukan sesat jalan arah kubur

pesankan anak kecil atau besar
main mercun memang duit dibakar

“jangan main mercun ya sayang
nanti jari-jemari akan hilang”

juga jaga diri dalam pergaulan
salah langkah nanti merana badan

Majlis Raja-Raja telah memperkenankan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal telah ditetapkan pada 8 September 2010 iaitu hari Rabu nanti. Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Antara tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak).

Selain itu di Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

TehrDemikian kisah 'Anak Bulan vs Anak Kita' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun