Anak Buah

Kelantan Juara Piala Malaysia 2013. Mesti penyokong Pahang dan anak buah Dollah Salleh tak dapat terima. Perlawanan belum berlangsung tapi aku dah tulis Kelantan juara. Jangan marah. Aku saja nak bagi contoh.

anak buah a) orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga (negeri dll); b) orang yg temasuk dlm sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang; c) pekerja di kapal (kapal terbang dll); Kamus Dewan Edisi Keempat

Anak buah Dolah Salleh tak gentar ancaman Kelantan.
Anak buah Bojan Hodak yakin jinakkan Tok Gajah.

bojan vs dollahDalam tempoh seminggu ni banyak cerita mengenai anak buah oleh peminat sukan bolasepak. Lebih-lebih lagi mengenai anak buah kedua-dua jurulatih, Pahang dan Kelantan yang akan bertarung di Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 malam nanti.

Petang berangin baju basah,
Hendak memasak gulai kari;
Kepala angin si anak buah,
Ketua pula tak ambil peduli.

Ketawa beruk mulut ternganga,
Terjumpa rambai dalam baldi;
Biarlah buruk wajah dan rupa,
Asalkan pandai mengambil hati.

Peribahasa :
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan.

Takrif :
Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.

kelantan vs pahangAnak buah aku ada di rumah sekarang, ambil kesempatan datang berziarah sempena Cuti Deepavali. Dapatlah kami sama-sama menonton siaran langsung perlawanan Kelantan vs Pahang malam nanti. Harap-harap dia juga dapat sokong Kelantan untuk muncul Juara Piala Malaysia 2013.

Tapi kenapa anak buah, bukan anak pokok? Anak buah dengan anak pokok tak sama ke?

TehrDemikian kisah 'Anak Buah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


6 Comments

  1. papa mifz says:

    Shah Alam sekarang dah sesak dengan kehadiran penyokong kedua2 belah pasukan…
    papa mifz baru je tulis kisah Mesra Oktober 2013My Profile

  2. ramai konvoi dari pahang ..
    tapi tadi sy nampak kemalangan penyokong pahang ..
    dahsyat
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Bisnes Online Dikenakan GSTMy Profile

  3. hujan puLak ni…harap2 siaran astro ok.. hehe
    the malay male baru je tulis kisah menebuk lubangMy Profile

  4. zik says:

    kebanjiran tentera pahlawan merah distadium shah alam…
    zik baru je tulis kisah Pentas akhir, pahang vs kelantan piala malaysia 2013My Profile

  5. zool says:

    ntahlah dari dulu orang panggil anak buah..
    zool baru je tulis kisah Bas sekolah jatuh dari jambatanMy Profile

  6. Hafizul says:

    Hahaha..anak buah ngn anak pokok..beza la tewwww..kahkahkah
    Hafizul baru je tulis kisah Ayah Hisap Susu IbuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun