Anak Balik Beraya Mak Ayah Susah Hati

Anak-anak balik beraya, mak ayah pula susah hati. Boleh jadi ke macam tu? Tak pelik ke? Aku masih lagi mahu bercerita kisah hari raya biar pun hari ini dah masuk seminggu kita beraya. Sebab apa aku masih berkisah mengenai raya ni? Sebabnya… Biskut raya masih berbaki lagi! :D

Ok. Balik kepada kisah mak ayah susah hati bila anak-anak balik beraya. Apa yang aku perhatikan ada beberapa sebab dan keadaan yang menimbulkan susah hati mak ayah di kampung. Pastinya kerana telatah anak-anak yang balik beraya.

buih sabun

PERTAMA – Tiada buah tangan untuk adik-adik. Kesian adik-adik di kampung yang dah sebulan bercerita mengenani abang/kakak yang akan pulang beraya. Bangga sangat mereka kerana abang/kakak dah bekerja di kota. Pastinya dah dapat gaji dan boleh belikan hadiah untuk mereka. Sudahnya, habuk pun tak ada kecuali duit raya.

KEDUA – Beraya bersama rakan. Ni lagi satu hal. Dah bekerja di bandar dan ada rakan sekerja yang sama-sama pulang beraya, terus tak sempat nak menjenguk sanak saudara. Ke hulu ke hilir berziarah rakan sekerja yang sama-sama pulang dari kota. Sangat tak patut ni.

KETIGA – Beli mercun dan bawa pulang mercun. Ni kes yang tak patut diamalkan. Bising satu kampung dengan bunyi mercun. Habis terkejut segala tupai dan beruk yang sedang nak layan tidur. Mujur saja mak ayah tak sakit jantung. Jiran keliling juga pasti ada yang tarik muka masam nanti.

KEEMPAT – Lupa diri. Hanya beberapa bulan di kota dah berubah perangai. Patut ke pulang beraya dengan rambut kuning dalam songkok atau dalam tudung? Tak ada maknanya bila tunduk mencium tangan, mak ayah pula nampak rambut anak dah bertukar warna. Tu belum dikira fesyen seluar pendek lagi tu…

KELIMA – Buah tangan untuk bos dan rakan sekerja. Balik kampung tak beli hadiah untuk adik-adik, tiba-tiba beli buah tangan untuk bos? Gila ke apa. Dah tu minta tolong mak ayah yang carikan ole-ole yang nak dibawa pulang ke tempat kerja. Ada ke patut?

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut sukanya hati
biar ke mana melangkah pergi
perlu ditimbang gerak dan geri

Begitulah apa yang aku perhatikan dalam beberapa tahun kebelakangan. Tidak berniat untuk menghentam sesiapa cuma aku meluahkan pendapat sahaja. Setiap rakyat Malaysia berhak memberi pendapat, kan? :D

TehrDemikian kisah 'Anak Balik Beraya Mak Ayah Susah Hati' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. kakmahh says:

    sesuatu yang sememangnya berlaku sekarang.

    1. tehramuan says:

      walau pun bukan semua, kan?

  2. Nurmisnan says:

    Pulang ke kampung bertemu mak abah sht menggembirakan
    Hati mereka. Lg2 bila disertakan Dan buah tgn yg paling is times
    Utk mereka. Semakin luas reeking Dan pahala kita.njgnlah menyusahkan
    Mereka… Hiburkan hati mereka Selamat masih ada
    Nurmisnan baru je tulis kisah Top link referral Ogos 2012 Raya kongsibersamanoraMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, bawa pulang kegembiraan je
      bukan kegusaran dan kesedihan

  3. Bro Zulkbo says:

    salam..
    kalau ada cucu 1-3 mungkin gembira
    mak ayah di kampung menanti kepulangan
    cucu-cucu tercinta…tapi kalau dah 18 orang cucu
    berlari atas rumah…mana tak pening mak ayah
    kena pula yang ada sakit jantung ke apa kan?
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Apple Menang Saman Dan Samsung Diarah Bayar $US1 BillionMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      riuh rendah dengan suara anak cucu
      sesekali je tu, bro

  4. padin says:

    hehee bapak aku lain plak, bila balik je mesti tanya “mercun ada?” wohaaa.. emm entahlah kan.. makin berbeza suasana sekarang huhuu
    padin baru je tulis kisah Salam Aidilfitri 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      kalau jarak antara rumah jauh2
      ok juga, bro
      tapi kalau macam rumah mak aku tak sesuai main mercun, nak selisih motosikal pun payah

  5. kakyong says:

    salam eidulfitri cikgu teh..
    lama bebenor tak singgah blog ni..

    baru terasa nak BW..
    kakyong baru je tulis kisah Syawal sudah seminggu berlaluMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam aidilfitri untuk kakyong dan keluarga juga
      biskut ada lagi ke? :D

      1. suri says:

        selamat hari raya bro
        suri baru je tulis kisah TengkolokMy Profile

        1. tehramuan says:

          selamat raya
          biskut ada lagi ni :D

  6. Juan says:

    apa yg bro tuliskan tu memang realiti, itulah zaman skrg, saya pon x suka lihat adik adik saya berubah menjadi yg lain lebih lebih lagi yg negatif
    Juan baru je tulis kisah Salam Raya dari Admin wanwidget.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, bro
      siapa pun tak suka tengok

  7. akubiomed says:

    Ada perkara yang mengembirakan dan ada perkara yang merungsingkan. Sebagai anak pandai-pandailah menjaga hati orang tua.

    Kalau mengenai cucu yang tengah lasak tak boleh hendak buat apa dah. Lagi lah kalau berjumpa saudara mara sudah tentu riuh. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Sudah masanya pulang ke sarangMy Profile

    1. suri says:

      ank2 klu jumpa mmg riuh bila gaduh jecik2 bkh buat kita naik mrh pula tapi main nak sama2 hiiii
      suri baru je tulis kisah Dia Bukan MilikkuMy Profile

      1. tehramuan says:

        yups, memang tak dapat nak elak bila cucu2 dah berkumpul
        sabar je la

  8. titan says:

    moh..datang beraya ke banting la..
    titan baru je tulis kisah 5 Cara nak jadi penulis review yang menjual.My Profile

    1. suri says:

      pi raya cutikan tgl berbaki lagi..
      suri baru je tulis kisah Dia Bukan MilikkuMy Profile

      1. tehramuan says:

        memang kena ke banting tu kalau nak rasa cendol raya :D

  9. kakyon says:

    perkara utama yang menyusahkan hati emak bila anak2 balik tinggalkan sampah sarap(pempers cucu) kain baju tak berbasuh (kekonon lupa)pinggan mangkok tak berbasuh, tilam bantal tak bersusun. penat emak nak uruskan semuanya..huhu.
    nak2 kalau emak yang pembersih..makan hati..huhuh
    kakyon baru je tulis kisah selamat hari rayaMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang ada yang macam ni, kakyon
      tak sudah2 nyusahkan mak ayah

  10. kalo letak anak sendiri utk mak ayah jaga tp die kuar beraya lagik haru..huhu
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah #BoycottAppleMy Profile

    1. suri says:

      anak mmg tka bgi ibu bapa rehat namaya geeee
      suri baru je tulis kisah Dia Bukan MilikkuMy Profile

    2. tehramuan says:

      betul tu, ada mak ayah yang terpaksa jadi pengasuh pula
      patutnya bawa mak ayah beraya sama, kan?

      1. hafizmd says:

        bab yg jadi “pengasuh” tu mmg ambe setuju…

        pasai apalah anak2 sanggup ‘susahkan’ lagi mak ayah tu?
        hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #6 Kahwin?My Profile

  11. suri says:

    dia sllu bwa kuih raya utk bos adalah heee
    suri baru je tulis kisah Dia Bukan MilikkuMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      boleh saja tu, suri :D

  12. hafizmd says:

    Gembirakan mereka selagi mereka ada. Inilah yg paling menggembirakan mereka.
    hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #6 Kahwin?My Profile

  13. Hafizul says:

    sebab yang pertama tu agak menarik juga..aku dulu-dulu masa zaman kecil memang mengharapkan hadiah dari abang dan kakak yang pulang beraya..tapi apa aku dapat..duit raya jer..hampeh..nak jer aku bgtau dan buat announcement, yang aku tak nak duit raya..aku nak hadiah mcm baru baru, mainan baru, kasut baru..haha..itu la rencah di zaman kanak2 dulu..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 – Helmet Versi Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun