cahayacinta pondokkecil bayuk3nangan
tak kenal maka tak cinta
akubiomed pondokkecil apacerita
tehramuan

Anai-anai, Semut, Lalat, Nyamuk Dan Tikus

Kalau hendak dijadikan panduan, boleh sahaja diperhatikan kepada alam sekeliling seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan serta sekecil-kecil serangga seperti anai-anai, semut, lalat, nyamuk atau tikus. Semuanya diciptakan untuk kita berfikir dan mengambil pengajaran.

sibuk anai-anai mencari habuan
pandai sahaja ambil kesempatan
di mana peluang di sanalah jalan
berlalu saja keberkatan ramadhan

seperti sang semut tekun bekerja
berkat ramadhan gigih berusaha
bijak mengumpul bekalan berjuta
setahun sekali musim menjelma

lalat dan nyamuk golongan alpa
tiada disedari fadhilat menjelma
berbuat maksiat berbuat bencana
peluang yang ada terbiar sahaja

tikus hanya makhluk perosak
nafsu makan sangatlah tamak
baik buruk melayan kehendak
mengisi perut sehingga senak

Entri ini Mr Tehr sesuaikan dari blog Zik. Singgahlah ke sana untuk membaca dengan lebih lanjut.

TehrDemikian kisah 'Anai-anai, Semut, Lalat, Nyamuk Dan Tikus' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



12 Comments

  1. Jai says:

    Bagus betul pandtun ni dibuat applikasi daripada entry zik…
    Pantun untuk dibulan ramadhan…

  2. padin says:

    memang kreatif.. sememangnya banyak benda dalam alam ni yang kita boleh jadikan panduan, samada kita mahu berfikir atau tidak saja :D
    padin baru je tulis kisah Jangan Mendabik DadaMy Profile

  3. Cik Siti says:

    ermmmm dalam tersurat ada tersirat….
    Cik Siti baru je tulis kisah Cerita Baju Raye…My Profile

  4. semua benda dan hidupan di bumi allah ni kalau kita perhati betul2, maka banyak pengajaran yang kita boleh terima. Begitu juga blog teh ramuan dan zikopedia.. :D Nice entry bro..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Wordless Wednesday #7 – London On FireMy Profile

  5. yas says:

    Setuju sesangat bro…sbb tu mende/perkara lain byk apply dr makhluk2 lain ciptaan Allah S.W.T…cthnya silat,kung fu
    Nice entri pepagi ni bro…:)
    yas baru je tulis kisah Rusuhan di UK- Kerana seorang, satu negara huru hara..My Profile

  6. zulkbo says:

    salam..
    ermm..entah yang mana lah
    kita tergolong ye..tak berani nak
    hakimi diri sendiri kerana jauh
    sekali nak sempurna puasa rasanya,
    wallahualam..
    zulkbo baru je tulis kisah Wordless Wednesday # 7 : Ketenangan Dan DamaiMy Profile

  7. maza says:

    huhuhu.. ngeri dok ada dlm otak sehhh

    semut hitam atas jambatan
    lebah menghurung bunga jambangan
    hidup elak dari berhutangan
    terhindar sudah jadi gelendangan
    maza baru je tulis kisah Wordless Wednesday: aktiviti orang kampung bersantai di bulan Ramadan dan bulan-bulan lainnyaMy Profile

  8. shameel says:

    bila alam dilihat secara tersirat, kita akan semakin faham tentang makrifat.
    shameel baru je tulis kisah SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM) – [SIJIL MASIH SAH]My Profile

  9. Norasikin says:

    Kasihan sungguh menjadi serangga
    Umur pendek tetapi berharga
    Kasihan sungguh menjadi manusia
    Umur panjang tetapi sia-sia
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Dodol Mahkota TradisionalMy Profile

  10. adele says:

    xtaulah sy dlm golongan mana..sedihlah plak dgn diri sendiri yg byk melakukan dosa..
    adele baru je tulis kisah Stress Buat Keje? Nah..Baca Ni..My Profile

  11. akubiomed says:

    Dekat rumah pantang makanan terdedah pasti dihinggap semut. Orang kata makan semut otak akan jadi bengap :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Cicak Tokek disuntik silikonMy Profile

  12. hafizmd says:

    Bazar Ramadhan penuhnya sepetang
    Ramainya manusia tak menang tangan
    Masjid surau ayuh kita bertandang
    Jadikan amalan bukan setakat bulan Ramadhan
    hafizmd baru je tulis kisah 5 cara untuk belai komputer…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar