Amaran

Hai. Apa khabar semua? Kali ini kita bersantai mengenai topik amaran. Sekadar menghangatkan cerita yang biasa kita dengar sama ada daripada media, ibu bapa, guru-guru disekolah atau sahabat. Kadang-kadang ada amaran lisan, kadang-kadang ada amaran bertulis. Pernah terima amaran?

amaran 1. perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras): membuang kerja dgn tidak memberi ~ terlebih dahulu; ~ lisan peringat­an keras yg diberikan secara lisan (tidak mene­rusi surat rasmi). Kamus Dewan Edisi Empat

jalan bersama di tengah pasar
kumpulan anjing nanti mengejar
bukankah amaran sudah dikhabar
kenapa kalian bertindak engkar

Engkar dengan nasihat atau amaran yang diberikan, memang akan menerima padah. Musim tengkujuh, banjir, tanah runtuh, jerebu, kemarau, tsunami atau wabak penyakit misalnya, kerajaan sentiasa mengeluarkan amaran untuk semua agar sentiasa berjaga-jaga dengan harta benda dan nyawa.

apabila musim tengkujuh tiba
sudah pastinya laut bergelora
dipukul ombak berebut nyawa
anak isteri menanggung derita

Kaum wanita terutama remaja dan kanak-kanak juga sentiasa diberi amaran agar berhati-hati di mana sahaja berada. Bersiar-siar, bermain atau bergaya bukanlah ditegah. Kita hanya tidak mahu cerita gembira bertukar menjadi cerita sedih dan kisah duka yang berpanjangan.

pakaian seksi menjolok mata
kawasan sunyi sangat bahaya
penjahat jalanan rosak kepala
kadang ada kehilangan nyawa

Belajar menerima dan memahami amaran yang diberikan sangat penting dalam kehidupan harian. Memberi amaran juga perlukan kebijaksanaan dan tolak ansur. Kalau salah cara, tiada siapa yang mahu mendengarnya. Bukti kejadian dan malapetaka sudah sering kita dengar di mana-mana. Hanya kita sahaja yang mungkin malas korek telinga.

TehrDemikian kisah 'Amaran' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. zik says:

    amaran yang dikeluarkan dlam laporan kaji cuaca kena ambil kira..tapi amaran berbaur pergaduhan.. diabaikan sahaja
    zik baru je tulis kisah Pokok kelapa laut, asal-usul dan ciri-cirinya khas.My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, zik
      mesti pandai menerima dan mentafsir arahan

      1. LiFe KaMi says:

        betul tu,
        kita kena menilai sesuatu amaran tu,
        tapi selalunya amaran adalah benda yg patut kita jauhi segera sebelum mendatangkn kemudaratan..
        LiFe KaMi baru je tulis kisah Jogging Di Tasik PutrajayaMy Profile

        1. tehr says:

          terutamanya kalau amaran yang melibatkan nyawa
          memang tak boleh nak dibuat main2

  2. zulkbo says:

    Salam..
    ermm..amaran tsunami akan
    di keluarkan apabila gempa
    melanda..tak gitu Bro..?
    :D
    zulkbo baru je tulis kisah Google Akan Hapus Private Profile : Bermula 1 Ogos 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam
      selalunya macam tu la, bro
      cuma kadang2 ada tsunami daratan
      payah nak dapat amaran awal

  3. titan says:

    hoho..amaran..amaran..kekadang..ramai yang lupa..
    titan baru je tulis kisah Tips naikkan Alexa rank cara Titan – Part 1My Profile

    1. tehr says:

      atau ramai yang buat2 lupa, titan :D

  4. adah says:

    amaran…apabila engkar, buruk padahnya….hurmmm
    adah baru je tulis kisah Api yang membara….My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, adah
      orang kata saja cari penyakit
      hehe

  5. padin says:

    kih3 masa belajar dulu entah berapa banyak amaran da..
    sampai sekarang masih ada yang ingat.. :D
    amaran ni bukan suka2 kita buat kan, mesti ada sebab2 nya,

    1. tehr says:

      sekarang beri amaran la pulak, bro
      hehe

  6. Juan says:

    arahan tu untuk mengajar kita erti patuh kepada kebaikkan
    Juan baru je tulis kisah Aenicia House – Taman Seri ImpianMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, juan
      semuanya untuk kebaikan besama

  7. Esempoi says:

    lagi diberi amaran lagi la nak buat.. hehe
    Esempoi baru je tulis kisah Rekabentuk Katil Yang SempoiMy Profile

    1. tehr says:

      itu la yang banyaknya berlaku
      hehe
      teringat pulak kes2 masa kecil :D

  8. jika amaran dan peringatan Allah dikukuhkan dalam ingatan, insyaAllah dengan sendirinya mana2 amaran yg tidak bercanggah dgn hukum agama mampu dipatuhi
    tengkorakemas baru je tulis kisah Kebenaran sebenarMy Profile

    1. suri says:

      wah biar benar TE..tegas sangat dong,,
      suri baru je tulis kisah 4 Cara Mudah Membakar Lemak Dalam BadanMy Profile

      1. tehr says:

        memang kena tegas, suri
        bukan satu permintaan tapi ni amaran
        memang bahaya

    2. tehr says:

      memang sepatutnya begitu, TE
      agama kita dah cukup sempurna
      semua dah diatur

  9. suri says:

    amaran jgn ponteng sekolah…jangan dtg lewat nnti pengawas catat nama kita kat depan pintu pagar ngeeeee
    suri baru je tulis kisah 4 Cara Mudah Membakar Lemak Dalam BadanMy Profile

    1. tehr says:

      macam2 jenis ‘jangan’ ada kat sekolah, kan suri :D

  10. puteri says:

    amaran………..
    apa tu..
    amran nama orang tahu la
    puteri baru je tulis kisah the TRUTHMy Profile

    1. tehr says:

      amran mana pulak ni, puteri ;)

  11. yas says:

    Aku kalau bab2 amaran ni jantung mudoh ngat nok bedebonye bro…hehehe

    #Faktor usiaaa….:)
    yas baru je tulis kisah Tawau, Here we come!!My Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, yas
      apa2 berlaku nanti kita juga yang susah

  12. sud@is says:

    amaran demi amaran ada juga yang berani
    macam mat rempit
    perokok, pemandu bas dan byk lagi
    semuanya dipandang enteng…
    sud@is baru je tulis kisah Jangan Tidur Sebelum 4 PerkaraMy Profile

    1. tehr says:

      memang jenis tak makan saman ni, sud@is

  13. amaran,merokok membahayakan kesihatan.
    tak gitu suma?huhu:)
    izariahzainal baru je tulis kisah Korea sightseeing 2011-Part IIMy Profile

    1. tehr says:

      betul3X

  14. akakcomey says:

    Banyaknya amaran dia…

    1. tehr says:

      yups, macam2 ada, akak :)

  15. Mus says:

    amaran adalah baik untuk mengingatkan kita semula..
    Mus baru je tulis kisah Peluang Keemasan Berada Di Cockpit Pesawat ATR 72-500 FireFlyzMy Profile

    1. tehr says:

      memang untuk semua, mus
      untuk kebaikan bersama

  16. ohcikgu says:

    saya suka bagi amaran dengan pelajar saya. Jangan tak bawa buku ke sekolah..jangan malas..jangan ponteng sekolah..jangan ngorat saya..haha..
    ohcikgu baru je tulis kisah (Video Bersih 2.0) Truth that Cannot be Covered – Malaysian Lady of LibertyMy Profile

    1. tehr says:

      eh, jangan ngorat pun ada amaran juga?
      huhu

    2. bEe says:

      Tu cikgu ensem jek selalu akan bagi amaran cenggituh

      Tak gitu ohcikgu!!! :-D

  17. ghost writer says:

    kawasan sunyi sangat bahaya
    silap langkah ada penjenayah
    kadang ada kehilangan nyawa
    lebih teruk lagi hilang maruah…

    selagi belum terkena,amaran cuma kata-kata senda.
    ghost writer baru je tulis kisah harga sebuah tugasMy Profile

    1. tehr says:

      kalau sunyi ada penjenayah
      berhati-hati ketika berjalan
      paling teruk hilang maruah
      hancur hati merana badan

      tu la pasal, ghost
      ramai yang buat acuh tak acuh je dengan amaran yang diberi

  18. maza says:

    entahnya degil kan.. hehhe

    selalunya hero itulah yg degil…
    tapi penjahat pun degil gak.. hmmm?
    maza baru je tulis kisah Cinta Kulapuk dan sahabat handainya…My Profile

    1. bEe says:

      Hero tu utk maza jek wokeh!!!!

  19. bEe says:

    Mcm2 amaran ada
    Ada amaran berbaur enak
    Ada juga amaran yg berbaur kurang enak….

    Kita sbg rakyat perlu menilai amaran mana satu plg enak.. hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun