Amaran Ribut Tropika Sonamu

Taklimat ringkas berkaitan Amaran Ribut Tropika Sonamu yang diramalkan melanda sekolah-sekolah di pesisir Kelantan. Taklimat diberikan oleh Guru Besar kepada semua warga sekolah pagi tadi. Pelajar dan guru-guru dinasihatkan mencari tempat perlindungan yang sesuai sekiranya bencana ribu Sonamu ini benar-benar melanda sekolah.

Angin kencang dan laut bergelora diramalkan berlaku di Laut China Selatan yang akan membawa hujan lebat antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kemungkinan besar pada 8 Januari [besok], jam dua petang.

Apa yang aku jumpa di Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) adalah seperti di bawah ini.

Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada  03:00PM 07 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).Masa Pencerapan : 2:00 petang, 7 Januari 2013.Kedudukan : Latitud 6.4 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 524 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 571 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

Sesiapa yang tinggal di kawasan rendah dan sentiasa dinaiki air molek sangat untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Moga-moga Ribut Tropika Sonamu ini tidak melanda negara kita.

TehrDemikian kisah 'Amaran Ribut Tropika Sonamu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. hafizmd says:

    Ambe baca jugak pasal ribut Sonamu ni pagi tadi. Siap cakap yg tsunami bakal mendarat di pantai batu buruk, bakal tenggelamkan hospital KT sedalam 2 tingkat…mmg over sungguh tukang cerita ni…

    p.s. risau ambe, rumah kat kampung mmg betul2 kat pantai. Moga semuanya dalam lindungan Allah jua…ameen
    hafizmd baru je tulis kisah 9 Petua Awet Muda | Perasan Muda?My Profile

    1. akubiomed says:

      Melampau betul cerita yang ditokok tambah boleh mencetuskan situasi panik. Didalam hal ini tidak boleh dibuat main-main.
      akubiomed baru je tulis kisah Ribut Sunamo penduduk Pantai Timur dinasihat jangan panikMy Profile

  2. donnyien says:

    Baru juga tahu berita ini di blog sahabat tadi. Moga kita di jauhkan dengan malapetaka ini. Di kampung saya juga asyik hujan sahaja sejak beberapa hari yang lepas.
    donnyien baru je tulis kisah Impian baru seorang bloggerMy Profile

  3. titan says:

    gua rasa banting ok lagi..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 9 dari Jobdirumah.comMy Profile

  4. aku doakan tiada tempias pun kena kat negara kita. amin…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah cermin peribadiMy Profile

  5. Bro Zulkbo says:

    salam..
    berhati-hatilah ye..?
    sediakan payung sebelum hujan..
    sediakan perahu takut banjir :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Amaran Banjir Akibat Ribut Sonamu Melanda PahangMy Profile

  6. dengar juga tadi kat tv… semoga tak teruklah ributnya…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Azam tahun lepas 2012 pun tak tercapai, Ada hati bercakap azam tahun baru 2013. Lemah aku dengar.My Profile

  7. nazray says:

    hati-hati siapa yang duduk pantai timur tu, doakan kesejahteraan mereka.
    nazray baru je tulis kisah Asal usul nazray(dot)comMy Profile

  8. hatiputera says:

    Semoga tiada apa-apa yang berlaku di negeri kelahiran HP. Semoga allah melindungi kita semua.
    hatiputera baru je tulis kisah Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam 2013My Profile

  9. khairil says:

    dengar dari berita insyaAllah tak ada apa-apa yg berlaku. kita berdoa sambil buat persiapan kalau jadi benda tak diingini.
    khairil baru je tulis kisah 6 Keretapi Paling Comel Dan Pelik Yang Hanya Terdapat Di JepunMy Profile

  10. kakyon says:

    semuga tiada perkara buruk berlaku di sebelah pantai timur. mohon dalam perlindungan Allah..ameen.
    kakyon baru je tulis kisah dugaan!My Profile

  11. yas says:

    Semoga semuanya selamat bro….
    yas baru je tulis kisah 10,000 Tiket Percuma Dari AirAsiaMy Profile

  12. UmmiKami says:

    Salam hurmat..

    Sediakan payung sebelum hujan, apapun berdoa dan istiqamah mudah-mudahan sentiasa di dalam perlindungan Allah swt…amin.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Ada Lagu Dalam Pantun..^^,My Profile

  13. Moga-moga amaran shj. Mintak dijauhkan tuhan mende2 cam ni.. aminnn…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Heavy Metal Compressorhead: Ace of SpadesMy Profile

  14. shraqs says:

    Sama2 mendoakan agar Sonamu tidak memberikan kesan yang besar pada penduduk di sekitar.
    shraqs baru je tulis kisah Cara Mendapatkan Kembali WiFi Password Di Android SmartphoneMy Profile

  15. hafizmd says:

    Alhamdulillah…dah telefon kampung (rumah dekat ngn pantai), semuanya ok…anginpun biasa2 saje…moga takde ape2 yg berlaku…ameen
    hafizmd baru je tulis kisah Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013 | Bola SepakMy Profile

  16. fiezaradzi says:

    harap-harap yg baik2 je berlaku. doa agar negara kita terselamat dari bencana alam ni. keluarga mentua duduk dekat dgn pantai, so harap semuanya berada dalam keadaan selamat
    fiezaradzi baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik Malaysia 2012My Profile

  17. hairulafiz says:

    semogo Allah melindungi kita…
    hairulafiz baru je tulis kisah Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs PahangMy Profile

  18. Hairul Azni says:

    Kuantan ok setakat ni..cuaca pun tak hujan..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Bantuan-Bantuan Khas KerajaanMy Profile

  19. de engineur says:

    Tak baik org tokok tambah veritable mengenal ribut tropika ni. Wlu bagaimana pun, elok berjaga2 juga lah sebab JMM pun sdh keluarkan kenyataan/ nasihat
    de engineur baru je tulis kisah Malaysia Monument @ Tugu Peringatan MalaysiaMy Profile

  20. Nazri says:

    Alhamdulillah, tak jadi sonamu membadai
    Nazri baru je tulis kisah Medical Card TerbaikMy Profile

  21. Hafizul says:

    Alhamdulillah kawasan jerteh tiada apa-apa yang berlaku..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #40 – Meja Study Untuk IsteriMy Profile

  22. amiin
    resap kuliner baru je tulis kisah GinjalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun