Amaran Daripada Pemain Besi

Saya Mahu Jaringkan Gol.

Amaran awal daripada ‘pemain besi’ Dickson Nwakaeme. Penyerang Kelantan yang berbadan tegap dan merupakan pemain yang paling aku suka lihat sekarang ni. Aku suka tengok cara dia cuba disekat oleh kawalan pertahanan pasukan lawan. Macam-macam cara ada.

Hari Jumaat malam Sabtu,
Kelantan lawan Angkatan Tentera;
Tenaga kudrat mahu diadu,
Separuh akhir pertemuan kedua.

Biarpun itu amaran daripada Dickson, aku tak kisah kalau pun beliau gagal menjaringkan sebarang gol dalam pertemuan separuh akhir kedua antara Kelantan dan ATM di Kota Bharu [Jumaat 25.10.13] nanti. Apa yang aku mahu lihat ialah beliau menyusahkan barisan pertahanan ATM. Itu je.

dickson nwakaemePiya, Farhan atau Zairo boleh jaringkan gol untuk Kelantan. Malahan pemain pertahanan, Obina Nwaneri juga sering naik ke atas untuk menjaringkan gol. Indra Putra juga boleh. Tahun lepas, gol di minit akhir Indra memberikan Kelantan Juara Piala Malaysia 2012.

Pemain Besi Dan Kereta Kebal.

Menjadi kebiasaan pasukan bola sepak di Malaysia ialah meletakkan pemain ‘kereta kebal’ di bahagian pertahanan. Biasa. Sedangkan kelebihan Kelantan The Red [Budu] Warriors sekarang pula ialah mempunyai pemain ‘kereta kebal’ di bahagian pertahanan dan juga di bahagian serangan!

dickson nwakaeme

Dickson Nwakaemi makan budu,
Boleh dipercaya atau pun tidak;
Jumaat ini perlawanan ditunggu,
Pasukan yang lalai pasti terjebak.

Harap-harap semua pemain Kelantan tak lalai atau dibuai mimpi indah beraksi di Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013. Hancur impian dan harapan peminat kalau mereka lalai menghadapi ATM di Kota Bharu nanti. ATM ni bukan calang-calang pasukan.

TehrDemikian kisah 'Amaran Daripada Pemain Besi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. padin says:

    hahaha memang keras mamat nih,

  2. TehR says:

    memang sangat kuat
    bagus kalau harimau malaya juga ada pemain macam ni untuk lawan bahrain

  3. onlajer says:

    yeah kita lihat betapa kerasnya pahlawan merah ini hehe
    onlajer baru je tulis kisah Kadang Kreatif Kadang TidakMy Profile

  4. Mohd Shubhi says:

    un, deux, trois…allez, allez,allez, allez-y Kelantan…hehehe Ricky Martin
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Kisah suami malang dikerjakan isterinyaMy Profile

  5. yang pasti perlawanan malam ni agak sengit..sebab dibarisi permain-pemain hebat negara yang berpengalaman
    blogger lelaki baru je tulis kisah Edisi Jumaat : 7 Bahaya LidahMy Profile

  6. hafiz says:

    Orang besi, ada terbaca semlm kat paper, harap pemain kita boleh training mcm tu
    hafiz baru je tulis kisah Bermain di Angry Birds Activity ParkMy Profile

  7. titan says:

    bahaya nih..ni mesti makan durian tembaga, jambu batu dengan belimbing besi hari-hari nih..
    titan baru je tulis kisah Jobdirumah Payment – Kali ke 73My Profile

    1. hafizmd says:

      paku pakis lagi…fuh! maunya tak besi…hahaa
      hafizmd baru je tulis kisah Malam Panas Lagi Hangat!My Profile

  8. hafizmd says:

    Dickson, mmg liat sungguh. Ingat lagi game lawan Terengganu. Kalau takde defend terengganu yg badan sasa macam dia tu…mmg setiap game lawan Kelantan mesti seksa tgk.

    Malam esok, rasanya dia akan terus menyusahkan benteng pertahanan ATM. Benteng ATM ambe rasa, masih takde ramuan nak sekat dia. 2 orang tak cukup, tapi takkan nak letak 3 orang? hohoho
    hafizmd baru je tulis kisah Malam Panas Lagi Hangat!My Profile

  9. suri says:

    bahaya usah di sekat sekat terus maju
    suri baru je tulis kisah Tanpa Bicara Detik Itu Akan TerkuakMy Profile

  10. kakiblog says:

    agak mendebarkan perlawanan ini nanti..

  11. cikgu naman says:

    Tok sobar kawe nak tengok game..hehe

    Gomo budu gomo
    cikgu naman baru je tulis kisah Iphone 5ShakleeMy Profile

  12. Sya Isya says:

    malam ni akan kedengaran jeritan di sana sini. histeria tengok bola. hehe.. tapi tu lah yang best. baru ada feel ^_^
    Sya Isya baru je tulis kisah UNLOCKED MAXIS BROADBAND MODEM ZTE MF190My Profile

  13. pahan says:

    memang hebat kelantan malam ni.hehe. last2 br kuat.hehe
    pahan baru je tulis kisah Apa Yang Kau Perlu Tahu Tentang OS X MavericksMy Profile

  14. hafizmd says:

    Tahniah Kelate! Mmg come back yg cukup mendeborkan.

    Peminat kelate ambe yakin, debor duk dek molek tadi…hehe
    hafizmd baru je tulis kisah Akhir Piala Malaysia: Kelantan atau ATM?My Profile

  15. papa mifz says:

    badan dia memang sasa , jenuh nak mengawal mamat tuh…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Naik Melaka River CruiseMy Profile

  16. Zik says:

    3,4 orang kawal dickson… badan besar… macam2 skill dia nih… dickson ironman…
    Zik baru je tulis kisah Pahang mara ke final bertemu Kelantan, Piala Malaysia 2013My Profile

  17. Hafizul says:

    Wahhh hebatnya..tak lut lah kalau kena boot bola tu..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Kelebihan Program Affiliate JobdirumahMy Profile

  18. beautymom says:

    saya tengok je bola ni. enjoyy
    beautymom baru je tulis kisah 4 MANFAAT KERJA DARI RUMAH UNTUK WANITAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun