Amalan Terbaik Bersama Ramadhan

Hari ini masuk 6 hari umat Islam berpuasa. Bagaimana dengan puasa sahabat semua, moga-moga dapat mengerjakan puasa dengan baik dan sempurna bersama amalan-amalan sunat yang dituntut untuk kita kerjakannya. Masa berbuka tu, kawal juga minum dan makan, usah berlebih-lebihan. Jangan pula niat nak balas dendam sehari tak dapat makan dan minum. :D

ayuh tadarus membaca al-quran
sepotong ayat punya kelebihan
bersama jemaah atau kesaorangan
di masjid atau surau berdekatan

lewatkan sahur segeralah berbuka
amalan disunatkan kepada semua
makan dan minum menjamu selera
biarlah sederhana berpada sahaja

sebelah malam rajinlah berjemaah
solat terawih janganlah bermegah
kanak-kanak bermain mesti ditegah
ibu dan bapa menanggung padah

bangun tengah malam solat sunat
usahakan sebolehnya biarpun penat
banyak faedah dan banyak fadhilat
ramadhan ini yang dipenuhi berkat

i’tikaf di masjid kalau berkesempatan
duduk berzikir atau membaca quran
tetapi jangan berbual berumpatan
tentang dunia atau pun pekerjaan

banyak berzikir, beristighfar, berdoa
mohonlah kepada yang maha esa
meminta kemaafan kesalahan kita
mengharap rahmat serta redhanya

suka bersedekah amalan mulia
kita memberi mereka menerima
sekadar seikhlas yang kita ada
bersih dan suci rezeki diterima

menjamu orang berbuka puasa
biasa dilakukan masyarakat kita
bukan bermewah hidangan ada
cukuplah sekadar sebiji kurma

Amalan yang paling utama dalam bulan Ramadhan ini tentu sahaja berpuasa ramadhan. Kalau tak puasa, sudah tentu akan kehilangan rahmat, hidayah dan keampunan dari Allah swt. Bagaimana doa akan dimakbulkan kalau tak berpuasa, kan?

TehrDemikian kisah 'Amalan Terbaik Bersama Ramadhan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. padin says:

    hehee lama menyepi bro?
    ahah.. mmg kena kawal masa berbuka kalau tak,
    lepas maghrib mencari dinding bersandar, boleh jadi terlena pulak hee
    padin baru je tulis kisah 4 Tips Meninggalkan KomenMy Profile

    1. tehr says:

      aku memang jaga bab minum tu
      sebolehnya aku akan minum bila selesai makan nasi
      hehe

      kuih pulak makan bila lepas terawih :D

      1. padin says:

        hehe sama la lepas terawih sambung makan sikit,
        kuih2 atau roti john, murtabak

        kalau sekali hadap, alamtnya… zzzz hahaa
        padin baru je tulis kisah 4 Tips Meninggalkan KomenMy Profile

  2. Cik Siti says:

    berbuka dan bersahur kena pandai cari makanan. kalau tidak ada jumpa dengan Cik Tan(tandas) sebab perut meragam… erm… kalau ke bazar ramadhan macam-macam nak beli. tapi kena fikir 2 3 kali… fikirkan nafsu dan badget
    Cik Siti baru je tulis kisah Panjatkan Semangat BerbloggingMy Profile

    1. tehr says:

      saya belum lagi ada kesempatan untuk ke bazar ramadhan tahun ni
      hanya isteri je yang pergi
      apa yang dia beli, saya makan je :D

      1. yas says:

        Hehehe…okeh la tu bro…aku tiap2 ari kene gi..belasah jer mende yg terlintas…
        yas baru je tulis kisah Duit duit… dimana ko duit!!!My Profile

  3. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! … رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy buat servis kereta

    ejarah menjelaskan kepada kita bahawa pada bulan Ramadhan, Allah berkenan menurunkan Al Qur’an untuk menjadi petunjuk, penjelas petunjuk dan furqan yang menyingkap tabir kegelapan manusia dan alam ini.

    Peristiwa ini di abadikan di dalam Al Qur’an, melalui firman-Nya: “Bulan Ramadhan, iaitu (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an (sebagai) petunjuk bagi (sekelian) manusia dan sebagai penjelasan daripada petunjuk itu serta sebagai pembeda (antara yang haq dan yang bathil)…..” surah Al Baqarah ayat 185. Oleh itu antara amalan yang digalakkan oleh Rasul Allah untuk dilaksanakan di bulan Ramadhan adalah tadarus Al Qur’an.

    Amalan tadarus di bulan Ramadhan bukan hanya membaca ayat-ayat Al Qur’an sahaja, tetapi yang paling penting adalah macam mana Al Qur’an menjadi pedoman, panduan serta standard kehidupan muslimin dalam merekaf menjalani kehidupan sehari-hari. Firman Allah SWT: “Orang-orang yang Kami datangkan kepadanya Al Kitab (Al Qur’an) mereka membacanya dengan sebenar-benar membaca. Mereka itulah (peribadi-peribadi) yang mengimani Al Qur’an. Maka barangsiapa mengingkarinya (kafir terhadap Al Qur’an), maka mereka itulah yang akan mendapatkan kerugian” surah Al Baqarah ayat 121. Menurut para ulamak, membaca dengan sebenar-benar membaca (haqqa tilawatihi) mengandungi maksud:
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      benar sekali
      membaca memang ada faedahnya
      mengamalkan dengan apa yang dibaca, lebih banyak lagi faedahnya

  4. Juan says:

    Dan kerana puasa yang tiba, daku ternanti nanti,
    Berpuasa pertama aku rasakan takut mula menyelubungi diriku, tapi,
    selepas sehari, oh sekarang aku dah berpuasa hari ke-5, eh biasa jer, xder pon rasa lapau, hehehe
    Juan baru je tulis kisah Delete the Undelete FilesMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      alah bisa tegal biasa, juan

  5. zulkbo says:

    salam..
    ramaai yang berpuasa
    solat 5 waktu..?ermmm..
    moga turut terjaga..
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Kereta F1 Mr Bean Berharga 1 Juta KemalanganMy Profile

    1. betol.. mereka berpuasa tapi tak menjaga solat.

      dan ada yang berpuasa tapi mata, hati, lidah tidak berpuasa.

      ramai yang tahu larangan masa berpuasa, tapi masih tak endah.
      rainbowcloudy baru je tulis kisah hakikat : wanita lebih banyak bercakapMy Profile

      1. tehr says:

        puasa memang untuk melatih diri dan hati
        memang payah juga kalau tak buat bersungguh-sungguh
        dengan penuh ikhlas

  6. kakyong says:

    selpas 5 hari puasa.. selera masih kurang.. almaklum baru baik dr demam sakit gigi… masih takut nak makan yg keras2… :)

    semoga semua kita mendapat keberkatan Ramadan..
    kakyong baru je tulis kisah Layan gambor jer la hari niMy Profile

    1. tehr says:

      sakit gigi ni memang buat tak tentu arah ni, kak yong
      memang kacau

      nampaknya kena pilih juadah yang lembut2 je la

  7. akubiomed says:

    Rebut peluang untuk meningkatkan beribadat di bulan Ramadhan. Saya pun tidak ghairah sangat untuk membeli jaudah berbuka. Menurut harga jaudah berbukan sudah naik tahun ini.
    akubiomed baru je tulis kisah Cicak Tokek disuntik silikonMy Profile

    1. yas says:

      Taun ni peniaga pun macam kurang jekkk…mungkin sbb barang2 naik kot…mmg harga kat bazar ramadhan ader yg dh naik sikit…:(
      yas baru je tulis kisah Duit duit… dimana ko duit!!!My Profile

      1. tehr says:

        aku juga rasa macam tu, yas
        memang naik harga

        1. zik says:

          memang ada banyak naik harga perasan untuk tahun nie.. beli barang untuk persiapan jual air jer pun naik dalam 30%..
          zik baru je tulis kisah 4 jenis golongan di bulan ramadhanMy Profile

  8. ghost writer says:

    ada yang mampu menjalani ibadah puasa,tapi tak semua mampu menjalaninya dengan baik,menambah amalan ibadah yang lain.sekadar berpuasa menurut kata.

    bulan disember sesuai ke bali
    merentasi samudera dengan pelayaran
    bulan ramadhan setahun sekali
    bulan yang penuh dengan cabaran
    ghost writer baru je tulis kisah orang turki bilang:’uyum endişe’My Profile

    1. tehr says:

      bulan ramadhan setahun sekali
      penuh hikmat juga keberkatan
      berpuasa dengan seikhlas hati
      hawa nafsu perlulah ditahan

  9. Norgadis says:

    Entah bila nak pergi bazar ramadhan, kalau pergi pun tau nak beli apa, terlalu banyak pilihan sampai tak tau nak memilih, akhirnya yang dibeli hanyalah ABC je hehehe…
    Norgadis baru je tulis kisah Ramadhan Ke 6My Profile

    1. tehr says:

      saya baru je sekali pergi, nor
      cari kuih untuk mak :D

  10. Ali ridha says:

    minta diperoleh amalan banyak dibulan ramadhan.
    Ali ridha baru je tulis kisah Nuffnity program iklan internetMy Profile

  11. Jai says:

    Makan sekadar x terlalu kenyang lepas berbuka, kalau x memang x terawih la jawabnya…hu3 Aku pergi sekali je bazar ramadhan, pastu x pergi dah.. Beli banyak membazir, banyak yang buang… Masak sendiri lagi sedap…he3

    1. tehr says:

      memang rasa nak beli semua, jai
      maklum sedang lapar :D
      kalau tak kuat iman
      memang akan membazir je nanti

      1. zik says:

        jai orang rumah masak ek???
        zik baru je tulis kisah 4 jenis golongan di bulan ramadhanMy Profile

  12. sud@is says:

    makan berpada pada
    sedekah tiada hadnya
    besar pahala dan ganjarannya
    bonus juga namanya
    sud@is baru je tulis kisah Tangan yg diatas lebih baik dari tangan yg dibawah…My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      kerajaan dah umumkan bonus setengah bulan gaji

  13. puteri says:

    ke-8 sudah alhamdulillah… hehe

    psssttt.. Mr Tehr has been tagged at http://puteri88.blogspot.com/2011/08/contest-aku-berpuisi-rintihan-jiwaku.html
    puteri baru je tulis kisah Contest Aku Berpuisi – Rintihan JiwakuMy Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      moga2 kita semua beroleh rahmatNya

  14. esempoi says:

    memang indah bulan ramadhan ni
    marilah kita bersama2 perbanyakkan ibadah
    esempoi baru je tulis kisah Rekabentuk Cermin Yang Pelik Tapi Cool – Part 1My Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      bila usaha lebih
      kita akan dapat lebih

      tapi usah pula nak menunjuk nunjuk

  15. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! … رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip servis tayar kereta

    Selasih berbunga tumbuhlah biji,
    ditanam ia ditanah basah.
    Tarawih pertama telah mulai,
    semoga kita dapat pahala.

    Dibuat janur sendayang mekar,
    kuning warnanya indah merona.
    Makan sahur menjelang fajar,
    agar puasa bisa sempurna.

    Berwarna indah bunga melati,
    harum baunya saat purnama.
    Jagalah lidah jagalah hati,
    agar pahala berlipat ganda.

    Dahan kelapa itu sendayang,
    dahan pinang dibuat upih.
    Berbuka jangan terlalu kenyang,
    agar tak susah badan tarawih.

    Kalau beringin akarnya kuat,
    bertambah tua bertambah besar.
    Kalau ingin badannya sehat,
    makanlah buah yang segar-segar.

    Batang keluwih biasa lurus,
    begitu juga si batang pinang.
    Habis tarawih terus tadarus,
    Supaya Allah menjadi sayang.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      bulan mulia fadhilatnya lebih
      hindari dosa tambah pahala
      siang puasa malam terawih
      zakat fitrah janganlah lupa

  16. shameel says:

    Berbuka perlu disegerakan tapi jgn berlebihan nnt tak larat nak tarawikh. Biasanya mkn kurma dan kuih sediki pastu solat maghrib, habis maghrib baru mkn berat ckit.
    shameel baru je tulis kisah Kek Lapis Dayang Salhah Tidak Menggunakan Golden Churn Creamy ButterMy Profile

    1. tehr says:

      biasanya aku terus je makan nasi selepas sebiji kurma
      tapi tak la banyak :D

  17. Norasikin says:

    Bulan puasa sungguh nikmat
    Masa menjamah hidangan hebat
    Bulan ramadhan bulan rahmat
    Bulan untuk mengejar ibadat
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Dodol Mahkota TradisionalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun