All England 2011 | Datuk Lee Juara

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan musuh ketatnya Lin Dan pada Yonex All England Championships 2011 sebentar tadi dengan 21-17 dan 21-17. Terubat juga hati aku yang telah menahan geram selama ini.

Nampak seperti tidak banyak tentangan yang diberikan oleh Lin Dan dalam pertarungan ini. Hanya di awal set pertama sahaja mereka saling mendahului dan bertukar mata.

Dalam set kedua, Lin Dan langsung tidak dapat mengatasi Datuk Lee Chong Wei. Paling baik baginya hanya dapat mengejar dan menyamakan mata pada kedudukan 17-17 sahaja.

Tahniah!
Malaysia Boleh!!
Datuk Lee Chong Wei Boleh!!!

final all england 2011 game 2badminton all england
datuk lee dah menang
tewas juga itu lin dan
hatiku sangat senang

usah bersedih lin dan
datuk lee kekal juara
nanti di tahun depan
kamu akan kalah juga

hehe

Kita kurang bernasib baik dalam acara bergu apabila Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tewas kepada Mathias Boe dan Carsten Mogensen dari Denmark dengan 15-21, 21-18 dan 21-18.

Tahniah. Malaysia Boleh!

TehrDemikian kisah 'All England 2011 | Datuk Lee Juara' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


58 Comments

  1. [...] Nantikan cerita dan gambar disana. Happy sangat dah nie.. HUHU. Dan sekiranya anda ingin tahu butiran lebih lanjut mengenai analisis lengkap perlawanan akhir datuk leee chongwei dan nasib beregu yang sekadar naib johan di blog amire.com. dan juga di blog tehr. [...]

  2. zik says:

    tahniah all datuk lee chong wei… beregu negara kurang bernasib baik lah pulak… huhu
    zik baru je tulis kisah Lee Chong wei Juara terbuka All England 2011 What Straight set!!My Profile

    1. tehr says:

      rasanya lin dan tak sempat buka baju kali ni

      1. Ismail N says:

        he he.. silap2 dia dah plan nak bukak seluar lak kali ni tapi terpaksa cancel sbb kalah. :D

  3. mie says:

    tahniah diucapkan…
    dapat juga menumpaskan lin dan..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Perkahwinan Kak Long Memang MeriahMy Profile

    1. Mus says:

      musuh tradisi tu bro..
      Mus baru je tulis kisah Cara Mudah Nak Menang Apple iPad 2My Profile

      1. tehr says:

        dah lama aku geram dengan mamat ni :D

        1. mie says:

          itu la..
          hari tu xsempat nak kalahkan lin dan..
          dah berundur awal…
          heeeheheh
          mie baru je tulis kisah Gambar EPL Masters Football Malaysia CupMy Profile

          1. tehr says:

            hehe
            mungkin dia dah lama takut nak jumpa datuk le
            hehe

    2. tehr says:

      dah banyak kali sangat disekat oleh lin dan
      sesekali biar la sekat dia pulak
      hehe

      1. Ismail N says:

        Tapi Datuk Lee cool aje kan. Tak lah excited sgt abis game tu…

        1. tehr says:

          nasib baik kalah
          kalau tidak… :D

  4. Hadi Rofiee says:

    Walaupun sedikit kecewa dengan kekalahan pasangan beregu, namun terubat juga dengan kemenangan LCW. Tahniah.

    Semoga akan ada pelapis yang sepertinya.
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Dia tidak salah- kita yang salahMy Profile

    1. tehr says:

      pasal pelapis ada risau sikit ni, bro
      belum nampak jelas lagi ni

      sepatutnya pelapis dah sampai suku akhir setiap kejohanan

      1. Hadi Rofiee says:

        Semoga hal ini disedari.

        1. tehr says:

          yups
          harapan kita begitulah hendaknya

  5. Mus says:

    at least kita bawa kemenangan juga..
    Mus baru je tulis kisah Cara Mudah Nak Menang Apple iPad 2My Profile

    1. suri says:

      ada juga penawar d situ heee

    2. tehr says:

      yups
      tahniah kepada mereka

  6. hafeezan says:

    salam. Pagi-pagi dah dapat berita gembira. Tahniah Datuk Lee. Memang dah agak mesti menang punya. Bertambah kaya le Datuk Lee ye.
    hafeezan baru je tulis kisah Jalan Jalan Cari ABC SpecialMy Profile

    1. tehr says:

      kaya2
      kita tak mahu duit dia, kita mahu seronok dia menang je :D

  7. suri says:

    bila menang rasa kita adalah juara..bila kalah kita rasa sesal bagai tidak terkata..

    1. tehr says:

      sesal tu tak la juga, suri
      tapi memang tak seronok la
      geram pun ada :D

  8. kakyong says:

    tahniah, mesia boleh…
    kakyong baru je tulis kisah 2nd batch – Peserta aksi si cilik berbasikalMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 sentiasa boleh :D

  9. mappiau says:

    tahniah malaysia!! tahniah Datuk!!…saye bangge jadi anak malaysia!! (eceh) ngehehe
    mappiau baru je tulis kisah Di Suatu MalamMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah kepada semua rakyat malaysia yang memberi sokongan
      kita ambil bahagian dalam menyokong dari jauh je

  10. decrewz says:

    Yes.. Akhirnya LCW menang jugak…hu3
    decrewz baru je tulis kisah Tarikh Keputusan SPM 2010My Profile

    1. tehr says:

      tahniah buat semua peminat badminton malaysia

  11. zulkbo says:

    salam Tehr..
    Dato Lee tengah stamina nampaknya
    tahniah buat beliau..saya rekemen dia
    dapat Tan Sri lah lepas nih..calang2 orang
    boleh mempertahankan gelaran All England nih : )
    zulkbo baru je tulis kisah Aku Mencelah Di Kalangan Master Dan Doktor PHDMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      memang tak sangka juga dia dapat menang hanya dalam dua set
      mata yang sama pulak tu
      hehe
      tahniah buat dato lee

  12. ghost writer says:

    congratz utk lee chong wei…

    malang kepada teamberegu,patut dah leh makan 2 budak denmark tuh yang nampak banyak sgt kelemahan.tapi depa leh bertahan dengan psikologi.itu yg tan/koo takde plak.makin lama makin lemah.aish…
    ghost writer baru je tulis kisah jangan salahkan 3 stoogesMy Profile

    1. tehr says:

      kalau la bergu juga dapat menang
      best sangat, raya sakan la BAM :D

  13. akubiomed says:

    Tanniah DLCW kekalahan tempoh hari akhirnya terubat. DLCW berjaya menguasai mental walaupun tanpa kehadiran Datuk Misbun Sidek

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      datuk lee nampak makin menjadi pulak
      mesti dapat tips sms dari datuk misbun

    2. dnoBiz says:

      sekurang kurangnya LD dah kena tutup mulut sikit hehehe
      dnoBiz baru je tulis kisah Karnival Keusahawanan – Peniaga kecil Melayu tidak Suka PersatuanMy Profile

      1. tehr says:

        hehe
        harap2 dia sedar datuk lee memang selayaknya pemain no 1 dunia

  14. wadud says:

    wah musuh ketat tuh bro..
    hehehee…
    LIN DAN.. jangan nanges ea..
    nanti bro tehr blanja minum teh ok??
    kekekek
    wadud baru je tulis kisah Sepahit MaduMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      mahu ke dia?
      mungkin aku boleh belanja teh tarik dengan kuih koci :D

  15. kulanz says:

    rugi tak tengok perlawanan semalam..
    apapun tahniah kepada datuk LCW dan semua peminat badminton tanahair..
    kulanz baru je tulis kisah Fenomena Supermoon Syzygy 19 Mac 2011My Profile

    1. tehr says:

      datuk lee memang hebat semalam
      memang menjadi

  16. padin says:

    walaupun keesokan hari kerja
    aku tetap sabar tunggu sampai perlawanan hebat diorang ni hehe tahniah Dato’

    1. tehr says:

      tak rugi tunggu, bro
      memang berbaloi2 :D

  17. dnoBiz says:

    akhirnya Datuk LCW dapat juga mengatasi Lindanfobia
    dnoBiz baru je tulis kisah Karnival Keusahawanan – Peniaga kecil Melayu tidak Suka PersatuanMy Profile

    1. tehr says:

      pesanan untuk pemain lain juga tu, bro
      tiada siapa yang tak boleh ditewaskan

  18. Mus says:

    apa pulak habuannya kali ini?
    untung jadi wira kebanggaan negara..
    Mus baru je tulis kisah Letak Kredit Pada Suapan RSS Blog Untuk Elak Daripada Kena Copy Paste Bulat-BulatMy Profile

    1. tehr says:

      agak2 dapat tan sri

  19. titan says:

    cuak gak masa set kedua. Tapi oleh sebab chong wei rilek aje..lin dan banyak buat silap. Tahniah pada chong wei sebab menang. YehH!
    titan baru je tulis kisah Bila mak bapak budak tak puas hati dengan cikgu sekolahMy Profile

    1. tehr says:

      masa kedua tu, lin dan memang dah gelabah
      memang dah mati akal :D

  20. toyol says:

    tahniah..
    itu je yg ada skrg ni, pmain lain ntah gi mana..
    smlm bnyk jg blog yg bcerita psal kejayaan dia..
    syabas..
    toyol baru je tulis kisah TITANIC- TENGGELAM DALAM KEANGKUHANMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      detik gembira buat semua rakyat malaysia

  21. Tahniah Kepada Datuk Lee Chong Wei…. Semoga selepas ini, akan banyak lagi kejuaraan besar akan beliau menangi….
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Current news and eventsMy Profile

    1. tehr says:

      tadi kerajaan dah bagi saham 100k
      tahniah lagi buat datuk

  22. congrats Datuk Lee Chong Wei ..enjoy this moment
    humawebdesign baru je tulis kisah Installing iMovie on Your iPad 1My Profile

    1. tehr says:

      malaysia boleh!

  23. mekar says:

    Tahniah kpd Dato lee. Tadi dlm majlis anugerah olahragawan kebangsaan dia tak menang pula. Rasanya byk juga kejayaan di raih tahun 2010. Apa2 pun tahniah azizulhasni (basikal) yg dpt anugerah olahragawan kbgsaan tu
    mekar baru je tulis kisah Jom Belajar Membuat MacaronMy Profile

    1. tehr says:

      ramai juga jaguh dunia dalam negara kita ni
      tahniah kepada azizulhasni
      bila nak dapat dato?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun