Alexa Widget Reviews

Akhir-akhir ini ramai pula rakan blogger yang meletakkan widget alexa reviews pada blog. Aku juga terpengaruh dan rasa mahu juga ikut sama. Mula la aku godek-godek laman alexa. Selepas buat Claim Your Site dan Edit Your Listing kita akan dapat kodĀ Alexa Site Widgets. Tapi macam tak berkenan pula dengan beberapa hal dalam kod yang aku dapat. :D

Review http://www.tehramuan.com/ on alexa.com

godek-godek kod memang aku suka
sekali dapat kod alexa pun aku kerja
boleh nampak warna merah yang ada
mungkin sesuai dengan blog siapa saja

kod-alexa

Kod yang diperolehi dari laman Alexa aku buat ubahsuai sikit. Sikit je. Pertama aku tambah target=”_blank” – tujuannya untuk membolehkan browser membuka tab baru di sebelah, bila image diklik. Tak seronok la kan kalau page kita digantikan dengan page baru. Kedua aku tambah title=”Review tehramuan.com” kerana title sangat penting bagi setiap image dalam blog kita. Semua gambar dalam blog tehramuan ni ada title. Ketiga aku tambah width dan height untuk image Alexa ni. Saja nak sesuaikan dengan ruangan sidebar.

alex rank

alexa rank terbaik tehramuan.com

Jom kita main-main dengan Alexa sambil review blog. Dah penat nanti kita berhenti rehat sambil minum teh. :D Lagi pun kita boleh buat apa saja asalkan hidup kita gembira dan selamat, kan?

TehrDemikian kisah 'Alexa Widget Reviews' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. camna cara nak tambah title review dalam gambar2 tu?

    1. tehr says:

      tambah seperti tulisan warna merah dalam kod yang kita dapat
      taip biasa je

  2. Norizwan says:

    wah terbaik bro…steady la….
    Norizwan baru je tulis kisah Berdosa jadi ahli Facebook?My Profile

    1. tehr says:

      masih atas pagar je ni, bro

  3. nurmisnan says:

    aku dah review kau lama sudah..
    nurmisnan baru je tulis kisah Seorang ayah melayan anaknya tidurMy Profile

    1. tehr says:

      eh, ya ke? :D
      thanks

  4. kakyong says:

    wah below 100K… dlm m’sia below 500, kakyong pun sedang berusaha nak mencapai ni.. tp tu lah, lately ni kurang masa sikit nak adap blog…

    kakyong baru review utk tehr.. nanti sudi2 lah review kakyong punya ya.. ;)

    bila tehr sebut pasal target=”_blank” tu baru perasan, widget di blog kakyong pun lupa nak letak..
    kakyong baru je tulis kisah Bloglist Monster RAWRMy Profile

    1. tehr says:

      thanks kakyong
      target blank tu penting tu

  5. akubiomed says:

    Saya ada juga buat ulasan Alexa untuk blog sahabat blogger tapi ada yang tidak diluluskan tidak tahu kenapa?
    akubiomed baru je tulis kisah Gambar statik yang senyumMy Profile

    1. cik tom says:

      betul2 setuju dgn biomed..ciktom ada review dlm 5 blog tp diluluskan lepas cek 3 hari..kenapa ye?
      cik tom baru je tulis kisah Pengalaman Kena Denda di Sekolah Yang MemalukanMy Profile

    2. tehr says:

      betul la, bro
      ada satu review aku hilang camtu je

      1. suri says:

        urmm..tak leh jejak balik ke klo dah hilang?

  6. ghost writer says:

    dulu pernah letak kat blog macam tuh.tapi lama-lama aku cuma letak widget statistik jer.
    ghost writer baru je tulis kisah anagogi di celah pagiMy Profile

    1. tehr says:

      aku baru nak cuba2 main dengan benda ni
      tak tahu la esok2, apa jadi

  7. cik tom says:

    cik tom pn nak review blog tehr..hrp2 lepas kali ni…hebat la alexa rank tehr..mantap..tahniah!
    cik tom baru je tulis kisah Hadiah Misteri Istimewa dari Titan KacakMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tak lepas nak buat macam mana kan, ciktom? :D

      1. cik tom says:

        kalau xlepas buat lagi sampai dapat..heee
        cik tom baru je tulis kisah Mana Pihak Yang Benar? Anwar Ibrahim atau Saiful Bukhari?My Profile

  8. pergi kenduri makan jamuan
    Sakit perut masih tertahan
    alexa rank tinggi tehramuan
    panduan berguna perbaiki kelemahan

    sekolah lelaki asrama perempuan
    peraturan dijaga akhlak ditekan
    alexa rank pengukur kemampuan
    kurang dibaiki lebih di mantapkan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    Insurans kenderaan akibat bencana alam

    1. tehr says:

      dengan rank berkejar-kejar
      harus dikejar ke luar pagar
      mencari ilmu sentiasa belajar
      susah senang mestilah sabar

  9. zulkbo says:

    salam..
    Malaysia 450 terbaik tu
    ermm..tahniah Bro..tak
    lama turun bawah 300
    insyaallah :)
    zulkbo baru je tulis kisah Letih Dan Tension Bila Blog Buat HalMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      nampak gaya tak dapat lagi nak kejar blog sdr zul
      tahniah

  10. kimmie says:

    satu lagi ilmu, terima kasih berkongsi. :)
    kimmie baru je tulis kisah Pelajar dan perpustakaan – baru betulMy Profile

  11. Mus says:

    memang mantap ranking alexa blog bro ni.. tahniah
    Mus baru je tulis kisah Layakkah Aku Menjadi Pemberita Di Surat Khabar?My Profile

  12. saya punya ranking alexa kena sorokkan dulu buat masa ni hhhe
    sabree hussin baru je tulis kisah Tips Berkahwin Dalam Usia Muda Pertama : Panduan Memilih Pasangan HidupMy Profile

  13. kulanz says:

    Tahniah.. alexa blog tehramuan banyak peningkatan..
    p/s: baru lepas review.. harap alexa terima :)
    kulanz baru je tulis kisah Gambar Kapal Persiaran Costa Concordia KaramMy Profile

  14. shraqs says:

    Aku tengah aim nak berada bawah 500,000 ujung bulan ni & bawah 1,500 di Msia. Dah nak dapat dah ni.. ada 1/2 bulan lagi :)
    shraqs baru je tulis kisah Backlinks Part 1My Profile

  15. yas says:

    Satu info yang baik bro tehr dh bagi kat sini…buat review alexia kat blog kengkawan pn bagus jugak….membantu sesama sendiri
    yas baru je tulis kisah Kiamat?- Satelit Russia Menghempas BumiMy Profile

  16. chii says:

    kiranya nnt da tiada lagi rahsia la..eheh
    chii baru je tulis kisah Pengalaman Kena Denda Di SekolahMy Profile

  17. titan says:

    wahh..jauh dahh..77k dahh.hebat. hebat..
    titan baru je tulis kisah Lelaki kacak takkan mudah putus asa.My Profile

  18. Hafizul says:

    Emm menarik nya ranking blog ni..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Castrol Untuk Motor BaruMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun