Aldilfitri Tanpa Tragedi

jalan kampung lebuh raya
penuh sesak di hari mulia
malang tiba tidak disangka
riang tiada sedih menjelma

mercun meriam dan bunga api
riangnya anak-anak di aidilfitri
jangan malang menimpa diri
berlagak sengaja cacatkan diri

asyik memasak jangan terleka
perkakas cantik usah dibangga
dapur kayu awasilah sentiasa
terbakar nanti hilang segalanya

pelita di taman menambah seri
cahaya bersinar di malam hari
kawan dan lawan sifatnya api
sedikit kawalan perlulah diberi

berhias rumah sehabis kudrat
litar pintas bukanlah selamat
had alirannya bolehkah diingat
terlebih voltan merbahaya sangat

Malang tidak berbau. Ajal maut pula Allah yang tentukan. Tetapi kita dituntut berusaha bertawakkal dan berdoa. Jadikan aidilfitri tahun ini tanpa apa-apa tragedi yang menyayat hati. Usah lupa diri dan berlebih-lebihan dalam tingkah laku dan tindakan. Bersederhana merupakan jalan terbaik untuk kita. Selamat Hari RayaMaaf Zahir Batin

TehrDemikian kisah 'Aldilfitri Tanpa Tragedi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun