Alah Bisa Tegal Biasa

Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa.
Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.
[Kamus Istimewa Peribahasa Melayu]

alah bisa tegal biasa
berbuat jahat sekali sekala
baik buruk bercampur warna
bagaimana hidup dapat gembira

alah bisa tegal biasa
berbuat baik biar berpada
lurus bengkok bercampur kata
bagaimana hidup dapat bahagia

alah bisa tegal biasa
berbuat salah sesal tiada
haram halal bercampur petua
bagaimana hidup dapat sempurna

“Alah, sesekali je. Bukannya selalu.” Dan bermula dengan sekali itu maka berlakulah kali kedua, ketiga dan seterusnya. Kalau yang dilakukan itu perkara baik, kesudahannya pasti baik juga. Sebaliknya perbuatan sesekali itu kalau tidak baik, lama kelamaan akan menjadi kebiasaan. Maka buruklah kesudahannya. Mahu mengubah tabiat buruk bukannya mudah. Seperti mahu mengangkat sebuah jentolak!

alah bisa tegal biasa
kuning biru merah jingga
bersih kotor bercampur rasa
bagaimana nikmati menu tercipta

TehrDemikian kisah 'Alah Bisa Tegal Biasa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. Kalau berbuat ke arah kebaikan xpe, tp kalau sebaliknya…

    Jadi siakap senohong gelama ikan duri
    Bercakap bohong lama2 mencuri

    #alahh, sekali jek menipu, lelama menjadi kebiasaan… :P
    Melatiqistyna baru je tulis kisah 49 Individu Dikehendaki Polis…. (Bergambar)My Profile

    1. tehr says:

      Sebaiknya jangan dicuba perlakuan yang dilarang

  2. ProfHariz says:

    Alaaa bab-bab masuk kerja lambat itu biasa la.
    Alaaa balik awal takpe bos tak nampak.
    Alaaa ponteng kelas tak kantoi.
    ProfHariz baru je tulis kisah Pelakon Bob Kuman Meninggal DuniaMy Profile

    1. tehr says:

      Dah tak boleh balik awal
      Sekarang ni dah guna punch card
      Huhu

  3. yas says:

    Alah bisa tegal biasa,
    nak hidup,macam2 cara,
    jgn sampai matlamat menghalalkan cara….
    yas baru je tulis kisah BOB KUMAN MENINGGAL…3/5/12My Profile

    1. tehr says:

      Betul tu, yas
      Matlamat mesti mengikut cara yang dibenarkan
      Mesti berjaya dengan terhormat
      Andai kata kalah, juga dengan terhormat

  4. mak lagenda says:

    Setuju Tehr..klu utk berbuat baik,xpelah..tp klu tindakan yg menuju ketidakbaikan hrp2 jgn lah biasa..
    mak lagenda baru je tulis kisah AJARKAN AKU ERTI REDHAMy Profile

    1. tehr says:

      Budak2 sekarang memang berani mencuba
      Sedihnya banyak yang dicuba perkara buruk

  5. mie says:

    “sesekali bukan selalu”
    sentiasa dignakan…
    bila padah menimpa, baru mahu fikir masa depan..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Gambar Bilik-Bilik Star Cruise LibraMy Profile

    1. tehr says:

      Kalau nasi menjadi bubur, masih boleh dimakan
      Kalau dah sampai lubang kubur, dah tak boleh nak buat apa dah

      1. mie says:

        itulah ragamnya..
        sama-sama saling ingat mengingati..
        ehehheee
        mie baru je tulis kisah Gambar Bilik-Bilik Star Cruise LibraMy Profile

  6. nizam says:

    mengubah dan berubah ke arah kebaikan daripada keburukan memang agak sukar tetapi perlu.
    nizam baru je tulis kisah Al-Fatihah Buat Bob KumanMy Profile

    1. tehr says:

      Yups
      Memang sukat dan perlukan semangat yang kuat
      Memang kena taubat nasuha

  7. Juan says:

    kebiasaan dan tabiat memang sukar dibuang
    Juan baru je tulis kisah Peperiksaan Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Mei 2012My Profile

    1. tehr says:

      Tabiat buruk ni memang tak boleh dicuba
      Sendiri yang susah nantinya

  8. maza says:

    aduh! kebetulan sekali dgn tema maza di post kat blog sana.. heheheh

    amal makruf, nahi mungkar gitew.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Berdosa dan Jahat itu samaMy Profile

    1. tehr says:

      Suratan dan kebetulan, bro :D

  9. chii says:

    setuju ngn cikgu…kalau da selalu sgt dibuat..lama2 akn jadi kebiasaan..kalau perkara yg mendatangkan kebaikan..ok lg..tp kalau yg sebaliknya..aduhaii
    chii baru je tulis kisah Hubungan Antara Buah Dan Manusia Sejagat :pMy Profile

    1. tehr says:

      Tu la pasal, chii
      Mesti biasakan buat perkara yang mendatangkan kebaikan
      Untuk diri sendiri dan semua orang

  10. adamfaiz says:

    Maksud asal peribahasa ni ialah bila sesuatu telah dibuat berulang kali, yang susah akan jadi senang. Janganlah diambil dari sudut buat jahat sebab “bad habit is hard to break..” cam tu la lebih kurang
    adamfaiz baru je tulis kisah Iktibar Dari Kisah Ikhtiar Untuk HidupMy Profile

    1. tehr says:

      Ada orang kata
      Selepas 15 kali diulang, ia akan menjadi kebiasaan yang mudah

  11. suri says:

    klu sering di biarkan tebiat ini makan akn jdi terbiasa walau thu perka yg d buat tu salah heee
    suri baru je tulis kisah Doa Ketika Terkejut Dari TidurMy Profile

    1. tehr says:

      Biasakan diri dengan tabiat yang baik je
      Semua dapat faedah nanti

  12. suri says:

    bila dh jadi blogger mmmg terbiasa kena jer update blog hari2 slgi tak update slgi tu kepala di garu..harp2 doka da sehelai rambut yg gugur ahahaaa… ;)

    selmt hari jumaat
    suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_04/2012My Profile

    1. tehr says:

      Hehe
      Satu kebiasaan yang baik kalau dapat update setiap hari
      Tapi ada ketikanya otak jadi tepu :D

  13. titan says:

    aku alah dengan benda-benda biasa ni..
    titan baru je tulis kisah Pengalaman jual baju kurung..erk!My Profile

    1. tehr says:

      tak apa, bro
      jangan pula biasa dengan benda2 alah ni :D

  14. demi mecari kerja dan pendapatan yg halal..kerja yg sukar leh jadi biasa..

    hendak seribu daya..x mahu seribu dalih.. :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Pelancaran Samsung Galaxy S3My Profile

    1. tehr says:

      yups
      hendak seribu daya

  15. hatiputera says:

    kena ada semangat kalau nak berubah,,,,
    hatiputera baru je tulis kisah LELAKI KACAK KAHWIN DUA WANITA DALAM SATU MALAMMy Profile

    1. tehr says:

      semangat yang kuat
      perlu banyakkan doa juga

  16. zool says:

    Betul tu. kalau benda baik dibiasakan takpe tapi kalau buruk, alamat buruk akibatnya
    zool baru je tulis kisah Keputusan perlawanan bolasepak Liga Perdana dan Liga Super – 4 Mei 2012My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      budak2 remaja sekarang asyik dok biasakan benda2 tak elok

  17. shameel says:

    alah bisa tegal biasa wajar dipraktikan kepada perkara2 yg dituntut oleh agama. Contohnya membudayakan amalan membaca al-quran. jika dibiasakan maka akan jadi mudah dan senang utk kita amalkan
    shameel baru je tulis kisah NUTP Tidak Bersetuju Dengan Cadangan Untuk Melatih Guru Bahasa Inggeris di Luar NegaraMy Profile

    1. tehr says:

      itulah sebenarnya
      biasakan juga ke masjid untuk berjemaah

  18. akubiomed says:

    Kalau boleh elakkan perbuatan negatif daripada menjadi sebati. Nanti susah hendak ditinggalkan kerana menganggap perbuatan tersebut adalah biasa.
    akubiomed baru je tulis kisah Juara didalam kehidupan sayaMy Profile

    1. tehr says:

      benar
      bila ramai yang dah biasa buat
      anggapan akan berubah

  19. zulkbo says:

    salam..
    sesekali korek hidung di public
    apa salahnya Bro kan..?he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Kita Blogger Yang Prihatin Bila Meninggalnya Allahyarham Bob KumanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      haha
      kena sorok la juga tu :D

  20. Amirez says:

    kalau buat sekali untuk perkara buruk, mungkin akan berlaku lagi kali2 yang seterusnya. jangan sesekali amalkan ‘sekali je’ :)
    Amirez baru je tulis kisah Lelaki Kacak Yang BerimanMy Profile

  21. Ladfe Amir says:

    istikamah atau melakukan secara berterusan lbh2 lagi melibatkan perkara yg mendatangkan pahala.

    bila kita tak melakukan hidup solah2 merasa kurang rencah. mcmtulah kot
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Lelaki Kacak Salah TargetMy Profile

  22. ular tedung sangat berbisa
    jauhkan diri lari bertempiaran
    alah bisa tegal biasa
    jahat jangan terus diamalkan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair seat kereta berlubang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun