Aku Tak Bodoh

Selamat pagi semua. Semoga sentiasa selamat dalam perjalanan. Maklum sahaja, kemalangan di jalan raya boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Kecuaian kita, kecuaian orang atau bencana alam, semuanya boleh membahayakan. Lebih-lebih lagi apabila terdapat sebahagian pengguna yang bertindak bodoh di jalan raya.

Blog ini pernah menyiarkan entri bertajuk Payahkah Nak Mohon Maaf bila liputan broadband menjadi sangat teruk. Syukur Alhamdulillah kerana petang semalam liputan telah semakin baik [walau pun belum sempurna], dan kali ini ucapan terima kasih diberikan. Tak kisah kan kalau ucap TERIMA KASIH kepada CELCOM? Aku Tak Bodoh kan?

hati sekadar mahu bertanyahaji bakhil dan labu labi
aksi bodoh bagaimana cara

bodohkah kalau jadi begini
apabila lidahnya digigit gigi
sekiranya timba jatuh perigi
atau pun kasih dibawa pergi

bodohkah kalau jadi begitu
apabila tersilap memilih baju
sekiranya kaki tersepak batu
atau pun hadir tidak ditunggu

bodohkah kalau demikian rupa
sahabat seorang musuh berjuta
nikmat banyak syukurnya tiada
harta tak ada umur pula sia-sia

Mungkin sekali pada pandangan kita banyak acara bodoh yang sentiasa berlaku di sekeliling setiap hari, seperti kisah ‘Pilih KLCC’. Mungkin juga apa yang kita anggap tindakan atau keadaan bodoh itu tidak pula dianggap bodoh oleh orang lain.

Kadang-kadang sukar juga untuk menentukan samada si pelaku yang bodoh atau orang melihat sebenarnya bodoh. Aku Tak Bodoh kan bila tulis entri dengan tajuk filem seperti ini? :D

TehrDemikian kisah 'Aku Tak Bodoh' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


50 Comments

  1. padin says:

    kata orang, kalau kita layan orang bodoh, kita pon bodoh sama, wakakaa.. entry ni, terbaik….!
    padin baru je tulis kisah Kualiti Pemikat PengunjungMy Profile

    1. tehr says:

      aku tak layan :D

      1. suri says:

        klu org yag bodoh tu tak tahu menahu tg sesuatu perkara tu mmg bodoh tapi jika dia bljar untk mempelajarinya pasti dia tdk akan di seru bodoh tu..

    2. gayahspears says:

      setuju dgn pendapat padin..hahaha
      gayahspears baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru SahabatkuMy Profile

    3. akubiomed says:

      Betul kalau kita layan orang memang kita yang akan jadi sengal. Susah nak tegur sebab tak reti bahasa
      akubiomed baru je tulis kisah 25 perkara mengenai AkuBiomedMy Profile

    4. Affan says:

      ahaha. yang ni aku setuju. pnh gak dgr
      Affan baru je tulis kisah Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber TerbukaMy Profile

    1. tehr says:

      bro serol pun tak layan :D

    2. suri says:

      bodoh hurm..tak der perkataan yang lain ke utk di tukar pada perkataan tsbut..

      cam kurang pandai?? tak sesuai juga..hummm..

  2. Cik Siti says:

    Orang yang bodoh mengatakan orang lain adalah bodoh…
    Cik Siti baru je tulis kisah segmen BLOG OH BLOG! oleh Ben AshaariMy Profile

    1. tehr says:

      aku tak kata :D

    2. gayahspears says:

      betoi tu siti… tapi kita ni manusia.. kadg2 terlepas ckp jugak ade org yg mmg bodoh..hahaha
      gayahspears baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru SahabatkuMy Profile

  3. belalang says:

    2 + 1 = 8
    itu baru bodoh kot…
    huhuhu
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. haha.. tu tak gi sekolah namanya.. huhu.. :p

    2. gayahspears says:

      hahahampes…
      woi2 tu bukan bodoh la!!!
      tu tak reti matematik..
      kompem matematik gagal kan??? 9g??? hahaha
      gayahspears baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru SahabatkuMy Profile

  4. orang yang bodoh adalah bila dia merasakan dia sudah cukup pandai.. :)

    biasanya orang camni orang panggil bodoh sombong.. :)
    Johari Hamzah baru je tulis kisah Berani Mati – Blog Aku Best!My Profile

    1. padin says:

      Bodoh somboh ni lagi teruk dari bodoh piang…
      dahla bodoh, sombong plak tu kan, memang double la..

      dia taktahu apa yang dia taktahu, dan xmahu ambil tahu apa yang dia taktahu.. eh.. bodohnya.. hahaa
      padin baru je tulis kisah Kualiti Pemikat PengunjungMy Profile

      1. suri says:

        satu pendapat yang di kira bagus juga :)

        1. padin says:

          hehe terima kasih suri
          padin baru je tulis kisah Kualiti Pemikat PengunjungMy Profile

  5. bisk says:

    bersikap bodoh tak semestinya bodoh…memperbodohkan diri sendiri adakalanya memang bodoh…
    bisk baru je tulis kisah setan lahir dari manusiaMy Profile

    1. khairy says:

      yup…aku setuju ngan pendapat bisk….
      khairy baru je tulis kisah Warna Kulit Lelaki Pilihan PerempuanMy Profile

  6. Ladfe Amir says:

    ingatkan buat review pasal cite Aku Tak Bodoh

  7. mie says:

    bodoh smestinya salah….
    gue ingat kan filem tu…
    heheee
    mie baru je tulis kisah Raya di Tengah Laut Part 2My Profile

  8. best2…
    betol tu,kdg2 pemikiran manusia tu tak sama..sumenye brgantung pd penilaian masing2..

    kdg2 sst kesalahan atau bnda aneh itu dibuat bukan sebab bodoh tapi sebab akal dikawal emosi..
    alexa yussida baru je tulis kisah ujian dia lagi beratMy Profile

  9. Norgadis says:

    Betul kata Johari dan Padin, jangan jadi “Bodoh sombong”
    Norgadis baru je tulis kisah Kalau lah boleh letak gambar sendiri kanMy Profile

  10. sud@is says:

    bodoh sombong yang paling teruk
    bodoh menyusahkan orang

    hebat entry ni aku suka..
    sud@is baru je tulis kisah Seronok Naik Motor BesarMy Profile

    1. dnoBiz says:

      aku punya, dua dua problem, streamyx ngan brodband dua dua hampeh 2-3 hari ni
      dnoBiz baru je tulis kisah Uncle Seekers – Aisyah Saman Uncle SeekersMy Profile

  11. zik says:

    celcom bband buat hal lagi ker… huhu.. nasib baik dah ok..
    zik baru je tulis kisah Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh DuniaMy Profile

  12. mijie says:

    jangan pula menjadi bodoh sombong, heeh
    mijie baru je tulis kisah Minyak ron 95 naik 5 sen kepada rm190My Profile

  13. dnoBiz says:

    Buat buat bodoh supaya senang untuk jadi bijak, jangan buat buat bijak nanti kantoi bodoh :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Uncle Seekers – Aisyah Saman Uncle SeekersMy Profile

  14. Norgadis says:

    Kadang2 ada juga org bijak tapi pura2 bodoh.
    Norgadis baru je tulis kisah Kalau lah boleh letak gambar sendiri kanMy Profile

    1. suri says:

      cam kes org tu kedekut ilmu sahaja…

      1. dnoBiz says:

        bukan kedekut ilmu tapi taknak orang cakap berlagak pandai je hehehe :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Ikhlas dari hati – Blog yang Paling Aku BenciMy Profile

  15. keenan salim says:

    Ada orang berpura-pura bodoh semata-mata nak jadi cepat kayo cam pak man telo punyer skim…
    keenan salim baru je tulis kisah Numi Tea Bamboo Flowering Tea Gifts SetMy Profile

  16. afzai says:

    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kami DAtang Ziarah Blog Anda
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

    biarlah diam-diam ubi berisi
    biar jadi padi makin berisi makin menunduk
    biar lah bodoh jangan jadi Pak pandir….

    1. akubiomed says:

      Ikut resam padi makin berisi makin tunduk :-)
      akubiomed baru je tulis kisah 25 perkara mengenai AkuBiomedMy Profile

      1. dnoBiz says:

        hahaha betul betul,
        jangan ikut resam manusia makin gemuk makin banyak penyakit, makin malas bergerak :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Ikhlas dari hati – Blog yang Paling Aku BenciMy Profile

  17. akubiomed says:

    ‘Kita akan nampak bijak walaupun kita tahu lebih sedikit sesuatu perkara dari orang’, Ini kata seorang tua kepada saya
    akubiomed baru je tulis kisah 25 perkara mengenai AkuBiomedMy Profile

  18. gayahspears says:

    aku tak jerit kuat2….
    aku tak bodoh!!!!
    aku pandai lah!!!
    hahaha…
    kita ni manusia kan bro Tehr???
    kadang2 kita rase kita sgt hebat…
    sbb tu la blh terkua perkataan yg tak sepatotnya…
    kadang2 orang pejaran tinggi pon bodoh jugak sbb salu kena tipu dgn org2 yg tak berpelajaran…
    pada hal dorang bukan bodoh cuma takmo berfikir ja..hahah
    okay2.. yg lain2 sila bg komen…
    salam,jaga diri, hiasi peribadi~
    gayahspears baru je tulis kisah Selamat Pengantin Baru SahabatkuMy Profile

  19. akubiomed says:

    Ada juga kalau tunjuk pandai semua kerja dia kena tanggung yang lain peluk tubuh aje

  20. Ismail N says:

    aku paling tak suka panggil org bodoh
    bagi aku setiap org ada keistimewa masing2 dan lihat sesuatu dari pandangan masing2. :D

  21. kulanz says:

    mmg ramai orang yg buat perkara bodoh.. termasuk aku sekali.. hehe
    biasanya aku akan buat-buat bodoh kalau jumpa orang yang berlagak pandai atau yg bodoh sombong..
    kulanz baru je tulis kisah Mansuh Yuran Pengajian untuk Elak Perbuatan Tidak Bermoral Pelajar IPTMy Profile

  22. Affan says:

    Salam.

    *Saya ada hantar email, harap dapat reply kalau ada masa :)
    Affan baru je tulis kisah Kelebihan menggunakan sistem operasi Sumber TerbukaMy Profile

  23. akublog says:

    Macam pernah baca jer rangkap2 ayat “aku tak bodoh” tu..

    Hmmmmm..

  24. Seri Bahasa says:

    tapi harus kita ingat juga orang bodoh ni kadang memerintah orang yang lebih pandai dari dia. kesimpulannya ada orang bodoh memang bodoh ada orang bodoh tapi berakal.

  25. zulkbo says:

    salam..
    tepuk dada tanya akal..
    jangan sudah terjatuh
    berdarah baru nak tengok bawah
    alahai tidak hidung meninggi je..
    zulkbo baru je tulis kisah Menjadi Blogger Yang Sporting TagMy Profile

  26. puteri says:

    errmm.,.
    macam ada filem tajuk macam ni…
    puteri baru je tulis kisah 25 fakta tentang puteriMy Profile

  27. wadud says:

    tapi aku bodoh bro..
    tuh pasal aku datang sini.. :D
    wadud baru je tulis kisah Sembahyang Dhuha- Murahkan Rezeki- Menolak KepapaanMy Profile

  28. cikmin says:

    nak tengok wayang ‘aku tak bodoh’ ni tak bermakna kita bodoh kan..hiks..
    cikmin baru je tulis kisah Telur Dadar CencalokMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun