Selamat Hari Guru, Cikgu

muhyiddin yassinMenteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan berita penting untuk guru-guru pada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan nanti yang diadakan di Kuching, Sarawak.

Mulai semalam, 13 hingga 16 Mei, Festival Hari Guru 2011 diadakan di Tebingan Sungai Kuching sempenana perayaan kali ini. Katanya kartunis Ujang juga akan turut berada di sana. Kawan-kawan yang berdekatan dan peminat-peminat Ujang bolehlah singgah nanti.

Sepanjang hidup ini kita belajar dari ramai orang dan alam secara formal atau tidak formal. Guru yang pertama sudah semestinya ibu kita sendiri yang banyak mengajar dan memberi nasihat bagaimana mahu menjalani hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.

pelajar rendahtugasku kini sebagai guru
setiap hari membelek buku
jam tujuh sudah memandu
pulangnya nanti pukul satu

kerja cikgu memang begini
pulang kerja di tengah hari
tapi petang ke padang lagi
bertugas juga di hari cuti

guru ada bermacam ragam
guru jernih guru yang kelam
ada yang lucu siang malam
ada juga berperangai kejam

guru hanya seorang manusia
salah dan silap ada menjelma
boleh ditegur usahlah dihina
kalau bersalah dihukum juga

aku memang seorang guru
juga belajar daripada kamu
maknanya kita sama begitu
bersama-sama menjadi guru

Sampai sekarang dan bila-bila pun kita akan belajar. Di rumah, di surau, di kedai kopi malah belajar di internet juga. Siapa yang meminati blog pastinya belajar bagaimana cara blogging yang betul daripada sahabat blogger. Sebenarnya saya nak katakan, sahabat semua adalah guru kepada saya. Tak gitu ke? :D

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Guru. Tema sambutan tahun ini ialah Guru Penjana Tranformasi Negara. Sama-samalah kita tunggu pengumuman penting dari Menteri Pelajaran pada Hari Guru nanti. Selamat Hari Guru untuk semua.

TehrDemikian kisah 'Selamat Hari Guru, Cikgu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


62 Comments

  1. padin says:

    Selamat Hari Guru untuk tehr..
    hehee, kalau boleh balik kul 1 kan best gak
    yelah, walau dia ajar kita 1 huruf pon dah di kira guru
    dan wajib menghormatinya… :D

    1. Ismail N says:

      tumpang sekaki ehh..
      selamat hari guru bro…. tak pi Kuching ke?
      Ismail N baru je tulis kisah Baby’s Day Out Kompleks KaramunsingMy Profile

      1. tehr says:

        hanya guru besar je yang dijemput, bro
        huhu

    2. tehr says:

      nama je balik pukul 1, din
      aku sebenarnya biasa 2.30 baru balik
      sambil aku tunggu anak habis kelas la pulak

  2. zulkbo says:

    SALAM..
    selamat hari guru buat anda Bro..
    guru sumber ilmu..pelita menyinari
    hati yang kegelapan..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Hari Yang Suram Bila Blogger BermasaalahMy Profile

    1. tehr says:

      salam kambali
      selamat hari guru untuk semua

  3. ghost writer says:

    sekarang nih orang sudah mengubah slogan kepada..

    ‘tunjuk ajarmu sifu’.

    para guru adalah pemangkin kita untuk berada pada tahap sekarang.
    ghost writer baru je tulis kisah buta hurufMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      slogan yang memikat tu

  4. Cik Siti says:

    Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia…
    Begitu juga dengan En Tehr….
    dan guru yang paling banyak memberi panduan dan dorongan…
    Ibu… kau guru mengajar erti hidup…
    Cik Siti baru je tulis kisah Mood TertekanMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih, cik siti
      semoga selamat untuk kita semua

  5. akubiomed says:

    Selamat Hari Guru. Tidaklah pula ada hari untuk Jurutera Biomedikal? Terasa hati.Ha..ha…
    akubiomed baru je tulis kisah Cokelat Daim Palau LangkawiMy Profile

    1. dnoBiz says:

      heheh tak payah tunggu gomen istihar Bro…
      dan dengan ini aku ucapkan selamat hari jurutera biomedikal pada Bro Ab …..:D
      dnoBiz baru je tulis kisah Black Hawk Down – Kebenaran Yang memalukan ASMy Profile

      1. akubiomed says:

        Wohoo, terima kasih terubat kedukaan ini. Ha..ha…

      2. tehr says:

        yups
        aku sokong, dno
        dan tumpang ucap selamat juga :D

  6. wadud says:

    samar hari guru… :D
    wadud baru je tulis kisah Lajukan Internet Connection korangMy Profile

    1. tehr says:

      sama2, wadud
      moga2 rahmat allah bersama dengan kita semua

  7. ahmadhaikal says:

    ehh, dah hari guru ker..
    ahmadhaikal baru je tulis kisah Kung Fu Panda 2 Cantonese VersionMy Profile

    1. Cik Siti says:

      16 mei adalah hari guru setiap tahun….
      Cik Siti baru je tulis kisah Mood TertekanMy Profile

    2. tehr says:

      besok sebenarnya, bro
      sambutan peringkat kebangsaan

  8. dnoBiz says:

    selamat hari guru Tehr…..
    tak kira sehebat atau sebijak mana individu… mereka sebenarnya hasil usaha sekumpulan insan yang bernama guru
    dnoBiz baru je tulis kisah Tengok Betul betul – Gambar Penyimbah AsidMy Profile

    1. tehr says:

      ya, ramai yang jadi guru secara formal atau tidak
      selamat untuk semua

  9. Aidanatasya says:

    Selamat hari guru…

    senyum sokmo ;)
    Aidanatasya baru je tulis kisah BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURUMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      guru perlu selalu senyum
      senang hati pelajar tengok muka cikgu :D

  10. selamat hari guru bro :)
    terima kasih jadi guru pantun TE di alam maya ini :)

    tu yg bestnya jadi guru balik pukul 1, tapi ada juga sibuk di waktu lain, dan waktu tu, anak guru mcm TE ni juga perlu terlibat sama hehe
    tengkorak emas baru je tulis kisah Inspirasi untuk sabar dalam bersabarMy Profile

    1. tehr says:

      ya ke, TE
      hadiah dah beli ke? :D

      1. dah bagi pagi tadi sebelum hantar mak :)

        mak abah pun dah sibuk bawak hadiah nanti ada sesi pertukaran hadiah dgn guru-guru lain,

        selamat hari guru sekali lagi buat semua guru!

  11. MDHAFiZ.NET says:

    Selamat Hari Guru MrTeh :)

    1. tehr says:

      selamat2
      selamat hari guru untuk semua

  12. sud@is says:

    Pada Mr Tehr dan cikgu2 semua diucapkan selamat hari guru, jasamu dikenang sampai bila2
    sud@is baru je tulis kisah Selamat Pagi CikguMy Profile

    1. tehr says:

      tq
      pelajar juga banyak jasanya kepada guru, sud@is
      semua mesti terima hakikat ini
      kan?

  13. mie says:

    selamat hari guru buat tehr!!
    cita2 nak jadi guru..
    tapi xkesampaian la pula..
    eehehee
    mie baru je tulis kisah Mengidam Kuih Tradisional SabahMy Profile

    1. tehr says:

      ya ke, mie
      tak pa le
      jadi guru tak semestinya ngajar di sekolah je
      ilmu ada di mana2 kan?

      1. mie says:

        betul tu…
        banyak caranya..
        eheehe
        mie baru je tulis kisah Mengidam Kuih Tradisional SabahMy Profile

  14. Sir Marcello says:

    ada sorang dua cikgu yang sampai sekarang aku cari then nak belanja minum teh tarik sambil sembang2 pasal dunia…hehee
    Sir Marcello baru je tulis kisah Kes Simbah Asid Mula Berleluasa – Waspada!My Profile

    1. tehr says:

      wah, ni mesti cikgu terbaik ni
      insya allah ada rezeki akan jumpa nanti, sir

  15. nurida ardy says:

    Teringat Sambutan Hari Guru masa zaman persekolahan dulu…meriah dan seronok! cikgu yang garang pun boleh bertukar jdi cikgu yg kelakar..:)
    nurida ardy baru je tulis kisah WTF- Entry Guwa HilangMy Profile

    1. tehr says:

      kalau masih garang pada hari guru
      tak tahu la apa nak kata lagi
      hehe

  16. //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    bila blog kena block timbul

    diy bumbung kereta karat

    ~~~~~@@@~~~~~~
    Selamat Hari Guru
    ~~~~~@@@~~~~~~
    Wahai guru yang dikasihi,
    Engkaulah pelita diri ini,
    Menerangi hati nurani,
    Moga dirimu dirahmati
    ~~~~~~~~~~~
    Ya Allah peliharalah guruku,
    Agar dipimpin terus hambaMu,
    Agar terhindar dari Neraka,
    Moga dibukakan pintu Syurga
    ~~~~~~~~~~~
    Tak terbalas jasamu
    Berkorban jiwa raga
    Mendidik anak bangsa
    Jadi insan berguna
    ~~~~~~~~~~~
    Keikhlasan di hati
    Hulur bakti dan budi
    Kau penyambung warisan
    Ilmu cahaya hati
    ~~~~~~~~~~~
    Ampunkanlah wahai guruku,
    Kesilapan anak-anakmu,
    Ku serahkan jiwa ragaku,
    Agar terdidik nafsu liarku
    ~~~~~~~~~~~
    Dengan izin Allahu Rabbi,
    Engkaulah guru yang sejati,
    Engkau bersabar mendidik kami,
    Moga dirimu diberkati
    ~~~~~~~~~~~
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      baju merah dalam lori
      baju biru dalam kereta
      cikgu marah bukan benci
      agar kamu beroleh jaya

      kan? kan? :D

  17. selamat hari guru untuk cikgu tehr :)
    alexa yussida baru je tulis kisah Buffet bukan pilihan akuMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih, doc

  18. Ali ridha says:

    setiap hari kena cari bahan untuk pelajar.
    guru bukan senang nak mengajar.
    Ali ridha baru je tulis kisah Google beri hadiah kredit Adwords RM125My Profile

    1. tehr says:

      bagi saya
      sabar paling utama bila berdepan dengan pelajar

  19. Salam tehr.
    Semalam hari guru rupanya. Dah berhenti sekolah ni hari guru pun tak ingat. kalau dulu siap bagi hadiah lagi dengan guru kelas. :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Sorry for missingMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sedang tunggu juga pelajar hadiahkan galaxy tab :D

      1. Eeeeeh…. Cikgu Tehr? :)
        Kalau galaxy tab kena tunggu lagi 5 tahun kot, bila harga dia dah jatuh pergi RM50 sebuah….. :D :D :D
        Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Blogspot unavailable updateMy Profile

  20. tips-kurus says:

    oh! cikguku sayang.. :)
    tips-kurus baru je tulis kisah Komen hilang &amp ketidaknyamanan blogMy Profile

  21. maza says:

    wah!… bakal mendapat imbuhan elaun ditingkatkan rasanya tu cikgu.. hehehhe

    Buah cempedak di luar pagar
    Bubur chacha kuah pengat
    Biar berguru kepalang ajar
    Cinta ilmu hidup berkat!…
    maza baru je tulis kisah Ummu Fatt- Hari IbuMy Profile

    1. tehr says:

      bubur chacha kuah pengat
      bubur kacang dimasak pekat
      cinta ilmu hidup berkat
      dari dunia sampai akhirat

  22. Cha'on says:

    Selamat hari guru.. Jasamu dikenang..
    Cha’on baru je tulis kisah Aktiviti Jelajah Belog Bermula! Terima Kasih SemuaMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      jasa guru tetap dikenang selamanya

  23. zezebel says:

    Selamat hari guru buat semua guru-guru yang mendidik anak murid dengan cemerlang, bukan setakat jadi guru sebab nak dapat kerja and gaji….
    zezebel baru je tulis kisah Monsopiad Cultural VillageMy Profile

    1. tehr says:

      teringat pula sajak sasterawan negara usman awang

  24. adele says:

    em,stuju…sahabat juga adalah guru buat kita..pengalaman juga guru buat kita..

    selamat hari guru buat bro :D
    adele baru je tulis kisah Aku Ingin Jadi Penulis yang Serius!My Profile

    1. tehr says:

      thanks, adele
      semua boleh menjadi guru kepada kita
      asal saja kita mahu belajar dan ambil iktibar

  25. titan says:

    Yap, selamat hari guru kepada tehr!
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat Duit dengan SmowtionMy Profile

  26. mekar says:

    ohh.. sdra Teh juga seorang guru ya. Baik lah. Hari ni 16 Mei, Selamat Hari Guru kepada Anda. Semoga terus sukses dlm kerjaya yg mencabar ini
    mekar baru je tulis kisah Kenapa Mesti Hormati GURUMy Profile

  27. Gayahspears says:

    Selamat Hari Guru ya bro Tehr… semoga menajdi guru yg cemerlang, gemilang dan terbilang.. =)
    Gayahspears baru je tulis kisah Selamat Hari GuruMy Profile

  28. zik says:

    dapat banyak hadiah ker???
    zik baru je tulis kisah Selamat hari guru 2011- paradigma yang baru!!My Profile

  29. Norasikin says:

    Sedihnya, hadiah hari gutu yg DS Najib bagi tak de kena mengena dengan saya
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™ Ada apa dengan Autoreverse™My Profile

  30. Norgadis says:

    Selamat hari guru…
    sampai bila-bila pun tetap kena panggil cikgu, ya tak?
    Itu satu penghargaan…
    Norgadis baru je tulis kisah Hari Ke3 Perjalanan Ke KUISMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun