Aku Malaysia Dan Taiwan

Sesak lubang hidung aku menonton perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia semalam [aku masih selesema]. Tiga kali tendangan penalti yang diberikan kepada Taiwan menyebabkan tiga kali juga bersin aku tersekat. Mujur juga penalti kedua berjaya dihalang oleh Sharbinee Alawi.

Permainan kedua-dua pasukan yang pantas menyebabkan urat-urat kaki aku kejang. Aku gagal bangun dari kerusi untuk mengambil air bagi mengurangkan sakit tekak kerana bersorak dan menjerit. Nasib juga aku sempat bersin dua kali ketika penjaga gol Taiwan mengutip bola dalam gawang gol mereka. Anak bujang aku sudah tertiarap di lantai, tak tahu sebab apa. :D

aku malaysia dan taiwan

Stadium Perbandaran Taipeh yang agak lapang tidak juga melapangkan lubang hidung aku. Hanya ketika bunyi tiupan wisel akhir sahaja, aku berjaya melepaskan bersin yang telah tersekat beberapa kali di sepanjang siaran. Sehelai bulu hidung aku tercabut! Lega…

Kedudukan agregat 4-4 melayakkan Malaysia ke peringkat kedua dengan kelebihan jaringan gol di tempat lawan, sebelum ini berjaya menang dengan jaringan 2-1 di Stadium Bukit Jalil, Shah Alam. Harap-harap nanti bila jumpa jiran kita Singapura di pusingan kedua, aku tidak diserang selesema.

TehrDemikian kisah 'Aku Malaysia Dan Taiwan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. Hadi Rofiee says:

    Sungguh kepala saya penat ketika menonton perlawanan semalam. Sesungguhnya masih banyak yang perlu diperbaiki.

    Saya mahukan pertahanan yang lebih kental dan penguasaan bola di tengah yang lebih lama. Malaysia pasti boleh.

    Saya sokong Malaysia.

    p.s: semangat. ;-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Berhati-hati ketika klik sesuatu di FacebookMy Profile

    1. tehr says:

      memang nampak jelas bahagian pertahanan masih perlu dibaiki
      kesian penjaga gawang, kan?

      1. susah sikit bab nie sbb Taiwan menggunakan advantage ketinggian dgn melambungkan bloa tinggi di kotak penalti. ia buat panik dalam kawasan Malaysia dan pemain terpaksa kerja extra hard utk sekat bola dari di lambungkan ke kotak penalti.
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Aksi-Aksi Transformers 3My Profile

        1. tehr says:

          tu la pasal, bro
          pemain kita ramai yang tak berapa tinggi :)

  2. ghost writer says:

    kali ini sekalipun tewas tapi malaysia sudah melakukan permainan yang agresif..pantas menyerang cuma kurang tenang di bahagian pertahanan.ada setengah peluang dilepaskan begitu saja.tapi perlu dipuji pada malaysia,mereka tidak lagi mengamalkan permainan bertahan kerna untuk bertahan perlu menyerang supaya sentiasa memberi tekanan..

    bravo malaysia!
    ghost writer baru je tulis kisah sedang ikan terbang di udaraMy Profile

    1. tehr says:

      memang dah cipta sejarah ni, bro
      dah lama sangat kita gagal ke pusingan kedua

      1. lwn singapore, insya-allah kita akan ke pusingan seterusnya.. kena kekalkan persembahan dan kurangkan kecuaian …
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Aksi-Aksi Transformers 3My Profile

        1. tehr says:

          harap2 boleh catat rekod baru
          layak ke pusingan ketiga kelayakan piala dunia ni

  3. Tahniah kepada pasukan Malaysia.
    Ramai dah yang memberi harapan mereka ke piala dunia…. :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Your best blogging adviceMy Profile

    1. tehr says:

      kalau ke pusingan akhir
      rasanya kita masih jauh
      piala dunia tu kita boleh pandang je
      tanpa boleh menjeling :D

  4. Mr Rileks says:

    smlm smpt tgok ckit jer… tp tgok mmber update dlm twitter… cmner la smp 3 kali penalti… zzzzzz…..
    Mr Rileks baru je tulis kisah Bunuh Diri Selepas Kena SamanMy Profile

    1. tehr says:

      ramai yang marahkan pengadil. mr
      yang aku nampak, memang ada asas diberikan penalti tu
      pertahanan kita tertekan

      1. kawe tak soal penalti2 yg kita kena cuma kawe rasa kita pon patut dapat satu penalti gak.. Maybe refree tak berada dikedudukan baik masa pemain kita kena tackle di kotak penalti lawan. Still, syukur kita layak ke pusingan seterusnya.
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Aksi-Aksi Transformers 3My Profile

        1. tehr says:

          harap2 refree ni tak bertugas lagi di peringkat yang lebih tinggi

  5. suri says:

    sakit saya sy melihatnya.. agak menghampakan gak permaian kita..

    1. tehr says:

      tak apa, suri
      asal saja kita layak
      tapi lepas ni kena kemaskan lagi corak mainan kita

  6. padin says:

    memang mendebarkan bro..
    nasib baiklah penalti kedua tu boleh save hee

    1. tehr says:

      gagala penalti kedua tu
      aku dah seronok sangat dah
      tetiba je masuk pulak penalti ketiga
      kacau betul :D

  7. apapun tahniah malaysia:)

    1. tehr says:

      malaysia boleh!

  8. tahniah buat Malaysia, gol sepakan percuma tu memang cantik, bertuah dan hebat aidil dan safee…TE buat dalam game je..

    cuma bahagian pertahanan kena lebih kuat, Taiwan nampaknya begitu kudah melakukan gerak one two, jadi harap Malaysia dapat memperbaiki corak pertahanan

    kalau boleh lepas ni biar menang agregat

    1. tehr says:

      memang laju tendangannya, bro
      calang2 penjaga gol yang boleh tepis tu

      1. padin says:

        laju, mendatar dan tepat ke sasaran.. gol tu mungkin salah satu gol yang akan di kenang nanti.. memang hebat teknik dia

  9. toyol says:

    itu la lebih nya bola yg bulat..
    selsema pun sanggup lg dok tngendap2..
    toyol baru je tulis kisah BAKAWALIMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      selesema tidak berjangkit pada bola, tk :D

  10. titan says:

    2 gol malaysia memang cantik. lagi-lagi yang aidil sepak. fuhh..jauh tu..memang mana-mana keeper pun susah..van der sar pun gigit jari punya..tafarel pun sama, khairul azman muhammad pun tak dapat punya ambil bola macam tu..cam roket. haha..

    yang pasti..defend kene buat sesuatu..banyak sangat kelemahan semalam yang dibuka oleh taiwan..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 42 dari Text Link AdsMy Profile

    1. tehr says:

      memang cantik
      dua tiga kali van der sar garu kepala sebelum melayang
      haha

      1. titan says:

        memang terbaiklah..teringat aku sepakan sepakan percuma roberto carlos. haha..
        titan baru je tulis kisah Buffered Earning ke 19 dari NuffnangMy Profile

        1. tehr says:

          tu la
          memang laju dan tepat ke penjuru gol
          terkebil je mata keeper

  11. puteri says:

    tehr…
    cakap pasal bola ni..
    saya dengar2 negeri tehr nak dapat stadium bola nanti ni..
    boleh lah tehr bersama anak bujang gi beraksi kat sana
    (hahahahaha)

    relakah menjual negeri sendiri dengan stadium bola
    yang mungkin nasibnya seperti stadium Terengganu sebelum ini?
    puteri baru je tulis kisah Titah Agung tentang BERSIH 2.0 / The King has spoken ever referring BERSIH as illegalMy Profile

    1. tehr says:

      dah lama tak ke stadium, puteri
      tak tahan dengan jem masa pulang
      hehe

  12. zulkbo says:

    salam..
    tahniah buat team kita
    kebanggaan negara…
    bertemu Singapura ibarat
    buku bertemu ruas..kita
    tunggu..tak sabar rasanya..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Keputusan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011 Pusingan Ke-2My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sejarah ke pusingan ketiga kita tak buat lagi
      harap2 dapat kali ni

  13. akubiomed says:

    Tidak dapat bayangkan berapa banyak bro TehR hembus ibarat pengadil Vietnam meniup wisel penamat perlawanan :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Keputusan Malaysia vs Taiwan 3 Julai 2011My Profile

    1. tehr says:

      lega, bro
      memang lega sangat2 :D

  14. fadzil says:

    tahniah harimau malaya…kepada FAM,kan bagus buat macam taiwan tu,siap bagi tiket free pada supporter dorang…

    1. tehr says:

      sokong, bro
      kalau tak selalu pun
      sesekali juga tak apa, kan? :D

  15. maza says:

    Batu kikir Batusangkar
    Jambatan besi Rantau Klebang
    Sejuk gigil menggeletar seluar
    rusuh hati bertukar malang!

    hehehehhe

    mujur ke peringkat seterusnya.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Cinta Kulapuk dan sahabat handainya…My Profile

    1. tehr says:

      jambatan besi rantau kelebang
      jambatan batu dalam binaan
      rusuh hati bertukar malang
      mujur tak buntu di tengah jalan

  16. Mus says:

    baru aku tahu nama lain Taiwan adalah Chinese Taipei
    Mus baru je tulis kisah Review: Cara Mudah Menang Top-Up RM30.00My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun