Aktiviti Hari Hujan

Apa khabar semua? Hujan turun lagi di sekitar Tumpat dan mungkin juga di beberapa kawasan lain di Kelantan. Sejuk dan lembap sahaja udara di sekeliling. Internet juga menjadi sedikit lembab seperti mahu sehati sejiwa je dengan udara. :D Harap-harap banjir di Rantau Panjang dan Tumpat yang mula surut tidak kembali menjadi bertambah buruk.

hari yang panas bertukar hujanbermain air hujan
anak-anak tanggalkan pakaian
mandi bermain juga berkejaran
berhenti bila menggigil kesejukan

hujan yang turun semakin lebat
abang termenung keluar tak dapat
menjeling motor sangatlah kerap
berharap teduh datanglah cepat

saling bersabung kilat dan guruh
tiadanya tanda hujan nak teduh
kakak di tingkap bertudung labuh
memandang air penuh di baruh

ibu di dapur merebus ubi
ayah di meja menghirup kopi
gundah gulana risau di hati
mungkinkah banjir melanda lagi

Kalau dah hujan berlarutan sepanjang hari atau sepanjang minggu, apa yang paling seronok dilakukan? Hendak berselimut memanjang mungkin tak pula sesuai. Malu dengan mertua dan anak-anak nanti. :D Korang buat apa bila hujan?

TehrDemikian kisah 'Aktiviti Hari Hujan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    angkat kain di jemuran..
    hujan dah turun..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Backlinks TerkumpulMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      kata sudin ‘angkat kain hujan… jemuran dah turun’
      hahaha

      1. Ismail N says:

        Pasal angkat kain di jemuran ni lah terpikir pasal jemuran di rumah. Pakaian payah nak di jemur skrg ni sbb hari-hari hujan. Yg di pakai dan yg dijemur, lebih byk yg di pakai. Jangan abis stok sudah lah nanti.

      2. RedBoys says:

        sudin kata tu memang lawak betul. haha.
        RedBoys baru je tulis kisah Ini Jumlah Komen SayaMy Profile

  2. zulkbo says:

    saya pulang ke Pahang
    tempohari sempena cuti
    tahun baru pun hujan
    non stop 3 hari..alahai
    musim PEJOR kata orang
    Pahang…
    zulkbo baru je tulis kisah Backlinks TerkumpulMy Profile

    1. tehr says:

      dua hari panas kat sini
      tapi petang tadi hujan turun lagi

  3. dnoBiz says:

    heheh tetap kerja seperti biasa, bahkan makin kuat kena kerja sebab selera makan makin bertambah :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Bila Bapa Bangap – Mungkin dia hanya pandai BuatMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      hujan2 ni selalu lapar je
      risau gak

      1. dnoBiz says:

        hahah tau tak pe,
        tetengah malam pun merap cari makannan lagi heheh
        dnoBiz baru je tulis kisah Bila aku Boring – Koleksi Video Animasi KelantanMy Profile

  4. gayahspears says:

    salam bro tehr..
    Gayah ade dgr berita td…kat kelantan ade tempat yg kena banjir.. ade jugak sekolah belum bukak… pasni kena suruh pihak kerajaan buat sekolah atas gunung la..hihi

    1. tehr says:

      payah la budak2 nak kayuh basikal ke sekolah
      masa nak balik je senang :D

      1. gayahspears says:

        ala..suruh lah kerajaan buat cabelcar..hahahaha

  5. kakyon says:

    musim hujan nii..teringat masa di kampong..makan ubi rebus cicah sambal tumis..sepiuk habis..
    kakyon baru je tulis kisah Azam 2011My Profile

    1. tehr says:

      sekarang pun ibu saya selalu rebus ubi kayu
      makan sambil cicah dengan gula je :D

  6. etomyam says:

    sedang menunggu hujan renyai-renyai, sejuk ni :D
    etomyam baru je tulis kisah Sebab Produktiviti MenurunMy Profile

    1. tehr says:

      best kalau masuk dalam selimut :D

      1. dnoBiz says:

        melinkar terus…
        erk tetiba teringat kat putu halba yang banyak dijual di musim hujan :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Minyak Naik Lagi – Ron 97 dan Minyak Tanah Naik 10senMy Profile

      2. RedBoys says:

        sangatlah best. dingin je.
        RedBoys baru je tulis kisah Ini Jumlah Komen SayaMy Profile

  7. padin says:

    hehee time ujan biasanya akan lapar..
    so kalau taknak lapar, tido je la tehr, ekekee
    padin baru je tulis kisah Mari Ke SekolahMy Profile

    1. tehr says:

      nanti bangun tidur…
      cari ubi rebus kat dapur :D

      1. padin says:

        ha3.. kalau aku, pilihannya megi je la…
        padin baru je tulis kisah Kelebihan Blog ReviewMy Profile

      2. serol says:

        ubi rebus? fuh..terbaik la kalau makan lepas hujan..
        serol baru je tulis kisah Bagaimana merealisasikan azam tahun baru andaMy Profile

  8. mie says:

    hujan2 ni..
    memang seronok kalau selimut di sisi
    mie baru je tulis kisah Rakyat Malaysia Mencari Hiburan Dan KesihatanMy Profile

    1. tehr says:

      …dan isteri :)

  9. zik says:

    kalau hujan2 nie pekena teh dgn cekodok pun layan juga nih.. huhu
    zik baru je tulis kisah Ron 97 naik 10 sen berkuatkuasa 5 januari 2011My Profile

    1. tehr says:

      nak kira senang, asal ada yang boleh dimakan je, zik
      hehehe

  10. deCrewz says:

    Bila zaman kanak2, hujanlah paling best. Tapi dalam best2 pun konfirm kena hambat lepas main ujan, nnt demam, kata orang tua2 la. Tak cukup dengan tu, ada jugak budak2 yang gatai2 nyelam dalam longkang yang airnya dah macam air sungai..haishhh.. anak sapalah tu.. Zaman remaja, nak kena hujan ssh jugak, nak kena control macho bila ke kelas, basah kang x selesa pulak nak date… Bila zaman berkahwin, hujan2 tido jelah kjenye, belakang tabir x taulah sbb Jai bujang lagi..wahaha (nyibuk je hal orang2 tua)
    deCrewz baru je tulis kisah Berbaloi Ke Ramai FollowerMy Profile

    1. padin says:

      haha sama lah Jai, biar rasa seronok mandi hujan dulu, kena hmbat lepas tu belakang kira.. best time ujan, main bola, boleh menggelunsur atas rumput, keh3..
      padin baru je tulis kisah Kelebihan Blog ReviewMy Profile

    2. tehr says:

      orang dewasa pun ada yang lepas gian main hujan
      tapi mereka pandai ‘cover’
      buat2 la ada kerja kat laman :D

  11. Cik Siti says:

    teringat pulak musim banjir di segamat dulu… dok tolong arwah ayah selamatkan ubat-ubatnya bila klinik dia masuk air… huhuhu kesian tengok dia…
    Cik Siti baru je tulis kisah Hati penuh dengan rasa debaranMy Profile

    1. tehr says:

      memang penat kalau kena banjir
      banyak barang nak diselamatkan

  12. serol says:

    saya takde anak. boleh je nak berselimut sepanjang hari.hehe..
    serol baru je tulis kisah Teh punca kanser- hilang satu nikmat duniaMy Profile

    1. tehr says:

      wah, untung tu, bro

      tapi… ada ruginya :D

  13. hafizmd says:

    salam tehr,
    lama tak singgah sini…huhuu

    hujan ek…klau sekrang, lepak2 kat rumah jerlah…main2 ngn anak dan isteri tercinta :D

    kalau dulu2….main hujanlah…tangkap ikan…korek cacing…hihi
    hafizmd baru je tulis kisah Si dia isteriku…My Profile

    1. tehr says:

      anak2 sekarang jarang yang main hujan
      asyik dengan games kat komputer je

  14. MDHAFiZ.NET says:

    jgn main hujan..nanti demam…. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah AssignmentOhassignmentWhy Math so difficultMy Profile

  15. suri says:

    masa study dulu suka madi air hujab kt blkg umh sewa kami heee lalaaa

  16. Mus says:

    saya suka dengar titisan hujan..
    Mus baru je tulis kisah Niat Hati Nak Buat Cover AlbumMy Profile

  17. Norgadis says:

    Saya kalau kena hujan walau sedikt pun mesti demam punya.
    Nampaknya kalau hujan kena berteduhlah…
    Norgadis baru je tulis kisah Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Part 2 -My Profile

  18. akubiomed says:

    Teringat masa kecil-kecil dahulu suka main bola dalam hujan kemudian dive badan pada lopak. Baju memang penuh dengan palitan lumpur

  19. sangilapi says:

    aku berada di alam mimpi bila hujan :)
    sangilapi baru je tulis kisah bengkel blackberryMy Profile

    1. RedBoys says:

      samalah. asyik dibuai mimpi bila hujan. hehe
      RedBoys baru je tulis kisah Ini Jumlah Komen SayaMy Profile

      1. tehr says:

        mimpi apa tu, red? :D

  20. bisk says:

    layan dvd n main playstations…haha
    bisk baru je tulis kisah ucapan terima kasihkuMy Profile

  21. mijie says:

    kalau sejuk mcm ni duk dalam selimut memang best, hehe
    mijie baru je tulis kisah Apakah faktor anda menjadi subscriber blogMy Profile

  22. [...] dah lepas tu kena biarkan berlalu je sekarang kena jaga dengan yang ada ni tehr recently posted..Aktiviti Hari Hujan yang dah lepas tu kena biarkan berlalu je sekarang kena jaga dengan yang ada ni tehrauf@gmail.com [...]

  23. kakyong says:

    khabarnya banjir di kelantan semakin teruk.. sampai sekolah kena tutup..
    kakyong baru je tulis kisah Pemenang Teka ikan My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun