Aksi Si Pencuri

Hatiku kau curi – dengan sepenuhnya – entah bagaimana – kita bertentang mata – Air yang ku minum – bagaikan tak lalu – datang bersipu wajahmu – di dalam mimpi ku – Lirik lagu Hatiku Kau Curi nyanyian Rafeah Buang.

aksi pencuri zaman dahulu
di malam hari orang tak tahu
mencuri betik atau curi tebu
ayam itik kambing dan lembu

aksi pencuri zaman sekarang
tak segan mencuri waktu siang
tempat sembunyi atau lapang
besi buruk atau kapal terbang

pencuri kecilan berpada-pada
bukanlah sebagai satu kerjaya
pencuri besar mengada-ngada
tidak terkalah lagak dan gaya

waktu dulu pencuri pengecut
gaya mencuri berlemah-lembut
tiada boleh mereka terkejut
langkah seribu mereka cabut

pencuri sekarang tak sembunyi
tiadalah kisah orang ketahui
lagak mereka sangatlah berani
malanglah saksi dibunuh mati

Pastinya ada perbezaan ketara antara aksi si pencuri hati dengan aksi pencuri harta benda milik orang lain. Antara perasaan riang bercampur seronok dan rasa sedih bercampur geram.

TehrDemikian kisah 'Aksi Si Pencuri' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


22 Comments

  1. titan says:

    apa barang main curi-curi.
    titan baru je tulis kisah Sauna tidak membakar kalori dengan banyak.My Profile

    1. TehR says:

      entah la
      mereka ni malas kerja tapi rajin pulak mencuri

  2. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum … :)

    Hari terang gagak pun bising,
    Seruling menyanyi tupai di tingkap;
    Pencuri sekarang berlagak samseng,
    Paling berani pandai bercakap.

    1. TehR says:

      Seruling menyanyi tupai di tingkap,
      Terkejutkan kucing ke tanah jatuh;
      Paling berani pandai bercakap,
      Lagi samseng sanggup membunuh.

      1. UmmiKami says:

        Tanam buluh di hari terang,
        Rumput ditebas sedikit-sedikit;
        Geram sungguh pencuri sekarang,
        Lembut tempias hati terjongkit.

        1. TehR says:

          Rumput ditebas sedikit-sedikit,
          Terkejut ular melolong memekik.
          Lembut tempias hati terjongkit,
          Memang dasar makhluk munafik.

  3. onlajer says:

    yeah hujung – hujung minggu ni ramai nak mencuri hati hehe
    onlajer baru je tulis kisah Battle For SlugterraMy Profile

  4. Lynn says:

    Persamaanya dalam artikel di atas ???
    Dua-duanya tetap pencuri. Adoii aii…
    Lynn baru je tulis kisah Secret – Mooron 5My Profile

  5. zool says:

    hati saya dah dicuri rasanya.. hahaha
    zool baru je tulis kisah Keputusan perlawanan bolasepak pusingan pertama separuh akhir Piala FA 2013My Profile

  6. jgn curi, minta elok elok… heeee
    the malay male baru je tulis kisah familyday@D’ark Resort,JandaBaikMy Profile

  7. sensasi2020 says:

    Pencuri sekarang sudah pandai,
    Tidak takut kena bantai,
    Tidak serik walau dirantai,
    Tetap juga mahu tibai.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Teknik SEO Semakin BerjayaMy Profile

  8. Dja@SisHaza says:

    kalau dah namanya pencuri, tak kira lembut tak kira biadap … hukumnya tetap salah. Zaman sekarang, pencuri hati tak kira status suami atau isteri orang, depan2… terang2 lagi tunjuk. Ohh,sudah akhir zaman :(
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah BAKA KUCING BENGALMy Profile

  9. ProfHariz says:

    Curi hati okey. Tapi kena pandai jaga.
    ProfHariz baru je tulis kisah Aku Usaha Aku Yakin Aku Berjaya !My Profile

  10. pencuri internet warga nigeria lagi teruk… siap maki hamun yg kena tipu lagi….

    cuma saya lihat kalau kita jujur dan tak suka menipu walaupun perkara kecil.. insyaAllah Allah s.w.t. tak kan biarkan org lain tipu kita…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Ibu Bapa Kita Bukan Malaikat. So kita kenalah…….My Profile

  11. takai says:

    rangkap ni memang menarik, aksi pencuri zaman dahulu, di malam hari orang tak tahu, mencuri betik atau curi tebu, ayam itik kambing dan lembu…abis!! ayam dan kambing pun diorang nak curi zmn skrng ni..dia x tahu mahal harga seekor aym dan kambing tu…huhhuu
    takai baru je tulis kisah Pembedahan Plastik Korea Melonjakkan K-pop part 2My Profile

  12. sekarang apa-apa hal tembak..perompak pencuri semuanya makin ganas.
    blackrosehunter baru je tulis kisah Fakta Serta Alternatif Kepada GulaMy Profile

  13. HafizAmri says:

    jangan curi..cuba try mintak.. haha
    HafizAmri baru je tulis kisah Tips Menduduki PeperiksaanMy Profile

  14. amirulfaiz says:

    Jangan mencuri, nanti jawab kat akhirat.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Aqiqah, meraikan anak buah, Wafi B. Yusri.My Profile

  15. Hafizul says:

    Ganas pencuri zaman sekarang bro..jangan main2..haha..pencuri hati pun ikut sedap jer dia nak curi..laki bini orang selamber jer dia kebas..adoiii
    Hafizul baru je tulis kisah Kenapa Harus Sedih Bila MiskinMy Profile

  16. mrhanafi says:

    pencuri hati kalau salah orang buruk padahnya…
    mrhanafi baru je tulis kisah Mesti Baca! Jika Sayangkan Jantung Anda (II)My Profile

  17. PerenLee says:

    Pencuri juga punya perasaan…eh,hehe..
    PerenLee baru je tulis kisah Orang Thailand Nyanyi Lagu Anak KampungMy Profile

  18. eiela says:

    bahaya pencuri sekarang nih, tak kira apa dah.
    eiela baru je tulis kisah Tips Menghilangkan Lebam Bawah MataMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun