Akhir Piala FA 2012 | Kelantan vs Sime Darby

Bahang Perlawanan Akhir Piala FA 2012 di antara Kelantan vs Sime Darby yang akan berlangsung pada 19 Mei (Sabtu jam 8.45 malam) di Stadium Nasional Bukit Jalil semakin hangat terasa. Walau pun ramai lelaki kacak peminat cerita bola yang kurang bersetuju dengan harga tiket Perlawanan Akhir Piala FA kali ini, aku percaya stadium tetap juga akan penuh seperti kelkatu selepas hujan. Tambahan lagi Kelantan telah mengumumkan Cuti Peristiwa pada 20.5.2012 (Ahad) nanti.

Cerita bola di mana sahaja
Di kedai mamak di kedai kopi
Piala FA nanti siapakah juara
Red Warriors atau Sime Darby

Peminat ke stadium naik kereta
Penyokong di rumah layan tv
Di stadium air dengan burger
Di rumah cokodok dengan kopi

Kelantan yang berjaya layak ke pusingan kedua 16 pasukan terbaik dalam saingan Piala AFC 2012 sudah pasti mahu membuktikan mereka adalah pasukan lelaki kacak terbaik di Malaysia ketika ini dalam cerita bola sepak tempatan. Sime Darby pula sudah tentu mahu membuktikan mereka juga pasukan yang hebat dan kacak, mereka juga boleh berjaya walau pun hanya berstatus kelab sahaja. Sama-sama kita tunggu dan tengok nanti siapa sebenarnya yang lebih kacak, hebat dan berjaya muncul Juara Piala FA 2012, Kelantan atau Sime Darby.

kelantan vs sime darby

Sime Darby vs Kelantan
Tarikh: 19.05.2012
Masa : 8.45 malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
Harga tiket : Terbuka RM40.00
Kanak-kanak : (bawah 12 tahun) RM5.00
Lelaki kacak : Percuma :D (yang ni aku tipu)

TehrDemikian kisah 'Akhir Piala FA 2012 | Kelantan vs Sime Darby' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. mie says:

    weekend ni…
    ramai la lelaki kacak membanjiri stadium bukit jalil..
    apapun gud luck buat kedua2 pasukan..
    hehhehehe
    mie baru je tulis kisah Restoran Makanan Halal Di HatyaiMy Profile

    1. tehramuan says:

      dah barang tentu, bro
      kalau tak silap, KL juga ada acara lain pada hari berkenaan

  2. Hairul says:

    good luck kpd kedua pasukan… harap2 sime darby menang….
    Hairul baru je tulis kisah Handphone saya rosak. Baru je bertukar ke Xperia Pro.My Profile

    1. tehramuan says:

      sokong2
      pasti kelantan juara :D

  3. Go..go… RW :P

    Agak2nye kalo yg kacak tu percuma, ramai x yg gaduh ms Nk beli teket, hiks
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Selamat Hari Guru 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      mereka tak gaduh
      sebab semua percuma
      hehe

  4. Norizwan says:

    Sime Darby mungkin akan menang….gud luck kedua-dua pasukan…:)
    Norizwan baru je tulis kisah Menara LEGO tertinggi di duniaMy Profile

    1. tehramuan says:

      Aku pilih Kelantan je
      Dekat dengan rumah
      Hehe

  5. ProfHariz says:

    Terbuka RM40.00 ? Mahal. Tak pergi kot. Hahaha
    ProfHariz baru je tulis kisah Wanita Terdesak Mendambakan Lelaki KacakMy Profile

    1. tehramuan says:

      Ya la
      Ramai yang kata mahal

  6. rahman says:

    harga tiket tu tak boleh kurang ker… mahal tu :)
    rahman baru je tulis kisah Mohd Nazmi Faiz Mansor di PortugalMy Profile

    1. tehramuan says:

      Ntah la, bro
      Tak dengar pula ada yang nak beri subsidi kepada penonton

  7. mak lagenda says:

    Tak nak sokong mana2..anak2 dan suami je yg sibuk ngadap dpn tv.
    mak lagenda baru je tulis kisah APLIKASI ANDROID KHAS BUAT LAGENDAMAHSURI.COMMy Profile

    1. tehramuan says:

      Macam tu, tak boleh la nak rasa kehangatannya, mak :D

  8. fiezaradzi says:

    lau betul yg last sekali tu, rasanya titan org pertama beratur kot.. haha..

    nak sokong saper tak tau, sokong kelantan lah, mungkin kelantan menang kot..

    all d best utk lelaki kacak, baik yg main atau yg tgk..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Lelaki Kacak Ada di Mana-manaMy Profile

    1. tehramuan says:

      Memang kena sokong kelantan
      Pilihan ramai ni :D

  9. akubiomed says:

    Kelantan pasukan favorite berbanding Sime Darby. Ada peluang untuk menang.
    akubiomed baru je tulis kisah Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurveMy Profile

    1. tehramuan says:

      Gomo Klate Gomo

  10. cik tom says:

    lagi 2 hari..team mana yang kacak utk menang ye??
    cik tom baru je tulis kisah Lelaki Kacak Banyak DuitMy Profile

    1. tehramuan says:

      dah pasti klate tu, cik tom :D

  11. titan says:

    hoho..tak sabar nak tengok kat tv ni..
    titan baru je tulis kisah Lelaki Kacak dan 83 blogger kacak.My Profile

    1. tehramuan says:

      yups, kita layan tv je

  12. harap dua2 ‘all out’..x yah dah main save2..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Platform IdeaMy Profile

    1. tehramuan says:

      Perlawanan yg pastinya hebat sekali

  13. kulanz says:

    Harap kali ni Kelantan tak terlepas peluang lagi..
    kulanz baru je tulis kisah Peristiwa Ngeri Seorang Lelaki KacakMy Profile

  14. donnyien says:

    esok penentunya segalanya.. sime darby ni kuat gak ee sampai boleh ke final baru aq taw
    donnyien baru je tulis kisah Wordless Wednesday # MC Juara EPL Musim 2011/12My Profile

  15. cik tom says:

    malam ni la plawanan bola ni..tehr gi tgk ke??
    cik tom baru je tulis kisah Lelaki Kacak Banyak DuitMy Profile

  16. reput tulang kurang kalsium
    makan nasi dengan budu
    rakyat kelantan memenuhi stadium
    memberi sokongan gemuruh padu

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair door trim kereta
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Doortrim keretaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun