Air

Musim cuti sekolah dan musim kenduri kahwin akan datang lagi. Sudah ikuti kursus perkahwinan? Teringat di satu majlis akad nikah anak sepupu beberapa tahun lepas apabila juru nikah bertanyakan jenis-jenis air kepada pengantin lelaki. Gelabah juga kawan tu nak jawab bila orang di belakang menyakat dengan senarai air kopi, teh, sirap bandung dan macam-macam. :D

air mani yang hina itu bermulanya manusia
air hujan menurunkan rahmat ke alam dunia
air mata hadir bersama rasa suka dan duka
air kelapa diminum menghilang rasa dahaga

embun pagi sejuk dan jernih sangat menarik
indahnya hadir hilang dalam beberapa detik
air kopi hitam pekat warung pelayan cantik
nikmat hanya sekadar menanti mentari terik

air gunung bersih jernih sejuk serta berkilau
keliling laut tanah yang tinggi menjadi pulau
sapanya lembut hati berdebar sentiasa risau
sesekali mengamuk kalian alam menjadi kacau

air balang kahwin

Kawan-kawan yang mahu mendapatkan khidmat Air Balang untuk majlis kenduri nanti boleh dapatkan dari sahabat kita ini. Cubalah hubungi beliau untuk servis dan harga istimewa yang ditawarkan. Kawe tak ada saham pun ni, saja-saja tolong promosi. Mana tahu dapat minum percuma nanti. :D

TehrDemikian kisah 'Air' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. toyol says:

    oh..
    TK br tau ada pkhidmatn cmtu ye..
    wah..
    sedap jg, blh pilih air apa kita suka kn..

    air teh mmg sedap..
    hari2 TK minum..
    toyol baru je tulis kisah HANTUMy Profile

    1. tehr says:

      khidmat best ni, tk
      minum apa je yang ada
      lagi pun tuan majlis yang bayar :D

  2. decrewz says:

    Ngat ada hsare tadi…he3.. Sekarang ni musim panas.. Jgn sampai air paip xde dah la.. Mlm2 nak tido pun ssh.. Mlm tadi je ok sikit.. Kalau x, tido bukan atas katil lagi, tapi atas lantai mozek.. Sejuk sikit..he3
    decrewz baru je tulis kisah Hinakah Kerja Tepi Jalan Kerja Pertama Dalam HidupMy Profile

    1. tehr says:

      akhir2 ni memang panas sikit, jai
      musim sedang bertukar ni

      aku lebih suka tidur atas tikar
      lantai mozek tu sejuk sangat la

      1. decrewz says:

        Sekali sekala boleh la.. Tapi pagi2 cari katil jugak, x tahan sejuk pulak…ha3
        decrewz baru je tulis kisah Hinakah Kerja Tepi Jalan Kerja Pertama Dalam HidupMy Profile

  3. suri says:

    saya suka minum air kelapa hee..isinua sedp di makan hurm…

    1. tehr says:

      isi yang lembut tu yang sedapnya, suri
      kan?

  4. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..baru saya tahu ada juga
    perniagaan air balang sbegitu ye..?
    pasti bagus perniagaannya..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Bila Blog Tak Boleh Log Masuk – PANIK My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      saya juga tahu sejak berkunjung ke blog sahabat kita tu je
      nampak gaya bagus juga bisnes beliau

  5. zool says:

    wah bisnes baik ni….
    nanti kawin boleh order.. tapi ntah bila lah

    1. tehr says:

      usah tunggu lama2, zool
      kira hujung tahun ni, bagaimana? :D

      1. Ismail N says:

        idea yg kreatif.. he he..
        banyak dpt order balang dah bro?
        Ismail N baru je tulis kisah Mazda 2 Sedan 15LMy Profile

  6. cik tom says:

    ciktom dah amik kursus kawin ms final sem tahun lepas…kawin je xtau bila..hehe…
    wah bagus tlg kawan promosi..kita kena slg tlg menolong kan ;)
    cik tom baru je tulis kisah Blogger Problem Mood Blogwalking Pun HilangMy Profile

    1. tehr says:

      baguslah kalau dah ambil kursus, cik tom
      nampak macam dah tak lama tu
      insya allah

    2. padin says:

      benda yang baik, elok di percepatkan hehee

  7. Gayahspears says:

    amboi.. sedapnyer pantun~
    boleh lah pasni ni gayah pggl tehr utk jadi dj kat majlis perkahwinan…
    huhu.. sesame la kita berbalas pantun…

    opss lupa lak nk gtau… sape2 yg nak kawen.. yg xde juru dandan dan solekan boleh menghubungi Gayah utk mendapatkan perkhidmatan tersebut <— nk pomot gak.. jgn marah ya… hahaha
    Gayahspears baru je tulis kisah Windows Live Writer 2011My Profile

    1. tehr says:

      wah, kira mak andam juga la cik gayah ni ya?

  8. Ismail N says:

    Banyak dapat jemputan kenduri kawin ke bro?.. Kawe dapat jemputan sampai ke KL.. emmm tak pasti lagi nak terbang ke sana.. Yang syok pengantin gak.. kita nie.. tukang tengok jer.. he he..
    Ismail N baru je tulis kisah Mazda 2 Sedan 15LMy Profile

    1. tehr says:

      untuk masa terdekat ni belum dapat lagi
      kebanyakan kawan2 dah kawin
      lagi pun yang kawin kali kedua, biasanya mereka tak buat kenduri
      hehe

  9. akubiomed says:

    Biasanya kenduri buat air sirap sahaja tetapi ini satu kelainan menyediakan selain dari air sirap

  10. ghost writer says:

    airmata penghapus dosa…paling mahal harganya.

    matair penenang jiwa tatkala merasa gundah…
    ghost writer baru je tulis kisah buta hurufMy Profile

  11. ahmadhaikal says:

    air balang? hehe..

  12. mie says:

    gue pernah terbaca tentang tu..
    teringin nak buat nnti..
    tehr mau sponsor ke?
    heheheee
    mie baru je tulis kisah Mengidam Kuih Tradisional SabahMy Profile

  13. Waaaaaah… sekarang ni dah ada servis buat air balang ke?
    Macam-macam dunia bisnes sekarang ni.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Sorry for missingMy Profile

  14. zik says:

    nie baru gula naik harga… adoi.. agak2 naik harga tak air tuh…
    zik baru je tulis kisah Selamat hari guru 2011- paradigma yang baru!!My Profile

  15. Norasikin says:

    Selalunya katerer dah sediakan air sekali. Dia jual air je ke? Abih makan nak order ngan sapa lak?
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Cekodok Pisang Autoreverse™ Ada apa dengan Autoreverse™My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun