Air Oh Air

Tak ada siapa yang mampu nafikan pentingnya air. Manusia, haiwan dan tumbuhan semuanya perlukan air. Tak sempat minum teh o ais waktu rehat pun muka dah monyok mencuka. Ha ha ha

Air surut kampung permai,
Mari mengail si ikan keli;
Masa hidup beramai-ramai,
Mati nanti berseorang diri.

Walau pun air dicincang tak akan putus, tapi banyak tempat dah putus bekalan air sekarang. Payah mahu mencari jejak dalam air. Tak tahu kat mana silapnya. Jangan-jangan ada orang membasuh muka dengan air liur.

Air Oh Air

Air boleh dijumpai dalam tiga bentuk seperti pepejal, cecair dan gas. Air ada bermacam jenis dan warna. Ada beraneka rasa dan berbagai paras harga. Tapi air hanya ada empat hukum sahaja iaitu halal, haram, harus dan makruh.

air di rumah kalau diperhati
paling tinggi di dalam tangki
paling rendah dialir longkang
tentunya air sudah terbuang

tergenang air di birai mata
tanda sedih tanda gembira
terpercik air di bibir mulut
bukan tanda suka mencarut

Sifat air berlawanan dengan api. Air boleh menyejukkan, sedangkan api panas membakar. Pun begitu, air hanya menjadi kawan ketika kecil. Kalau dah besar, memang tak terlawan. Boleh musnah apa sahaja akibatnya.

embun singgah di hujung rumput
jernih sejuk dan sengguh lembut
tsunami menjenguk di tengah laut
garangnya membuat semua kecut

Walau pun dibahagikan dengan berbagai kategori, air asalnya adalah makluk Allah yang suci. Asalnya bersih dan dapat membersihkan. Asalnya sejuk dan dapat menyejukkan.

Air juga makluk Allah yang sangat taat!

TehrDemikian kisah 'Air Oh Air' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


22 Comments

  1. hafiz says:

    Skrg masa untuk berjimat cermat…
    hafiz baru je tulis kisah Baju melayu anakku siap dijahitMy Profile

  2. de engineur says:

    Di semenanjung, ada krisis air. Di tempat sya plak berlebihan – banjir di beberapa daerah.
    de engineur baru je tulis kisah The Beaufort flood and pledge for assistanceMy Profile

  3. akubiomed says:

    Masalah air semakin meruncing sekarang ini.
    akubiomed baru je tulis kisah WhatsApp bro dengan BR1M 3.0My Profile

  4. Lyn™ says:

    Unsur air dalam tubuh manusia – ada air besar dan ada air kecik.
    No 7 termasuk dalam gerakan ‘ air bah’ dan sekali air bah tetap berlaku kerosakan tanah.
    Lyn™ baru je tulis kisah JANGAN hidup bermaduMy Profile

  5. azlanvai says:

    titisan air mata ini menancap kalbu
    pintaku hanya satu
    tapi luas harapanku
    demi setitik hujan
    dan sebutir salju
    menceriakan hari demi haru
    azlanvai baru je tulis kisah 4 Mitos Berbahaya Mengenai DiabetisMy Profile

  6. dja@sishaza says:

    Di sini pun sudah mulai kritikal… awan mendung sana-sini tapi hujan tak jadi2. Ini sekadar ujian kecil tapi kita sudahpun kegelisahan
    dja@sishaza baru je tulis kisah SISA DARI DAPUR MAMPU SUBURKAN POKOKMy Profile

  7. hafizmd says:

    terus teringat anak nyanyi lagu “7 jenis air suci”….hehe
    hafizmd baru je tulis kisah 4 Teknik Rangsang Leptin Untuk Mudah Kuruskan Badan!My Profile

  8. krisis air selangor nak melarat ke negeri sembilan pulak khabarnya… harap2 bersedia org nogori.
    the malay male baru je tulis kisah mengenai IKEA saleMy Profile

  9. Bahrain says:

    Rasanya paling tinggi air kat awan. hehehe.
    Musim kemrau dah sekrang. just beware.
    Bahrain baru je tulis kisah Misteri Di Sebalik Tragedi Dalam Filem PompeiiMy Profile

  10. amirulfaiz says:

    Dan siapa pula yang berkuasa menurunkan air? Dalam setiap sesuatu itu, ada tanda-tanda kekuasaan-Nya.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Kupas sabut kelapa mudaMy Profile

  11. ajumohit says:

    takde air serba serbi tak kene, nak plak musim kering cenggini
    ajumohit baru je tulis kisah Tiada rezeki nak ke Advertorial Event NuffnangMy Profile

  12. cikgu naman says:

    moga masalah kekurangan air ini tidak berpanjangan
    cikgu naman baru je tulis kisah Muslim NiagaMy Profile

  13. Hafizul says:

    Selagi ada, hargailah ia…hehe..terima kasih bro..
    Hafizul baru je tulis kisah Jobdirumah Affiliate dan Pak Cik Hisap Susu IbuMy Profile

  14. zik says:

    musim kemarau sekarang nih.. huhu
    zik baru je tulis kisah Keputusan terkini liga dan carta epl 22& 23 februari 2014My Profile

  15. Kawe rela x de karan dari tak de air ehhh… Masaalah besar tu!
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Kalau Aku Kaya: Parking At 14th Floor Luxury ApartmentMy Profile

  16. shahfir says:

    apalagi..meh la melawat cahayaAIR huhu…tq
    shahfir baru je tulis kisah WANITA LAMAR TEMAN LELAKIMy Profile

  17. Mohd Shubhi says:

    Bangak yang boleh dipelajari dari air ini…!

  18. Alynn says:

    klau air kat blog..skali ade skali xde..kalau air sungai sentiasa ada…heheh

  19. MyCherita says:

    Bagi mereka yang terlibat dengan masalah air sekarng ini, harap bersabar la dgn dugaan ini, Ini semua ujian dari allah..
    MyCherita baru je tulis kisah Catuan Air di Daerah kluang.My Profile

  20. titan says:

    apa itu air mutlak?
    titan baru je tulis kisah Limpahan Rezeki Dunia BlogMy Profile

  21. Air mata membasahi pipi,
    Air embun membasahi bumi,
    Air kering susah nak mandi,
    Air dipeluhi meresap diri.

    Segalanya serba susah jika air sebagai sumber terpenting kehidupan semakin surut dan sukar untuk diperolehi.
    Blogger Top Star baru je tulis kisah Mat Yo Didenda RM5000My Profile

  22. zara says:

    semalam tetibe air takde pulak..huhuuu air oh air..baru tau betapa pentingnya air..
    zara baru je tulis kisah Petua Atasi Masalah Jerawat Secara SemulajadiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun