Air Dah Kering

Paras air makin naik di Pahang. Di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan air masih bertahan. Banjir di Sabah juga tidak banyak berubah. Masih dipenuhi air. Tapi air kat rumah aku dah kering. Macam mana nak mandi ni? :(  Sejak petang semalam paip air mogok di kawasan kami. Bukan lagi tekanan air rendah tapi putus bekalan sama sekali.

hujan lebat di negeri orang
panas kering di negeri sendiri
air tersekat kelmarin petang
macam mana kami nak mandi

kalau banjir sungainya keruh
apabila panas tanah merekah
teh 0 pun tak dapat dibancuh
hendak membasuh lagilah susah

harap nanti air kan menjelma
banyak pakaian hendak dicuci
biar pun cuti tahun baru cina
paip yang rosak perlulah dibaiki

Tak tahu la kat mana pula paip tu pecah. Takkan bekalan kering kontang hanya kerana perayaan Tahun Baru Cina. Setahu aku kawasan ni tidak pula ramai penduduk dari kaum Cina. Tak daya aku nak guna air dalam botol untuk mandi. Mahal tu…

TehrDemikian kisah 'Air Dah Kering' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. zik says:

    air dalam botol sangat mahal…. kecik macam tuh pun seringgit… tengok tempat juga.. kalau hotel ..mahu 5 ringgit.. kalau harga minyak… seliter..
    zik baru je tulis kisah Rahsia khusyuk dalam solatMy Profile

    1. tehr says:

      bankrap la kalau nak mandi dengan air botol setiap hari
      hehe

  2. mie says:

    wow!!
    boleh pergi cari air terjun ni..
    ehehee
    mie baru je tulis kisah Hadiah Misteri Dari Blogger MisteriMy Profile

    1. tehr says:

      air terjun jauh sangat, bro
      mau 2 jam memandu kereta :D

    2. mie says:

      ye ke..
      susah juga nak bercuti tu..
      ehehehe
      mie baru je tulis kisah Keyword Bulan Januari 2011My Profile

  3. akubiomed says:

    Kepada mangsa banjir ini adalah masanya untuk membersihkan rumah yang berlumpur akibat banjir. Cuti-cuti sempena Tahun Baru Cina digunakan sepenuhnya untuk membersihkan rumah
    akubiomed baru je tulis kisah Dapat email ucapan sambutan Tahun Baru Cina dari PMMy Profile

    1. tehr says:

      cuti kerja untuk buat kerja
      harap2 sempat la mereka bersihkan rumah dan kawasan

  4. ghost writer says:

    jangan harga air lak yang naik…lagi bertambah susah.
    ghost writer baru je tulis kisah hormonesMy Profile

    1. tehr says:

      jangan la naik
      kesian kat orang miskin
      orang kaya memang tak kisah
      mereka siap ada kolam mandi lagi

      1. ghost writer says:

        tapi nak wat camna,bukan kita yang tentukan.
        bila naik sesuatu tuh,kita bising sekejap jer,lepas tuh senyap lik.ikut jer..
        ghost writer baru je tulis kisah femmesMy Profile

  5. sabah kan banyak laut
    mandi kat laut la abang tehr
    secantikmanis baru je tulis kisah “Aku Ada Impian” peraduan yang lumayanMy Profile

    1. tehr says:

      huh, tak sanggup nak mandi air laut kalau tak dapat bilas
      melekit tu
      hahaha

  6. Mus says:

    cerita pasal air.. teringat masa masuk pedalaman.. air sungai dan air terjun memang best!!
    air sungai jernih sampai nampak ikan..
    Mus baru je tulis kisah Komisen RM1000 Untuk Jualan Satu CD!!My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      payah dah nak jumpa sekarang ni, mus
      semua dah macam teh susu

  7. Cik Siti says:

    nampaknya kena cari perigi ni…. Tak pun kena tengok mana tahu paip bawah tanah tu pecah… mahu haru kena bayar bil melambung
    Cik Siti baru je tulis kisah Belajau bahasa MelakaMy Profile

    1. tehr says:

      kawasan tepi sawah ni tak boleh nak dibuat perigi la, cik siti
      airnya payau dan kuning
      bau pun tak bagus

      1. Cik Siti says:

        oh ye ke… ye tak ye bau tanah….
        Cik Siti baru je tulis kisah Belajau bahasa MelakaMy Profile

  8. decrewz says:

    Kat kawasan bro xde sungai ke..?
    decrewz baru je tulis kisah Review Ke-2 Dari Ar-RifkeMy Profile

    1. tehr says:

      jauh la, bro
      mau gak 15 minit pandu kereta

    2. dnoBiz says:

      air sungai sekarang dah tak berapa sesuai untuk kegunaan harian… banyak sangat makhluk asing kat dalam tu ..
      dnoBiz baru je tulis kisah Ketawa – Banyak Ketawa Hati MatiMy Profile

      1. tehr says:

        buaya pun dah pikir2 nak pindah
        haha

  9. hafizmd says:

    paip rosak sudahpun dibaiki
    teh o panas sedia menanti
    air tiada susahlah hati
    dikala ada membazir sesuka hati

    air tiada teh o pun tiada
    internet tiada biasa saja
    suka membazir itulah kita
    bila tiada tahulah derita
    hafizmd baru je tulis kisah Review Januari sambil jaga anak isteri…My Profile

    1. tehr says:

      hendak minum air tebu
      takut penyakit kencing tikus
      tidak dapat mencuci baju
      tandas tidak boleh dijirus

      hehe

      1. hafizmd says:

        habislah sudah air dikolah
        tunggulah lori datang menjengah
        tandas sunyi siapa nak mencelah
        sebab di dalam bersepah-sepah

        hehehe….
        hafizmd baru je tulis kisah Ayuh kembalikan tenaga yang hilang…My Profile

  10. Kesian. Macam tu nak minum teh pun susah kan?
    Ingatkan air apa yang kering tadi. Hahahahaha….
    Semoga segalanya OK nanti.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah We are SabahanMy Profile

    1. zik says:

      erm.. nanti2 tuh oklah tuh kot .. bantuan tiba…
      zik baru je tulis kisah Lembu berenangMy Profile

      1. tehr says:

        alhamdulillah, zik
        semua dah kembali pulih

    2. tehr says:

      hahaha
      dah ok pun
      terima kasih kepada kelantan water

  11. toyol says:

    bagi TK lebih baik xde letrik, xde line internet drpd xde air..
    payah sungguh..
    klau hari panas @ time nak masuk tandas..
    fuh..
    memang mencabar iman..
    toyol baru je tulis kisah JOM SAUNA!My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, tk
      memang masalah besar kalau tak ada air
      banyak perkara terbantut

  12. kakyong says:

    memang masalah kalo xde air..
    mcm2 nak buat dgn air.. x leh hidup tanpa air..
    kakyong baru je tulis kisah Update Qistina Balqis Maisarah – 1- 2 &amp 3 Februari 2011My Profile

    1. tehr says:

      memang masalah
      tapi sekarang dak ok

  13. MDHAFiZ.NET says:

    tiada yg kekal dlm dunia ni..
    yg tinggi pasti boleh jadi rendah.. jua..
    maaf.. aku x pandai berpantun.. hehehe.. :)

    1. tehr says:

      yang besar pun boleh jadi kecil :D

  14. Ismail N says:

    Selalu ke takde air cikgu? Kalau selalu kenalah cari tangki cam kami di sini. Water pump pun kena ada. :D Bukan apa kalau tak de air memang payah betul… nak minum, mandi, cuci kain, cuci pinggan mangkuk, cuci kereta, etc. Banyak betul keperluannya.

    1. tehr says:

      tak juga selalu, bro
      saya memang dah ada satu tangki tapi memang tak mencukupi
      nak kena beli lagi satu la nampaknya

  15. dnoBiz says:

    masaalah air di Kelantan dah agak Meruncing sekarang ni, mungkin mereka akan ambil tindakan tak lama lagi…

    Ps : Kos pun besar gak tu
    dnoBiz baru je tulis kisah Qada Dan Kadar – Kemalangan di Kamdar Kota Bharu VideoMy Profile

    1. tehr says:

      masalahnya aku tak tahu bila air tiada
      tiba2 je anak bagi tau tangki kering
      apa nak dibuat lagi
      terlopong je la :D

  16. ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    azli.afzainizam baru je tulis kisah DIY Spray Motorsikal SendiriMy Profile

    1. tehr says:

      insya allah

  17. padin says:

    wahahaaa jenuh juga kalau mandi guna air botol,

  18. mijie says:

    report je bro, aku kalau jadi mcm ni mau 5,6 kali tepon sehari…
    mijie baru je tulis kisah Teknik gambar gunakan kamera filemMy Profile

  19. zulkbo says:

    salam..
    sama lah kalau saya..
    tak de letrik seharian
    tak pe lagi..kalau tiada
    bekalan air..aduhhh..
    sakit jiwa di buatnya
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Unik Serata Dunia Koleksi MenarikMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      betul3x :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun