Adik

adik darjah satu
ke sekolah bawa buku
senget sebelah bahu
ingin menuntut ilmu

adik darjah dua
ke sekolah tidak manja
belajar menulis mengira
mahu mencapai cita

adik darjah tiga
ke padang bermain bola
berlari ke hujung sana
selalu mahu berjaya

adik darjah empat
ke pentas menunjuk bakat
mengaji mencari tempat
untuk bekal akhirat

adik darjah lima
bermain tidak lama
berkawan sekejap saja
mengunci mengawal masa

adik darjah enam
fikiran selalu tajam
harapan tidak tenggelam
kejayaan mahu digenggam

… adik ke sekolah menengah dengan bangga

TehrDemikian kisah 'Adik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


2 Comments

  1. nasikputeh says:

    bagusla kalau budak2 jadi baik mcm tu.
    tp budak2 sekarang dah tak macam tu lagi..

  2. tehr says:

    budak2 sekarang dah macam-macam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun