Adab Berbuka Puasa

cepatlah adik waktu dah tiba
senandung azan telah bergema
disunatkan kita segera berbuka
silalah adik menjamu selera

pilihlah rutab untuk berbuka
atau pun tamar pilihan kedua
air pun boleh pilihan ketiga
adik dapat sunat dan pahala

berdoa dahulu sebelum berbuka
bersyukur segala rezeki yang ada
semua permintaan akan diterima
setelah seharian adik berpuasa

segeralah adik janganlah leka
solat maghrib belum dikerja
makan sekadar tidak mengapa
kerana hidangan telah tersedia

usahlah berlebih segala hidangan
bila terlampau nabi tak berkenan
jangan diikut perangainya syaitan
nanti adik bertambah keletihan

Berdoalah apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Doa dalam bahasa Arab? Bagi saya, Allah memahami apa sahaja bahasa yang ada di dunia ini.

TehrDemikian kisah 'Adab Berbuka Puasa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun