Acara Berbalas Pantun

Sayap kelkatu ringan sekali,
Berduyun-duyun cari cahaya;
Di pagi Sabtu bertemu di sini,
Berbalas pantun dimula acara.

Salam bahagia dan selamat pagi kepada semua wanita cantik dan lelaki kacak yang hadir. Yang belum masuk tu, silakan masuk. Masih ada tempat kosong lagi di belakang sana. Kalau tak muat, boleh saja duduk atas simen kat depan ni. Hehe

Kita mulakan saja acara berbalas pantun hari ini dengan pantun dari Saudari Azura untuk ditujukan kepada Saudara Tehr. Dipersilakan.

Badannya letih perut berbunyi,
Kelkatu berpesta mengejar cahaya;
Bolehkah Pak Tehr khabarkan kami,
Bagaimana mula menjadi blogger.

Saudara Tehr, silakan…

Lampu rumah terangi laman,
Kelkatu tiba sayap bertabur;
Web sekolah mulanya tugasan,
Berblog apabila web berkubur.

Tepuk. Tepuk. Demikian pantun jawapan bals dari Saudara Tehr. Acara berbalas pantun kita teruskan lagi bagi pusingan yang kedua. Lelaki kacak yang pakai baju kuning kat belakang tu jangan balik dulu, lepas acara ni kita ada cabutan bertuah. Banyak hadiah kat depan ni. Hehe. Baiklah, Saudari Azura sila jualkan pantun kepada Saudara Tehr. Nampak dah tak sabar nak jawab tu!

Pokok rumbia nampak berbalam,
Neon berseri kelkatu menyerang;
Blogger setia siang dan malam,
Pernahkah diri ditimpa malang.

Bagaimana Saudara Tehr? Selama berblog ni pernah ke ditimpa malang? Spam ke, kena hack ke? Hehe.

Terbang kelkatu di tepi pagar,
Kerbau sapi kuat berbunyi;
Tiadalah jemu dalam belajar,
Sehingga kini tak pernah lagi.

Syukur Alhamdulillah. Acara berbalas pantun akan berhenti rehat sekejap untuk memberi peluang kepada pemantun kita menghilangkan haus. Hehe.

Lelaki kacak angkat tangan,
Ambil setangkai buah kelubi;
Entri senak sahut cabaran,
Give Away Papan Kekunci.

TehrDemikian kisah 'Acara Berbalas Pantun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


59 Comments

  1. kimmie says:

    good luck mr tehr. menarik acara berbalas pantun ni
    kimmie baru je tulis kisah Nampaknya sibuk dengan tugasan lagiMy Profile

    1. tehr says:

      jom meriahkan dunia blogger :D

      1. suri says:

        meriah dg tugas meriag dgn berbalas pantun
        suri baru je tulis kisah Belailah Daku Walau SesaatMy Profile

        1. cik tom says:

          xpndi nak berpantun..huhu
          gdluck tehr!
          cik tom baru je tulis kisah Jangan Melabur Emas dan Perak Sebelum…My Profile

    2. amirul says:

      kokok ayam bersahut-sahutan,
      menyambut hari mulai terang,
      selamat pagi aku ucapkan,
      untuk dikau blogger tersayang,

  2. sud@is says:

    thniah mr tehr hebat sekali persembahan acara berbalas pantun
    yg dikendalikan oleh Chuari Selamat…
    sud@is baru je tulis kisah Antara Fatwa dan PetuaMy Profile

    1. tehr says:

      chuari selamat memang bagus
      suka dengar celoteh beliau

  3. cikgu naman says:

    cikgu ajar BM ke?
    cikgu naman baru je tulis kisah Eksperimen Teknik Editing Gambar HDRMy Profile

    1. tehr says:

      pernah juga ajar bm
      tapi sekarang saya ajar matematik

      1. suri says:

        BM tak tahu klu bahasa melayu tu mmg ayat penuh dia ar
        suri baru je tulis kisah Manfaat Elettaria CardamomumMy Profile

  4. Norgadis says:

    Datang berkunjung rumah Pak Hassan
    Ramai tetamu rumah pun bergegar
    Moga kita tak pernah bosan
    Hidup sebagai seorang blogger

    1. tehr says:

      ke pasar malam membeli durian
      ke pasar pagi membeli papaya
      aku hanyalah blogger sambilan
      sekadar berhibur di alam maya

  5. mie says:

    meriah pesta pantun ni…
    teringat zaman sekolah dulu..
    pesta menjual dan membeli pantun..
    eehheheee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednessday #13 Pasar Terapung HatyaiMy Profile

    1. tehr says:

      kalau live/berdepan aku memang tak boleh, bro
      aku ni pemalu… :D

      1. mie says:

        ye ke…
        suka tgk live berpantun..
        macam berdebat tapi mempunya nada yang menarik..
        eehehheee
        mie baru je tulis kisah Pertama Kali Menjejak Kaki di BangkokMy Profile

  6. azura says:

    Pagi hari pergi ke hutan
    Mencari sejambak bunga melati
    Terima kasih atas kesudian
    Pantun cikgu sangat bererti

    Terima kasih cikgu kerana turut serta dalam acara berbalas pantun untuk give away saya kali ini, sangat kreatif.

    Mohon cikgu tinggalkan link artikel di ruang komen dan hantar sesalinan artikel ini ke email saya azura@papankekunci.com mengikut syarat penyertaan.
    azura baru je tulis kisah Give Away Papan Kekunci Dot Com 2012My Profile

    1. tehr says:

      di pagi hari meredah ke hutan
      hingga malam tak pulang lagi
      moga meriah hamba ucapkan
      give away dari papan kekunci

  7. padin says:

    wohaaa best…. sesi berbalas pantun plak, :D

    1. tehr says:

      haha
      aku tak tahu nak tulis macam mana :D

      1. padin says:

        hahaa kira ok la tu, bro pon dah sinonim dengan pantun,
        menarik… ada sambungan tak ni? hehee

        1. tehr says:

          mungkin juga tak ada…

          1. suri says:

            pasal apa blh tak der?
            suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_04/2012My Profile

  8. akubiomed says:

    Memang kacaklah entri ini bro TehR. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Pelancaran Kawasaki MX World pertamaMy Profile

    1. tehr says:

      kacak dalam kampung sendiri je, bro :D

    2. chii says:

      bukan takat kacak…terbaik dan kreatif..tp cikgu Tehr dan pantun..mmg tak dapat dipisahkan
      chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 – Pak AndamMy Profile

  9. titan says:

    aku tak reti nak balas pantun maa..
    titan baru je tulis kisah The Power of SEO.My Profile

    1. tehr says:

      bro titan boleh balas dengan trafik
      tak kisah juga maa… :D

  10. iza says:

    Assalam…
    Kreatif ni..
    Gud luck..
    iza baru je tulis kisah Segalanya Ajaib.My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      iza dah join ke?

      1. yep setuju! tehr sangat kreatif.
        rainbowcloudy baru je tulis kisah karma : bulatan dalam cintaMy Profile

  11. adamfaiz says:

    Ada papan kekunci di sebalik pantun rupanya!!!
    adamfaiz baru je tulis kisah WW 34 – Langit Tidak Selalu CerahMy Profile

    1. tehr says:

      sekadar meriahkan majlis tu :D

  12. Indah pantun di atas… :D Hehehe :D Masih cuba mengarang dengan baik…
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Blog Report Minggu Ke-2My Profile

    1. tehr says:

      boleh juga berpantun kat sini, bro :D

  13. adamfaiz says:

    Betul ke kelkaltu dari anai-anai,
    Aku memang tak pernah tau,
    Nak berpantun aku tak pandai,
    Tapi, aku orang Melaka tau!
    adamfaiz baru je tulis kisah Handphone Yes Eclipse Kena HentamMy Profile

    1. tehr says:

      kelkatu atau anai-anai
      ciptaan Yang Maha Esa
      aku juga bukan pandai
      hanya cukup makan saja

      hehe

  14. [...] 6. Miss Lin Azlina 7. Bro Ronaldmohoni 8. Miss Nurul Azieyan 9. Bro Azri Johan 10. Bro Saharol 11. Cikgu Tehr Related Posts:Pengalaman http://www.ronaldmohoni.com sebagai penulis blogPengalaman http://www.padinno.com [...]

  15. benjy says:

    lelaki kacak yang pakai baju kuning kat belakang tu peserta Bersih 3.0 ke ? … hehehe
    benjy baru je tulis kisah PENGUMUMAN DURIAN RUNTUH FELDA CETUS BERBAGAI PANDANGANMy Profile

    1. tehr says:

      agaknya…
      singgah hilangkan lelah :D

      1. benjy says:

        Apahal dia nak balik awal dia tak tahu ke ada cabutan bertuah lepas tu ? :D
        benjy baru je tulis kisah 7 ORANG BLOGGER LULUS UJIAN (KDBB) APRIL 2012My Profile

  16. Ann says:

    wahhhhhhhhhh.. Giveaway papan kekunci tu ape?? Haha
    Ann baru je tulis kisah Virtual Travelling..My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      klik je, ann
      dan boleh join sama juga tu :D

  17. msuk give away papan kekunci ker?..gudluck2 :)
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Medan SamuderaMy Profile

    1. tehr says:

      masuk dan duduk tepi2 je, bro
      tumpang meriahkan majlis :D

  18. zool says:

    bagi gak pantun.

    ‘ Kapal Dagang dari Seberang
    Sarat Muatan Kayu Meranti
    Dari Ligakampung.com saya datang
    Harap TehRamuan suka hati ‘

    hahahaha. ni ciluk 2 patah dari pantun rasmi Melaka ni
    zool baru je tulis kisah Nazmi Faiz menarik minat kelab bolasepak PortugalMy Profile

    1. tehr says:

      dagang sakit di sudut bangsal
      sebelah dada ditekan-tekan
      kalau sempit gelanggang futsal
      padang bola kami sediakan :D

  19. Comelnya entri ni. Saudara Tehr tetap unggul dengan acara berbalas pantunnya.

  20. zulkbo says:

    salam saudara Tehr..
    niat nak berpantun sama..
    apa kan daya ideas ku buntu..
    mungkin di lain hari sahabat :)
    zulkbo baru je tulis kisah 3 LELAKI KACAK Di MalaysiaMy Profile

  21. mak lagenda says:

    Tehr dan pantun tak boleh dipisahkan..bila sebut pantun di arena blog, musti ingatan terus kpd Tehr
    mak lagenda baru je tulis kisah ANYONE DAPAT JEMPUTAN INI?My Profile

  22. nurmisnan says:

    aku kalau berpantun jadi bersajak.. har3..
    Gd luck brother..
    nurmisnan baru je tulis kisah Wordless Wednesday #44My Profile

  23. chii says:

    all the best cikgu…=)
    chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 – Pak AndamMy Profile

    1. yas says:

      ni pun pemenang souce yerrr…hehehe tahniah chiii…:)
      yas baru je tulis kisah TEMPOH SEMINGGU LAGI SERAH DIRI – Bersih 3.0My Profile

  24. yas says:

    Mak aihh…sampai dahaga woo acara berbalas pantun dgn bro tehr nih….pas tu terus gi kt giveaway??…hehehe semoga berjaya bro tehr!!!- siap dpt chezzy sause tuu…hehehe
    yas baru je tulis kisah TEMPOH SEMINGGU LAGI SERAH DIRI – Bersih 3.0My Profile

  25. [...] s); })(); Pengalaman http://www.tehramuan.com sebagai penulis blog Terima Kasih Cikgu Tehr sebagai peserta kesebelas (11) give away papan kekunci dot com 2012. Ikuti kisah sahabat blogger [...]

  26. eiela says:

    best pantun atas nih.
    eiela baru je tulis kisah Misi Menambah Berat BadanMy Profile

  27. Suka tgk berbalas pantun real ms skolah dl, meremang Roma time dorg bc pantun :D
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Selamat Hari Guru 2012My Profile

  28. puan kutu says:

    wah dh siap berbalas pantun,meriah gitu.hehe

    gud luck..:)
    puan kutu baru je tulis kisah Penyu Menangis Giveaway @ Jemari AsmaraMy Profile

  29. ella says:

    Anak ayam turun delapan,
    mati satu tinggal tujuh;
    Hidup harus penuh harapan,
    jadika itu jalan yang dituju;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun