About Me

admin tehramuan

tehr

Tehramuan bermula di tapak percuma blogspot. Ia lahir setelah menerima cabaran dari seorang rakan blogger untuk membina, mempunyai dan menguruskan blog sendiri, setelah lebih setahun menguruskan blog sebuah sekolah.

pakai seluar biru, cari bunga semalu;
apa di dalam baju, cerita dalam lagu.

pakai seluar putih, singgah minum tehr;
dengan hati bersih, cuba sampai boleh.

pakai seluar kuning, sandar tepi dinding;
adik jangan runsing, abang tidak pening.

pakai seluar hijau, jalan pergi surau;
tuan jangan risau, hamba tidak kacau.

pakai seluar merah, duduk tepi kolah;
ada silap salah, sayang jangan marah.

pakai seluar yangki, saf depan sekali;
selesai solat nanti, kanda akan kembali.

Belum pun setahun, cabaran datang lagi untuk mempunyai domain dan hosting sendiri dan berpindah ke WordPress. Dengan semangat untuk terus belajar, tehramuan.blogspot.com berpindah ke Tehramuan.Com ini pada akhir September 2010 dengan domain dan hosting yang dihadiahkan oleh seorang rakan blogger yang pemurah.

~

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun