60 Orang Diisytiharkan Bankrap Setiap Hari

Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri seramai 60 orang bankrap dalam satu hari di Malaysia. Sehingga September tahun 2013 ni dah ada 16,306 orang diisytiharkan bankrap. Kaum Melayu paling ramai diikuti Cina, India dan lain-lain. Nampak macam satu keadaan yang teruk juga ni.

jumlah orang ditimpa bankrap
semakin ramai dan makin kerap
kulit licin dah tumbuh kurap
akhirnya dapur tidak berasap

hidup yang mewah mahu didapat
wang yang banyak mahu dirembat
salah timbangan tindakan dibuat
dulunya kaya sekarang merempat

meminjam duit beli kenderaan
menjalar megah menyusur jalan
nampak indah sudut pandangan
bercampur gelisah alam fikiran

pinjaman peribadi lagak ikutan
tak kira lelaki atau perempuan
mendapat gaji membuat bayaran
sudahnya ceti pula kekenyangan

mahu berjaya dalam perniagaan
harta yang ada menjadi cagaran
bisnes lingkup pertengahan jalan
semuanya lesap dari pandangan

membeli rumah istana kayangan
keluarga meriah dalam khayalan
datang musibah singgah dugaan
sujud ke tanah menyemai harapan

Pernah dulu, banyak kali aku terima panggilan talipon dari salah sebuah bank tempatan. Memang banyak kali. Mereka mahu aku tambah pinjaman peribadi. Asalkan saja aku sanggup, mereka akan luluskan segera. Letih juga aku bagi alasan tak mahu terima tapi mereka masih juga berkali-kali buat tawaran. Sudahnya aku cakap [lebih kurang] macam ni;

Kalau saya setuju dan ambil duit tu, kena bayar balik, kan?”

“Hehe. Mesti la kena bayar.”

“Kalau tak perlu bayar balik, saya nak gi ambil.” :D

Dan… sampai sekarang aku tak terima panggilan dari mereka!

ubi kayu dan ubi keladi
kalau mahu makanlah lagi
ukur baju di badan sendiri
bergerak maju tepati janji

TehrDemikian kisah '60 Orang Diisytiharkan Bankrap Setiap Hari' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. saya pun nak kalau wang freee. heee.

    tapi yg saya lihat kan bro…

    ramai org suka buat pinjaman rumah/peribadi lebih dari sepatutnya dgn alasan nak guna pinjaman yg lebih tu untuk bayar pinjaman pada tahun awal.

    Nampak cara nie macam bijak.. tapi pada saya sebaliknya sebab kita kena bayar lebih dgn interest.. dan biasanya bila duit dalam tangan kita akan terover guna..
    Hairul Hissam™ baru je tulis kisah Resepi Cara Membuat Putu Mayam Cicah Kuah Kaya & Testimonial Terbaru Pakej Putu.My Profile

    1. TehR says:

      ya. nampak bijak dan rajin
      rajin gali lubang untuk tutup lubang
      akhirnya lubang makin besar dan makin banyak

      1. suri says:

        terover yang bahaya pantantang ada sale mulalah kita gelap kepala pejam mata bila keluar duit.
        suri baru je tulis kisah Suri Suka Tanam BungaMy Profile

      2. hafizmd says:

        macam lagu Salleh Yaakob =)
        hafizmd baru je tulis kisah Speechless Friday #9 Sekejap tapi Penuh MaknaMy Profile

    2. hafizmd says:

      Betul tu bro Hairul. Ramai yg mark-up masa beli rumah tp akhirnya lupa bab yg nak kena bayar tu nanti…hoho
      hafizmd baru je tulis kisah Speechless Friday #9 Sekejap tapi Penuh MaknaMy Profile

  2. kalau kita berbelanja ikut kemampuan rasanya takkan jadi macam ni
    blogger lelaki baru je tulis kisah Edisi Jumaat : IstidrajMy Profile

    1. TehR says:

      memang tak akan jadi bankrap
      tidak hidup mewah bukan bermakna tidak hidup gembira

      1. hafizmd says:

        betul…moga2 kita bahgia dalam kesederhanaan =)

        terima kasih cikgu
        hafizmd baru je tulis kisah Pelan Pembangunan Bola Sepak 2014-2020My Profile

  3. UmmiKami says:

    Assalam cikgu…

    Kalau kurap tumbuh selalu,
    Tawar dukun terlebih pandai;
    Kalau bankrap jatuh melulu,
    Selipar Jepun pun tak boleh pakai. :D

    1. TehR says:

      Selipar jepun putus tali,
      Berkaki ayam ke mana-mana;
      Nasib badan salah sendiri,
      Sesal kemudian tak berguna

  4. suri says:

    tak payah layan biar kita sederhana dengan cara kita
    suri baru je tulis kisah Belajar Buat Bun, Pau dan Pizza Terus MenjadiMy Profile

  5. titan says:

    pehh..ramai jugak tu..dah leh kira 2 kelas tu..
    titan baru je tulis kisah Jobdirumah Payment – Kali ke 77My Profile

  6. hafiz says:

    Betullah samalah masa kitan nak sangat pinjam dia tak approve, skrg offer pulak, malas nak layan pasal tak penting…
    hafiz baru je tulis kisah Top komentator Oktober 2013My Profile

    1. hafizmd says:

      hehe…masa tu byk duit…la ni, takde duit…pakat carik customer plak…hoho
      hafizmd baru je tulis kisah Siri Kesihatan 2: 5 Cara Tingkatkan Kolesterol ‘Baik’ HDLMy Profile

  7. akubiomed says:

    Sejumlah angka yang membimbangkan terutama yang diistihar bankrap kebanyakkan kaum Melayu.

  8. Irwan Alessa says:

    ramai yang dah mendapat status bankrup ni.. Kesian dngan mereka, nasib baik hidup penuh dengan kesederhanaan, buat apa berbelanja sakan.. Orang kita banyak yang berpegang prinsip biar papa asal bergaya..
    Irwan Alessa baru je tulis kisah Tak Terkalah Oktober 2013My Profile

  9. ohcikgu says:

    nampaknya, bertambahlah orang bankrap setiap hari macam ni..
    ohcikgu baru je tulis kisah SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop 2013My Profile

  10. Ismail N says:

    Bukan semua yg bankrupt tu disebabkan pinjaman wang dan banyak berbelanja. Ramai yg unfortunate sbb jadi penjamin atau rakan kongsi perniagaan. Ada juga disebabkan oleh tindakan tuntutan sivil akibat kecuaian pihak2 tertentu.

    Banyak juga mereka yg gagal menjelaskan pinjaman perumahan misalnya disebabkan dibuang kerja, VSS dan lain nisbah yang menyebabkan punca pendapatan hilang atau terjejas dengan teruk. Ia boleh berlaku pada semua orang.
    Ismail N baru je tulis kisah 23 Best Footballers In The WorldMy Profile

  11. biar papa asal bergaya….

    ehhh
    the malay male baru je tulis kisah what will november brings?My Profile

  12. Rina says:

    kita harus pintar mengatur finansial dan juga bisnis agar tidak mejadi satu diantara 60 orang yang bankrap setiap harinya
    semangat, Insya Allah rejeki akan mengalir deras pada kita semua ..
    Rina baru je tulis kisah Create A Fullscreen Image Background Slideshow Using jQuery And HTML For WebsiteMy Profile

  13. suri says:

    itulah kata jangan main dengan duit kalau jadi begini kan susah huhu
    suri baru je tulis kisah Bingkai Kata BermasalahMy Profile

  14. zool says:

    banyaknya orang bangkrap ni
    zool baru je tulis kisah Video : Kereta kena towing makin teruk nasibnyaMy Profile

  15. baby comel says:

    saya ppun selalu sgt bank call pujuk soh amik personal loan. haissh, tak kuasa. daripada elok2 ni nak berhutang pulak. biarlah biasa2 je dari asyik fikir nk bayar hutang. kad kredit? errm, buat masa ni masih tak perlukannya lagi.. maklumlah, orang kampung je kita
    baby comel baru je tulis kisah If You’re Happy And You Know ItMy Profile

  16. muktasim says:

    60 orang tu ramai.. takut betul dengar.. setahun dah brp ribu.. huhu
    muktasim baru je tulis kisah Implan gigiMy Profile

  17. ramainya .. dah boleh bawak ke stadium shah alam dah
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Bisnes Online Dikenakan GSTMy Profile

  18. Hafizul says:

    Emm sebab tu kena selalu beringat..hehe..ramai gak nilai nih…
    Hafizul baru je tulis kisah Internet Dulu dan SekarangMy Profile

  19. cik tom says:

    hmm bahaya..asyik bt pinjaman je smpi xsedar aliran wang kluar nak menyamai wang masuk…
    cik tom baru je tulis kisah Tempahan Qurban dan Aqiqah Secara OnlineMy Profile

  20. suri says:

    jangan setuju buat nada keras hiii
    suri baru je tulis kisah Teknik Berjaya Mempelajari Grammar English Dalam Bahasa MalaysiaMy Profile

  21. suri says:

    saya tak suka pinjam dari bank ni.lwbih baik susah sendiri dri akan datang kita seperti di ikat tali menjerut diri sendiri
    suri baru je tulis kisah 4 Cara Pasangan Anda Mudah MenipuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun