50 Tahun Tanpa Kawalan

Terus sahaja menjadi hairan apabila membaca artikel dalam arkib di Berita Hairan Online keluaran 30.05.2010 mengenai usaha untuk menyelamatkan Kuala Gula. “Pembalakan tanpa kawalan di Kuala Gula, dekat sini sejak lebih 50 tahun lalu…” ayat pertama dalam petikan tersebut seperti memberi gambaran sejak merdeka, tiada sebarang kawalan dan pemantauan aktiviti pembalakan dilakukan di daerah Taiping, Perak ini. Maksudnya sejak merdeka hingga kini, alam sekitar kita dirosakkan dengan sewenang-wenangnya!

negeri Perak dekat Kelantanbalak
bandar Taiping singgah beradu
siapa berak siapa yang makan
orang keliling mendapat bau

Larut, Matang serta Selama
Pengkalan Hulu juga Bikam
siapa senang siapa derita
anak cucu mewarisi alam

ke Bagan Datoh atau gerik
bayar niat dekat Menglembu
siapa bodoh siapakah cerdik
mati dipanjat pohon dedalu

Di dalam artikel berkenaan juga menjelaskan bahawa sebuah badan bukan kerajaan, Global Environment Centre (GEC) dengan kerjasama Iris Corporation Berhad mengambil inisiatif memulihara kawasan ini dengan kerjasama masyarakat setempat iaitu Sahabat Hutan Bakau. Semakin bertambah hairan, apabila orang lain yang menjalankan aktiviti pembalakan, orang lain pula yang berusaha menanam kembali pokok-pokok untuk memulihara alam sekitar. Pelik tetapi benar.

Di masa akan datang, adalah menjadi harapan agar kerajaan juga mengambil langkah sewajarnya untuk melakukan kawalan dan pemantauan yang berterusan terhadap sebarang aktiviti yang merosakkan alam sekitar. Payah juga otak rakyat biasa mahu berfikir dan membuat pilihan untuk menyelamatkan alam sekitar di negara tercinta ini.

Penduduk di Galas dan Batu Sapi, jangan pula lupa untuk keluar mengundi pada 04.11.2010 nanti.

Google+

Post Berkaitan:

  1. Aldilfitri Tanpa Tragedi
  2. Aneh Tanpa Ketakutan
  3. Gembira Sedih Lucu Di Tahun Baru
  4. Halau Nyamuk
  5. Setengah Tahun

Mahukan entri terkini dihantar terus kepada anda?

Masukkan alamat email di sini:

Oleh FeedBurner

Aktifkan akaun anda melalui email yang dihantar sebagai pengesahan.


43 Comments

  1. kulanz says:

    Langkah yang baik.. patut pihak kerajaan pun kena bagi sokongan kepada NGO yang terlibat dalam aktiviti macam tu
    kulanz recently posted..Gambar dan Video Seksi Guru TersebarMy Profile

    1. tehr says:

      kerajaan banyak kerja tuu…

      1. suri says:

        gaji bulan2 kans tetap masyukk heee…

        1. tehr says:

          masyuk… masyuk…

      2. kerjaan yang baik tu.. mesti sokong activity macam ni.
        lowongan pekerjaan recently posted..TAX Specialist for e-SPT Compliance and Web Specialist Vacancy SudirmanMy Profile

        1. tehr says:

          sama2 kita menjaga alam sekitar
          untuk kita juga

  2. suri says:

    makin lupuslah kehijaun di bumi kita ni nnti…

    1. tehr says:

      rindu dengan air sungai yg jernih…

      1. cikmin says:

        sama lah kita..dulu air sungai kat belakang rumah bujang kenit jernih jek..sampai boleh nampak batu2 dan kadang2 nampak ikan jos..hehehe..
        cikmin recently posted..Hari Bertemu Lemak Bukan PelangganMy Profile

        1. suri says:

          ikan pun dah pandai merajuk cikmin ..tehr huuu

  3. Wan says:

    agak2lah 5o tahun lalu
    lama tu

    1. tehr says:

      memang sangat lama

  4. zulkbo says:

    Salam..
    sukarelawan tu buka suka2 buat kerja
    tapi atas dasar ikhlas dan tanggungjawab
    tetapi….ada tangan2 yang ghaib dan powerfull
    sapu licin warisan manusia ni..bila dah habis licin
    ..malapetaka menimpa baru nak kecoh..???
    &%$@##@#!#(bengang…)
    zulkbo recently posted..Tak Tahu Apa Yang Tak Kena Hari IniMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      semuanya kerana tamak

  5. belalang says:

    x kan smpi 50 tahun org dok curi balak x sedar?
    mcm2 la diorang nih…
    belalang recently posted..Membongkar Identiti Belalang HijauMy Profile

    1. tehr says:

      sedar tu memang sedar, belalang
      … tapi ‘tak nampak’ je

  6. zik says:

    bro tehr… 04 /11… huhu…
    zik recently posted..Negeri manakah juara Piala Malaysia 2010My Profile

    1. tehr says:

      apa da bulan 10
      dah dibetulkan :)
      thanks, zik

  7. kakyon says:

    tak nampak ke.. buat2 tak nampak!
    jangan esok2..pokok teh pun tak bleh tumbuh..sudah..haru jadinya..hehe
    kakyon recently posted..paul sotong dah mati My Profile

    1. tehr says:

      habis la… tak minum teh la kawan2 kita
      hahaha

  8. sangilapi says:

    baru nak tegur pasal tarikh tu :)

    bukit dan hutan balak ibarat pasak bumi kalau ditarah atau ditebang….tunggu je apa yang bakal berlaku :(
    sangilapi recently posted..cabaran disahutMy Profile

    1. tehr says:

      dah banyak yang terjadi, bro
      sungai dah keruh pekat, tanah runtuh, tsunami…
      ikan dalam sawah pun payah nak jumpa sekarang

  9. kaizen says:

    ramai orang tersalah anggap…

    dunia adalah pinjaman dari generasi masa hadapan
    bukan warisan dari nenek moyang…

    sigh~
    kaizen recently posted..So MuCH FoR THe PRoFeSSioNaLMy Profile

  10. kakyong says:

    biasalah tu… cuba la kalo berlaku di negeri bawah pimpinan pembangkang.. baru la Pm & timb PM buat statement kat press…. ;)
    kakyong recently posted..Kawan baru en ayahMy Profile

  11. sud@is says:

    Segala nikmat dan rahmat yang ALLAH bagi semuanya free sebab tulah agaknya payah untuk orang menghargai…..andai udara yang kita sedut kena bayar..bayangkan
    sud@is recently posted..Lagi Ayat LazimMy Profile

  12. Mohd Hafiz says:

    sedihnya.. Malaysia negara kaya dgn hasil hutannya.. x cukup dgn itu ditambah dgn hasil minyak & gas dr Borneo…
    tp syg seribu kali syg.. x semua kta merasa kekayaan itu….. :-(
    50 thn merdeka, sepatutnya sekarang kta sudah mula berlari mengejar kemajuan….bukan lg merangkak….utk merancang kemajuan.. 10 tahun terlalu singkat…

    tapi sy pasti jika kta bersatu insyaAllah berjaya….

    Salam ukhwah dr sy…
    Mohd Hafiz recently posted..DiGi BroadBand : Always The Smarter ChoiceMy Profile

  13. etomyam says:

    undang-undang dan peraturan memang dah lengkap dan steady, cuma bila masuk bab pelaksanaan dan penguatkuasaan ni yang kureng sket tu huhu
    etomyam recently posted..Bagaimana Menambah Saiz Fail Muat Naik WordPressMy Profile

    1. dnoBiz says:

      memang dah jadi barah

      Ps : memberi dan merasa
      dnoBiz recently posted..Kewanggan Islam Cara bersih wang haramMy Profile

  14. Cik Siti says:

    marilah kita melestarikan bumi demi anak cucu kita di masa depan
    Cik Siti recently posted..Cik Anita Songeh Giveaway.My Profile

  15. dnoBiz says:

    kalau boleh buat je syarat untuk pembalak,
    lepas tebang tanam semula.. Jabatan perhutanan hanya erlu sediakan anak pokok je
    dnoBiz recently posted..Moral Filem Melayu Mahal Bajetnya tapi Murah AkhlaknyaMy Profile

  16. gayahspears says:

    hahaha.. lawak la pantun bro nih..
    ade lak berak2 ya..huhu
    jum mengundi… tanam semula pokok2…
    gayahspears recently posted..Terdiam…My Profile

  17. bluedianthus says:

    Sebab tu la kita kena bijak mengundi..
    Semoga proses pengundian berjalan dengan lancar..:)
    bluedianthus recently posted..Pakej Video WordPress 101 dan bonus BluedianthusMy Profile

    1. ray ban says:

      cakap pasal mengundi ni demokrasikah Malaysia ni??
      ray ban recently posted..Original wayfarer green lensMy Profile

  18. suri says:

    salam jumaat kawan..
    jangan nanti sampi satu ketika rumah hijau pulak kena buat lagi…lapisan ozon pula semakin menipis..

  19. Hadi Rofiee says:

    Sudah 50 tahun, wah..lama tu.

    Terlepas pandang & hanya pandang sebelah mata sahaja..

    Jangan kerana kita, generasi akan datang akan mencemuh kita.. :neutral:

  20. Cha'on says:

    lame jugak tempoh mase 50 tahun tue.. abis tue sebelum nie dorang buat ape je la kan. TAkkan la tak ambil kesah langsung tentang pembalakan semua tue.. ishk2..
    Cha’on recently posted..Shoutmix Dan Blogwalking SoftwareMy Profile

  21. Ladfe Amir says:

    hutan kat negara kita adalah antara yang tertua bahkan lebih tua daripada hutan di Amazon.

    peraturan potong dan tanam memang patut dilaksanakan

    1. ray ban says:

      yaka??wahh satu info baru
      ray ban recently posted..Original wayfarer green lensMy Profile

  22. Syafrizal says:

    selamatkan lah alam sekitar kita..
    banyak dah rosak..
    Syafrizal recently posted..Pelancaran Majalah Edisi Khas HPA – IKONMy Profile

  23. ray ban says:

    no exam = save trees
    ray ban recently posted..Original wayfarer green lensMy Profile

  24. 50 tahun… ada org tak buat kerja ke? pelik je dengar…
    Fahmi Raazali recently posted..Aku Si AJK Makanan…My Profile

    1. tehr says:

      pelik tapi benar

Tinggalkan Komen

Artikel terbaru boleh dihantar terus ke kotak email anda.

Sila hindari daripada menyentuh sensitiviti individu, agama dan perkauman. Anda bertanggungjawab dengan komen yang anda tulis.

CommentLuv badge