5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Mungkin ramai yang telah tahu bahawa ada satu projek yang telah dicetuskan oleh Denaihati yang antara lain tujuannya adalah untuk membina satu network blogger yang besar. Saya sendiri mengetahuinya setelah berkunjung ke blog sahabat kulanz semalam. Malang kerana sambungan internet yang sangat lembab menyebabkan saya gagal untuk memberi sokongan dengan kadar segera.

5 blog paling kerap dilawatimenjelajah blog di setiap hari
pastinya singgah di blog suri
rajin menulis sama berkongsi
banyak maklumat ada di sini

ada ketikanya dalam perjalanan
saudara padin membuat terjahan
khidmat dalam bidang pendidikan
bola sepak selangor die hard fan

sahabat seorang samanya negeri
belumlah pernah berjumpa lagi
gigih berniaga beliau berdikari
dnobiz jejaka pilihannya diberi

kalau aku kemalasan membaca
mudah kuterjah blog mie sahaja
sekeping gambar memori berjuta
pelaut terlampau gelarannya dia

saudara zulkbo sudah berkerjaya
mengupdate blog cara bersahaja
bermacam kisah berbagai cerita
maklumat juga banyak di berita

Projek ini hanya memerlukan kita menyenaraikan 5 blog yang paling kerap dilawati dan mencadangkan 10 blog untuk sama-sama menyertainya. Sebenarnya ini bukan satu pertandingan, hanya sekadar membina rangkaian dan saling berkenalan. Untuk itu saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput KaizenToyolLiFeKaMiNorgadis, HadirofieeAkuBiomedZik, deCrewz, Mijie dan Sud@is untuk sama menyertai projek ini. Paling tidak pun dapat juga sediakan satu entri. :D

TehrDemikian kisah '5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. ghost writer says:

    mereka semua hebat-hebat dalam arena blog.
    ghost writer baru je tulis kisah fix meMy Profile

    1. tehr says:

      mereka memang hebat, bro
      banyak ilmu yang kita boleh dapat dari mereka

  2. titan says:

    wahh, ramai dah yang buat entri macam nih..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 13 dari Paid-to-PromotenetMy Profile

    1. tehr says:

      jom titan
      sama2 meriahkannya :D

      1. Ismail N says:

        Sokongan padu nampaknya..
        menarik nih :D
        Ismail N baru je tulis kisah alKitab Menanguk Ikan Di Air KeruhMy Profile

        1. tehr says:

          bukan sekali-kali sokong membawa rebah :D

  3. padin says:

    ahah memang satu projek yang baik ni,
    terima kasih sokongan bro kat Perjalanan Ini… hehee

    1. tehr says:

      sama2, bro
      aku juga tak ke mana2 kalau tak ada yang sokong

  4. mappiau says:

    hehehe dalam 5 tuh tersangat kenal ngan sorang tu jer, sape lagi kalau bukan si pelaut terlampau ye tak hikhikhik
    mappiau baru je tulis kisah Santai2 Naik Motor -My Profile

    1. tehr says:

      yups
      pelaut terlampau yang terpopular :D

      1. mie says:

        x popular mana pun…
        kejap ada kejap xde je tu..
        hhhehehee
        mie baru je tulis kisah 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011My Profile

  5. eddikl says:

    Senarai yang baik, internet sini pun kurang laju, sedih juga.

    1. tehr says:

      kadang2 internet ni memang mencabar kesabaran kita

  6. toyol says:

    wah..
    betul3..
    yg 5 tu semua TK dh pnh jnguk blog mereka..
    mmg ada aura masing2..

    terima kasih krn mnjemput TK..
    toyol baru je tulis kisah JAWAPAN DALAM SOALANMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih juga kerana selalu berkunjung ke sini, tk

  7. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..steady dan berbudi bahasa
    entri ni..kalau ada hadiah dah tentu
    anda pemenangnya…he he
    zulkbo baru je tulis kisah Penyalahgunaan Internet Geng Mudah Dot Com Pantai Timur TumpasMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      kunjungan sahabat juga adalah hadiah, bro
      memang tak terbalas

  8. mie says:

    ffuh!!
    tersenarai juga…
    thankz..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011My Profile

    1. tehr says:

      moga2 akan lebih meriah lagi, mie

      1. mie says:

        sama2 kita meriahkan dunia blog..
        ehehehee
        mie baru je tulis kisah 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011My Profile

  9. kakyong says:

    tak pernah singgah blog suri.. nak berkenalan lah.. ;)

    1. tehr says:

      jemput singgah kak yong
      memang tak rugi kalau singgah :)

  10. dnoBiz says:

    Terima kasih kerana tak jemu jengok blog Kawan,
    dan terima kasih sekali lagi sebab sudi bagi link…

    Ps: Bro Tehr merupakan mereka yang sentiasa bagi sokongan pada blog AKU tang tah apa apa tu
    dnoBiz baru je tulis kisah Virus Adeno – Pelatih Pulapol ketiga meninggal duniaMy Profile

    1. tehr says:

      ada yang aku suka kat blog kamu tu
      hehe

  11. yas says:

    Bertambah bersemangat bila melihat rakan lain turut melakukan project yg sama…semoga ukhwah berpanjangan..
    yas baru je tulis kisah 5 Blog paling kerap dilawatiMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 semakin meriah, yas
      bila rangkaian lebih luas, lebih banyak ilmu yang akan diperolehi

  12. akubiomed says:

    Saya pun kena tag juga bro?
    akubiomed baru je tulis kisah Cut the rope sebaik Angry BirdMy Profile

    1. tehr says:

      dah terlintas dalam fikiran
      aku tulis je nama bro
      hehe

  13. Cik Siti says:

    wah…. boleh tambah rakan blogger…

    1. tehr says:

      yups
      peluang terbaik untuk berkenalan dan menambah ilmu ni, cik siti
      rugi kalau tak ambilnya

  14. wandisini says:

    boleh tak masukkan blog aku dalam blog paling jarang dilawati. hehe..
    wandisini baru je tulis kisah Kerjaya Sebagai BloggerMy Profile

    1. tehr says:

      wah, ada juga ke senarai macam tu, wan?
      haha

  15. Norgadis says:

    Saya tersenarai juga…
    Terima kasih, nampak memang tersangat menarik, insyaallah ada masa terluang pasti saya akan turut serta.

    1. tehr says:

      lagi ramai, lagilah meriah, nor
      kan?

      1. Norgadis says:

        Betul betul betul…
        Norgadis baru je tulis kisah Pementasan Teater PerwilaMy Profile

  16. suri says:

    Allah sy belum ada kesempatan nak buat bro..

    maaf banayk2 sb terlewat agaknya nih..namun akan sedaya upaya mmbuatya..

    blog ini terbaik juga sesekli berpantu terkena gak tempian diri heeee

    1. tehr says:

      yalah, suri
      ada masa luang nanti, boleh join
      meriahkan majlis :D

  17. Asy says:

    dah takde masa dah nak jengah2 selalu :-)

    1. tehr says:

      betul tu, asy
      kita main blog pun secara samblan je
      ada tugas lain yang lebih utama

  18. sud@is says:

    Aku terlewat mengetahui berita ni
    aku tersangkut jemputan wpun terakhir
    rasa terkezut kerana bukan diantara yg terbaik
    terharu dan gumbira..tq Mr Teh…
    sud@is baru je tulis kisah April Fool -Siapa Yang KenaMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, sudais
      masih mencari arah

  19. kaizen says:

    wahaa! bleh3… ngeh3… thanks for the tag… (o.O)y

    sok pagi akan di hapdate….
    kaizen baru je tulis kisah PeReMPuaN DaN BeRLiaN BaGai 2 KeMBaR SeiRaS TaPi TaK SaMaMy Profile

    1. tehr says:

      meriah2 :D

  20. gayahspears says:

    bestnyer :(
    gayah suda jarang update blog.. hrap bro Tehr tak lupa blog gayah ya..hihi
    gayahspears baru je tulis kisah FokusMy Profile

    1. tehr says:

      eh, mana ada lupa, gayah
      sedang tunggu2 juga
      bila nak lepaskan entri baru?

  21. zik says:

    dah ada buat dah…
    zik baru je tulis kisah Kartun -3 peringkat dalam kehidupanMy Profile

  22. Memang blog yang perlu diterjah semua ni…. :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah 5 Blog paling kerap dilawati 2011My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun