1Malaysia Ditarik Balik

Macam tak logik je kan? Mustahil Perdana Menteri nak tarik balik gagasan 1Malaysia yang diilhamkannya sendiri. Korang tahu ke apa maksud gagasan 1Malaysia ni?

“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” - Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia.

hujan tiba bah menjelmanajib
arus berlari melanda jeti
bersatu kita jiran tetangga
jagalah hati jaga peribadi

Bila aku tanya lagi Pakcik Google ’1malaysia ditarik balik’ baru aku tahu rupanya sudah dua barangan ditarik balik dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Pertamanya susu dan yang terbaharu ialah sos tiram. Sebenarnya aku sendiri tak pernah lagi jejak kaki kat KR1M ni apa lagi membeli barang yang djual. KR1M tak ada kat kampung aku, kampung sebelah pun tak ada.

Aku setuju sangat bila Kementerian Kesihatan mengarahkan barangan yang ‘tak berapa nak sihat ni’ ditarik dari pasaran. Walau pun kita juga ada Klinik 1Malaysia, tapi bila dah sakit banyak juga belanja nak guna. Kalau ditahan di wad lagi susah. Pegawai kerajaan tak apa la, tapi kalau kerja sendiri? Siapa nak tanggung beli beras yang dah naik harga sekarang ni. Banjir kat Thailand pun tak surut lagi.

TehrDemikian kisah '1Malaysia Ditarik Balik' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. titan says:

    aku pernah masuk aje. beli tak pernah.
    titan baru je tulis kisah Trafik itu kacak.My Profile

    1. tehr says:

      memang lebih kacak dari aku
      sebab aku belum pun berenti depan kedai ni

  2. Ad-Dien says:

    jauh ke beza harga barang di Kedai 1M ni??

    kat area mana je dah ada?
    Ad-Dien baru je tulis kisah Kisah Ahli Ibadah Masuk Neraka dan Ahli Maksiat masuk SyurgaMy Profile

    1. tehr says:

      tak tahu la, ad-dien
      belum pernah singgah lagi

  3. sud@is says:

    mungkin selepas ni ada lg barang2 xbaik akan ditarik balik
    nak p tak p .ghoplah ni cikgu,,,,,kat Aalor Setar dah nak buka, tunggu masa ja
    sud@is baru je tulis kisah GlaukomaMy Profile

    1. tehr says:

      buka banyak2 memang bagus
      tapi kena pasti la, barang yang dijual tu

  4. floyd says:

    buat suspen i aje.

    tak baik lah sorong-tarik benda dah buat (1Malaysia) ni. Nanti org cakap flip-flop decision plak kan.
    floyd baru je tulis kisah Fast ForwardMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      rakyat banyak ni pun nakkan barang baik juga

  5. Jai says:

    Aku pun x pernah lagi jejak KR1M ni.. Ntah cemna gayanya pu x tau..he3

    1. tehr says:

      sama la kita, jai
      aku selalunya beli barang kat kedai depan rumah je :D

  6. LadyBird says:

    lady boikot kedai satu malaysia.. bukan ape.. rsnye mcm klinik satu malaysia je .. yg ada hanyalah ubat2 murah.. bukan yg bermanfaat tuk mengubati penyakit.. sedih plak.. rakyat malaysia ni mcm xde nilai jerk.. bg brg2 rejek..
    LadyBird baru je tulis kisah Penggunaan Telefon Bimbit Dan Risiko Kanser OtakMy Profile

    1. tehr says:

      rakyat malaysia macam tak ada nilai?
      kesiannya kita rakyat malaysia ni, lady

  7. Nadri says:

    Jgnlah jual barang2 brbahaya kepada rakyat..rakyat mmg selalu nak murah pasal poket dah sempit skrg nie..hrp gomen jgnlah gula2kan rakyat yang daif nie dgn brg2 murahan…
    Nadri baru je tulis kisah AIMAN & Keputusan UPSR 2011My Profile

    1. Ad-Dien says:

      nak lawan mydin kot..tapi kalau ada seluruh negara ok jugak…tengok lah macam mana
      Ad-Dien baru je tulis kisah Adab Makan Mengikut Cara RasulullahMy Profile

      1. tehr says:

        agaknya…
        tapi kita mahu yang baik dan diluluskan penggunaannya

    2. tehr says:

      barang murah tak apa, bro
      tapi mutu dan keselamatan mesti bagus :D

      1. hafizmd says:

        setuju…kalau murah tp berkualiti..sape tak suke? :D

        tp kalau setakat murah, takde kualiti, sendiri mau ingat yer..hehe

        1. tehr says:

          betul3x
          sendiri mau ingat bahaya yang menunggu

          1. b3njy says:

            Dulu semasa bertugas dibahagian supplyer Tentera, biasanya barang makan dalam tin dan botol akan dihantar ke jabatan kimia untuk ujian jumlah kandungan jisim dan tahap pengunaan kimia hendaklah mengikut standard kementerian kesihatan. Mungkin ada yang tidak mengikut piawaian ini.
            b3njy baru je tulis kisah Pelancaran BenG+ Page Di Google+1My Profile

  8. Ibu ayam naik marah
    Melihat anaknya hilang didada
    Niat baik harga murah
    Jangan sampai Qualiti tak ada

    tulis kertas dakwat tiada
    habis kotor seluruh tangan
    Kedai 1Malaysia harapan rakyat
    Meringankan beban harga barangan

    ۞۞۞۞ Salam Awal Muharram ۞۞۞۞
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    doa akhir tahun dan awal tahun
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

    1. tehr says:

      habis kotor tangan dan kaki
      puas dicuci tak mahu hilang
      barang baik nilainya terpuji
      sampai bila-bila dipuji orang

  9. kakyong says:

    kat Ipoh ni tak tau pun kat mana kedai 1Malaysia nih.. kita guna produk yg kita biasa guna jer.. takat murah 10/20 sen.. buat buang duit minyak jer dok mencari kedai 1Malaysia nih… hihii
    kakyong baru je tulis kisah Salam Maal Hijrah 1433HMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, kakyong
      kampung saya ni pun tak ada kedai 1malaysia

  10. zulkbo says:

    salam..
    ermm..susu tak berkualiti
    dan sos tiram yang macam
    mana agaknya di jual tu..
    semuanya salah pembekal
    la nih..
    zulkbo baru je tulis kisah Kata Laluan ( Password) Paling Popular 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      nampaknya memang begitu la ni
      pembekal yang hantar bekalan tak elok

  11. akubiomed says:

    Dekat tempat saya tidak ada kedai 1 Malaysia tetapi kedai berdekatan PasarRaya jual barang murah dari PasaRaya bersebelahan. :-)

  12. zik says:

    kat sini pun takda kedai 1M …. katanya ada beza harga.. cuma kualitinya yang agak kurang sikitla..
    zik baru je tulis kisah Teknik belajar yang ringkas dan padatMy Profile

  13. b3njy says:

    Benjy rasa benda ini tiada kena mengena dengan PM, tetapi antara pembuat, pembekal, pengedar dan pekedai yang terlibat. sebagai pembuat kena ikut garis panduan kementerian kesihatan, makakala pembekal, pengedar dan pekedai yang terlibat kenapastikan ada lebab yang standard mengikut garis panduan kementerian kesihatan. Isu ini akan menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dengan KR1M nanti.
    b3njy baru je tulis kisah Pelancaran BenG+ Page Di Google+1My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun