Aku mendapat berita gembira lagi bila keputusan pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah dikeluarkan oleh Bro Titan. Walau pun bukan menang hadiah utama [cabaran SEO] aku tetap bersyukur dan merasa nikmatnya. Termasuk yang ini, dah tiga kali aku terima hadiah dari Titan. TQ bro.
Entri kali ini aku cuba catatkan 10 sebab mengapa aku dan mungkin juga manusia dan makhluk lain, sertai peraduan atau pertandingan di mana-mana.
- Kena Paksa : Aku pernah menyertai pertandingan bahas ketika di sekolah rendah bila kena paksa. Masa tu aku darjah 5 dan lawan pula darjah 6. Kesudahannya kami kalah kerana aku gagal kemukakan hujah.
- Cukupkan Ahli : Lama dahulu aku pernah menyertai pertandingan bola sepak hanya kerna mahu cukupkan bilangan 11 orang pemain. Sesekali dapat juga tendang bola. Hehehe
- Hadiah : Ketika remaja aku pernah masuk peraduan di majalah kerana mahukan hadiah menarik yang ditawarkan. Aku berjaya memenanginya dan mendapat hadiah berkenaan.
Sekang ini pula ramai ahli sukan yang boleh jadi kaya raya dengan hadiah yang dimenangi dalam pertandingan. - Suka-Suka : Ada orang sertai pertandingan kerana suka-suka sahaja untuk mengisi masa lapang. Aku pernah dapat cek Rm5 kerana lukisan kartun di majalah ketika masih bertugas di pedalaman Sarawak. Cek tu aku masih simpan sampai sekarang sebagai kenangan.
- Sahut Cabaran : Yang ni juga aku pernah buat bila menyahut cabaran kontes di blog Cikgu Dahlia [blogger yang sedang sibuk dengan sambung belajar sekarang]. Waktu ni aku blogwalking dengan blog sekolah. Cikgu Dahlia mencabar aku sertai peraduan dengan blog sendiri.
- Meriahkan Majlis : Pertandingan untuk meriahkan majlis ni aku nampak semasa Hari Guru. Memang tiap tahun diadakan. Budak-budak pula seronok tengok gelagat cikgu. Huhu…
- Belajar : Aku sertai pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah kerana mahu belajar SEO. Memang cara belajar orang tua, belajar sambil buat. Belajar dengan cara baca buku dah tak sesuai, mengantuk. Sekarang ini aku sertai satu lagi pertandingan SEO, Kraftangan Dan Aku anjuran Bro Zool. Siapa yang mahu ikut serta masih ada masa lagi ni.
- Nak Bermegah : Satu sebab yang negatif. Waktu di sekolah menengah, aku ambil bahagian dalam beberapa acara sukan seperti lari pecut dan lompat tinggi. Teruk betul sikap aku masa ni kerana selalu mahu megah dengan nama je. Astaghfirullah…
- Mahu Berkhidmat : Seperti calon wakil rakyat yang sedang berkira-kira mahu masuk bertanding dalam pilihan raya sekarang ini. Mereka mahu menjadi Yang Berhormat dan Yang Berkhidmat untuk pengundi dan rakyat. [Aku tak mahu berangan jadi calon YB]
- Tanpa Sedar : Ada ke orang bertanding tanpa menyedarinya?
Demikian kisah '10 Sebab Manusia Sedia Bertanding' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.
Tweet


Tahniah bro…tiap kali bro masuk insyaallah pasti akan ada rezeki tuk bro tehr…hasil kerja yg baik cikgu…:)
yas recently posted..KEPUTUSAN TERKINI PRA HOKI OLIMPIK 2012 – MALAYSIA VS KOREA
Syukur
Aku masih belajar lagi ni
kau pun apa kurang nyer.. raja SEO.. hik3
nurmisnan recently posted..Cara bersihkan udang segar dengan betul
Kali ini kalau saya masuk contest SEO Titan mahu kurang kesilapan yang berlaku kepada contest yang lepas.
akubiomed recently posted..Video promo Proton P3-21A
Buat yg terbaik, bro
Masalah aku ni, aku tak tahu apa yg aku silap dan apa lagi yg perlu aku buat
Masih terus belajar
Apa2 pon cek rm5 tu kenangan yg semestinya x boleh dilupakan…

Melatiqistyna recently posted..Jumaat Tiada Kata…
Haha
Sekarang dah jadi barang antik
Dah naik nilai tu
Haha
baru-baru ni kena paksa untuk join game cukupkan team dalam pertandingan bowling..
Mus recently posted..RM8,000.00 Untuk Direbuti Pada Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIFF) 2012
Haha
Ingatkan aku je yang terpaksa
Tapi bila dah mula, terasa juga seronoknya
Hehe
yang sseronok, yang terpaksa rela tu yang menang
Mus recently posted..Terokai Kehidupan Tepi Sungai Di Weston Wetland Park, Sabah
Semangat berkobar2 dan sahut cabaran tuh yg bagus..
Teruskan brother..
nurmisnan recently posted..Cara minum air yang menyihatkan
Sekadar mahu belajar dan menguji diri sendir je
bro ni kiranya seorang yang sukakan cabaran.. banyak contest bro dah masuk tu dari darjah 5 lagi. terbaiklah bro
rahman recently posted..Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati
Masuk tu masuk juga
Tapi masih dengan rasa malu2 je
Huhu
gue suka juga bertanding ni…
tapi semua secara sedar..
ehehehee
mie recently posted.."The Equator" Sebiru Air Di Lautan
Yups
Elok bertanding secara sedar
Tak ada la bahaya menimpa
aku pernah masuk tulis karangan masa darjah 6 dulu kat majalah ibu. tak sangka plak menang 3 bulan berturut. setat dari tu..memang tak toleh belakang la..setat join contest yang kena main karang-karang ni..alhamdulillah, banyak gak menang dulu. suka gila bila nama keluar kat majalah. haha..
titan recently posted..Lelaki kacak harus pandai main catur.
Haha
Masa tu aku dah kembang hibung macam terowong smart
Haha
sapa tak bangga nama masuk majalah..
Mus recently posted..Terokai Kehidupan Tepi Sungai Di Weston Wetland Park, Sabah
salam..

saya kalau join pun bila
rela hati..bukan kemenangan
yang di harapkan..lebih pada
uhkwah sesama blogger
zulkbo recently posted..Maid Indon Sekarang Harga Minima RM700 Untuk Satu Tugas Sahaja
Salam kembali
Benar tu, bro
Masa remaja dulu memang nak menang je dalam semua hal
Sekarang ni lebih kepada menyerikan majlis dan belajar
adat pertandingan ada yang menang
dan ada yang kalah..tapi kalau ada yang
main “kelat” rasa tak best la pulak..
he he..
zulkbo recently posted..Maid Indon Sekarang Harga Minima RM700 Untuk Satu Tugas Sahaja
tak larat nak masuk contest..kena perah idea..idea utk presentation dan assignment pun tak lepas lg…waa
adele recently posted..Nak Kawin Boleh Tak?
Yang tu pun boleh anggap pertandingan juga tu, adele
Hadiahnya dalam bentuk markah tu
saya pernah masuk pertandingan kuiz masa sekolah sebab dipaksa cikgu, takde pelajar nak masuk pertandingan tu. Walaupun mula-mula masuk kena paksa, tp sampai peringkat wakil zon juga.

kimmie recently posted..Santai: Pejabat anda ada ke memo macam ini?
Pastinya dqpat juga merasakan keseronokannya, kan?
banyak juga pertandingan kat blog yang saya masuk suka-suka saja. Memeriahkan suasana.
kimmie recently posted..Santai: Pejabat anda ada ke memo macam ini?
Yups, tumpang seronok majlis
Hehe
boleh dikatakan sebab2 yang disenaraikan di atas..kena ngan chii..tp utk cabaran titan yg baru ni..sebab chii nak blaja SEO
chii recently posted..Banjir
Betul2
Banyak yang boleh kita belajar sama2
Hahhaha… sebenarnya yg rajn masuk pertandingan dlm keluarga maza ialah isteri maza…
payah benar nak menang pun.. tapi dia memang jenis tak putus asa.. peraduan di Carefour, Giant, dan entah apa pasaraya lain pun tak dilepaskan peluang..
baru2 ni peraduan di Shell sendang berlangsung.. pun mcm tu gak, bersusah payah dia minta dan mencari resit minyak.. katanya mau menang kereta BMW! hmmm entahlah weiii….
maza lak masuk pertandingan antara sebabnya nak memenuhi sijil dibahagian ko-kurikulum… ahaks. lalalla
maza recently posted..Berpuasa bersama Nasyid Arab
Bertanding untuk seronok tidak memerlukan kemenangan, bro
Yang penting dapat turut serta
saya tak fahamla cikgu…
azura recently posted..Drama Kau Laksana Bulan
Aik, apa yg tak difahamnya?
Ni semua sebab2 orang masuk pertandingan je
aik cikgu nampak gaya kena guna dwi bahasa cina or jopon ker? mungkin org ;ain blh paham hee
hehee.. pertandingan yang manis aku kenang, dapat no 3 melukis poster anti dadah peringkat negeri Perak….

padin recently posted..Apa Khabar Sahabat
Wah, tu dah masuk kelas pro tu, bro
Tahniah
padin tu tangan seni blh ar heeee
masa sekolah dulu selalu gak join contest dalam surat khabar. masa kecik dulu join contest pun sebab nakkan hadiah je. langsung tak pernah belajar daripada kesilapan eheh
Amirez recently posted..Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 EarnCent.com
Yups, masa tu darah masih muda
Tapi pengalaman masih mengajar kita, kan?
Benjy pula lebih kepada menyahut cabaran … hehehe … orang kata lelaki pantang dicabar betul ke ?
benjy recently posted..SKUAD HOKI MALAYSIA KEKAL LELAKI KACAK
Sanggup dan berani menyahut cabaran
Tapi yang baik2 je, bro
Cabaran untuk merempit tak payah la…
Hehe
kebanyakan sebab dalam senarai tu pernah menjadi penyebab aku ikut bertanding.. cuma yang terakhir tu, akupun tak sedar bila masa, hahaha
kulanz recently posted..Alhamdulillah
ada cek bgus tu klu d tebus mmg tak der kngan nak d imbas heee
pergi memancing di tasik banding
joran dihulur dipandang sepi
bukan mudah masuk bertanding
kalah menang tolak ketepi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami…
tip jumping bateri kereta kong
suri sllu masuk sb suka2 heee ataupun kebetulan ada berkaitan dg apa yg d buat tu yg joint jer heee
kenangan yg manis bila menang dpt hadiah hurm..pertma kli rasa mmg sungguh menakjubkan!
memang patut bila ada banyak sebab.. manusia ni memang subjektif kan.. penilaian masing2 tak sama
sabree hussin recently posted..Bisnes Kedai Runcit Tetap Relevan
biasa bertanding kalau untuk suka-suka mewakili sekolah, memang kena marah lah dengan cikgu… buat yang terbaik , bersandar kan usaha yang telah kita lakukan…
zik recently posted..Aku LELAKI KACAK wei!
join pertandingan bukan untuk kalah tetapi sekurang2nya untuk menimba pengalaman. ianya mmg sgt berharga
Ladfe Amir recently posted..Istinsyaq Petua Untuk Penyakit Resdung