10 Sebab Manusia Membunuh

Kita sering membaca berita mengenai kejadian pembunuhan kanak-kanak mahu pun orang dewasa di dalam dan di luar negara. Banyak pula adegan pembunuhan dipaparkan dalam filem yang pernah kita tonton. Mengapa manusia sanggup membunuh dan apa pula motif pembunuhan yang mereka lakukan?

Mari kita tengok apa yang sempat aku fikirkan. Apa yang terkurang, tambah saja nanti di kotak komen.

  1. Dengki – Panglima Ali sanggup membunuh Telani yang bunting sulung kerana Telani dikahwinkan dengan Alang Yahya atas perintah sultan. Masih ingat dengan kisah sedih filem Lancang Kuning?
  2. Dendam – Filem Castello banyak memaparkan kejadian membalas dendam ini. Kerana maruah anak dan nyawa isteri, Castello naik gila dan bertindak membalas dendam kepada kumpulan pengedar dadah.
  3. Kuasa – Dalam filem Hang Tuah, pahlawan Taming Sari dibunuh hanya kerana mahu menunjukkan kebolehan dan kuasa yang ada pada pahlawan Melaka, Hang Tuah. Yang lemah sentiasa menjadi mangsa yang kuat.
  4. Tamak – Kisah konflik pembunuhan yang dirancang untuk membolot harta peninggalan dapat dilihat dalam filem Di Belakang Tabir lakonan Jins Shamsuddin, P. Ramlee dan Noor Azizah.
  5. Cemburu – Dalam filem Bawang Putih Bawang Merah, Kundor tergamak membunuh Labu kerana cemburu kepada madunya.
  6. 6 jahanam

  7. Menutup Rahsia - Manusia membunuh kerana mahu menutup kesalahan yang dilakukan agar tidak diketahui oleh orang lain. Ini yang dilakukan oleh enam sahabat dalam filem 6 Jahanam. Mereka membunuh Masmera dan tukang gambar.
  8. Upah - Tumulak dihantar oleh majikannya yang benama Kimpedu untuk membunuh dan mengkucar-kacirkan kongsi gelap yang ada di Malaysia. Kisah dalam filem Kongsi.
  9. Mempertahankan - Film Bukit Kepong menunjukkan bahawa pasukan polis sedia membunuh pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong kerana mempertahankan diri dan balai polis.
  10. Tanpa Niat – Dalam Ragam P. Ramlee, Abang Damaq yang bernama Gegala mengambil keputusan tidak mahu lagi bermain senjata kerana pernah dengan tidak sengaja membunuh ayahnya ketika berlatih ilmu mempertahankan diri.
  11. Tiada Motif – Ada juga kesalahan jenayah membunuh di negara kita yang tiada motif. Tiada sebab dicatat dan dilaporkan ketika pesalah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Aku tak dapat nak ingat filem apa yang ada adegan seperti ini.

Kejadian dan kisah pembunuhan yang banyak dipaparkan dalam filem-filem tempatan mahu pun filem luar memang selari dengan apa yang berlaku di dunia nyata. Manusia memang kejam.

Wanita dijerut sampai mati,
Remaja dibunuh dan dibakar;
Ada pasangan membuang bayi,
Mayat dijumpai dalam belukar.

TehrDemikian kisah '10 Sebab Manusia Membunuh' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. akubiomed says:

    Senang-senang sahaja untuk cabut nyawa seorang insan.
    akubiomed baru je tulis kisah Pemanggang ajaib k-popMy Profile

    1. hafizmd says:

      manusia bila diluar kawalan..

      apa saja boleh berlaku…wanau’zubillah
      hafizmd baru je tulis kisah Kehangatan Live Streaming Suku Akhir Kedua Piala FA 16 AprilMy Profile

  2. Lyn says:

    Oh Tehramuan dah berpindah ke sini ya ? Tahniah, tahniah..jadi orang wordpress pulok doh :-)

  3. Bro Zulkbo says:

    salam..
    sekarang pula musim membunuh
    karier politik seseorang..almaklum
    dan nak mengundi ni :(
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Gambar Anak Lelaki Lee Chong Wei Nama Kingston : Tahniah!My Profile

    1. hafizmd says:

      yg ni pun satu hal jugak…

      byk kali ianya lebih dahsyat berbanding pembunuhan menggunakan senjata
      hafizmd baru je tulis kisah Kerana Roti Canai?My Profile

  4. titan says:

    no.10 tu..biasanya berlaku gak.
    titan baru je tulis kisah Samseng Sekolah Lan Todak – Part 2My Profile

    1. hafiz says:

      betul tu bro…bahaya kalau dijadikan hobi
      hafiz baru je tulis kisah Pemain import baru Johor Darul TakzimMy Profile

      1. suri says:

        jangan buat masalah baik kita jadi org baik2 usah ada niat nak buat prka jaht ni nnti hidup tak aman kluga tak bahagia
        suri baru je tulis kisah Betapa Sukarnya..My Profile

  5. shameel says:

    Nasib baik takde yg membunuh kerana hobi atau mengisi masa lapang. Kalau ada tentu parah. hehehe.
    shameel baru je tulis kisah SEJARAH PEMINDAHAN ORGAN DI MALAYSIAMy Profile

  6. Hairul Azni says:

    Kebanyakan daripadanya disebabkan oleh niat yang buruk..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Bermain Dengan BokehMy Profile

  7. onlajer says:

    ikut hati mati, ikut nafsu jadi lesu
    onlajer baru je tulis kisah Anak Panah Malam Sangat Lulus.My Profile

    1. suri says:

      ikut nafus mmg syaitanlah gamaknya huhu.. bila tiada agama memang susah nak didi jiwa agar bersabar tu nak marah2 sahaja
      suri baru je tulis kisah Betapa Sukarnya..My Profile

    2. hafizmd says:

      ikutlah iman, pasti kuat jati diri =)
      hafizmd baru je tulis kisah Kerana Roti Canai?My Profile

  8. UmmiKami says:

    Salam manis.. :)

    Ada pula yang menjadi pembunuh binatang hanya untuk memuaskan hati sendiri….kalau ikut bisikan syaitan…

    1. suri says:

      bunuh binatang tu dah bahaya kejam sugguh ya
      suri baru je tulis kisah Ek, ElahMy Profile

  9. UmmiKami says:

    Ada yang menjadi pembunuh kerana terpaksa…diugut atau untuk membayar hutang….apapun kalau akal itu sedar takkan goyah iman seseorang…

  10. azura says:

    manusia bukan maksum, Qabil pun membunuh Habil kerana Iqlima, datangkan 1o sebab, akan menyusul 10 sesalan
    azura baru je tulis kisah Kos Cat Rumah Batu BiasaMy Profile

  11. amirulfaiz says:

    Selesai membunuh, baru rasa menyesal.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Ulangtahun Kelahiran Naufal ke-2My Profile

  12. papa mifz says:

    semoga kita dijauhkan dari mereka2 yang kejam nih…
    papa mifz baru je tulis kisah Restoran Kapitan PenangMy Profile

  13. Wan Fauzi™ says:

    harga nyawa zaman skrng sudah tiada nilai…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Hukum & Fatwa Menyambut April FoolMy Profile

  14. menutup rahsia tu memang dah jadi kebiasaan dah sekarang ni. kat dunia lepas la, kat akhirat nanti … jawab sendiri. hoho
    khairul asrol baru je tulis kisah Hukum Forex Dalam Islam Antara Halal dan HaramMy Profile

  15. thaqibzaki says:

    Kes bunuh paling teruk last sekali. Takut terkantol zina, bayi tak bersalah jadi mangsa.
    thaqibzaki baru je tulis kisah Bercuti Di RumahMy Profile

  16. ohcikgu says:

    umat akhir zaman, memang suka bunuh membunuh.
    ohcikgu baru je tulis kisah Cik Hazanis – Terima kasih kerana memilih saya..My Profile

  17. Dja@SisHaza says:

    ada juga kerana tekanan mental,berhalusinasi / mendengar bisikan utk berbuat demikian, pengaruh dadah … mmg takut hidup dlm dunia zaman skrg yg bnyk benar kemungkinannya …mudah2an anak2 kita, kaum keluarga kita slmt dunia akhirat ye..
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah PLATFORM PERCUMA BISNES INTERNETMy Profile

  18. padin says:

    bunuh orang ni dah macam tampar nyamuk je plak, huhuuu

  19. HafizAmri says:

    macam2 berlaku sekarang..
    jangan bunuh orang sesuka hati..x baik
    HafizAmri baru je tulis kisah Bekas Minuman Nabi Muhammad S.A.W Di SanjungMy Profile

    1. suri says:

      he betul2 nanti hidup entah kemana..
      suri baru je tulis kisah Oh Suri Bagaimana Rupa Si Dia ?My Profile

  20. UmmiKami says:

    Salam manis selebat hujan :D

    Melayang-layang ke pusara bernesan,
    Merpati terlepas ke tanah terbelah;
    Sayang menyayang di antara insan,
    Hati belas sunnah Rasulullah.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Orang Kita….My Profile

  21. Bahrain says:

    nice entry..sangat menarikk..nak membunuh tu agak2xla….sangat tak bermoral..kadang2x kita rasa sedih orang tak berdosa jadi mangsa pembunuhan…
    Bahrain baru je tulis kisah TERAPI ION ELEKTRIKMy Profile

  22. Lesen untuk membunuh dalam cerita James Bond..007 agent
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Bila Si Abang Dan Si Adik Berbicara Tentang PolitikMy Profile

  23. Juan says:

    manusia itu kadang lebih kejam dari yg sepatutnya
    Juan baru je tulis kisah LoanStreet – Malaysia Home Loan Comparison ToolMy Profile

    1. suri says:

      asal dari tanah tapi tak cukup bijak untk tafsirkan mana baik buruk.. whualam
      suri baru je tulis kisah Jangan Gatal-Gatal TanganMy Profile

  24. mancai says:

    menakutkan… kalau boleh hindar2kan dalam diri rakan2 blogger sekalian…
    mancai baru je tulis kisah kronologi ciptaan telefon bimbitMy Profile

  25. hafizmd says:

    Terbaiklah cikgu!

    Siap dgn contoh filem/drama lagi…best2..

    Apa yg penting, kita ambil iktibar dan kuatkan ilmu yg satu ini iaitu SABAR =)
    hafizmd baru je tulis kisah Kehangatan Live Streaming Suku Akhir Kedua Piala FA 16 AprilMy Profile

  26. Walau apa pun alasan, kita tidak sepatutnya berbunuhan sesama manusia.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Buku Bogel Menuju Tuhan Sudah SampaiMy Profile

  27. Hafizul says:

    Emm semua sebab tu jahat belaka..patutlah sesuai dengan tagline bunuh tu..eee takutnya..mintak jauh la dari keluarga saya..aminnn
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari JobdirumahMy Profile

  28. suri says:

    moga mereka yang melakukan kesilpan ini di buka pintu hati pd lebih bercahaya hidayahNYA
    suri baru je tulis kisah Ek, ElahMy Profile

  29. suri says:

    tiada kerja lain le tu huu..
    suri baru je tulis kisah Betapa Sukarnya..My Profile

  30. BeritaKaki says:

    setuju..yg paling utama sebenarnya sebab dengki dan nafsu tu sendiri.. hmm..
    BeritaKaki baru je tulis kisah HotKaki : Pelawak Wanita Ini Tidak Mahu AnakMy Profile

  31. de engineur says:

    Not a single of the above should be reason enough to take someone else’ life.
    de engineur baru je tulis kisah Manchester United are Champions – won 20th Premier League TitleMy Profile

  32. Bro Zulkbo says:

    salam..
    fitnah satu lagi Bro
    bab membunuh karekter peribadi
    seseorang..dah jadi habit
    ler nih di negara kita :(
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah PRU 13 : Buat Para Majikan Seluruh Malaysia Sila Baca Ini !My Profile

  33. Rina says:

    Salam kenal …
    Semoga kita terhindar dari perbuatan buruk seperti ini, miris sekali membaca hal2 yang berhubungan dengan pembunuhan
    Rina baru je tulis kisah List of Best Free Email Service ProvidersMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun