10 Sebab Cikgu-Cikgu Pergi Ke Sekolah

Berminat untuk menjadi cikgu dan berkhidmat di sekolah? Di bawah ini aku cuba senaraikan 10 sebab cikgu-cikgu perlu, mesti dan terpaksa ke sekolah untuk menyelesaikan tugas yang diberi dan diamanahkan. [Sebenarnya kerja lain juga lebih kurang sama. Banyak sebab untuk seseorang ke tempat kerja.]

peperiksaan sedang dijalankan

  1. Mengajar. Ini adalah tugas utama yang menyebabkan seseorang digelar cikgu. Termasuk juga di sini jadual kelas tambahan selepas waktu persekolahan atau dalam cuti penggal. Kelas tambahan sering juga diadakan pada sebelah malam.
  2. Latihan dan pertandingan sukan. Aktiviti ini bermusim terutamanya di awal tahun dan di adakan pada sebelah petang. Sering juga diadakan pada hujung minggu.
  3. Perjumpaan Kelab dan Persatuan serta pertandingan dalaman. Aktiviti ini juga dilakukan pada sebelah petang tetapi sering juga diadakan pada sebelah pagi waktu persekolahan.
  4. Perkhemahan Badan Beruniform. Biasanya diadakan selama 2 malam bermula pada petang Khamis dan tamat pada tengahari Sabtu.
  5. Gotong royong membersihkan kawasan sekolah. Aku suka kalau aktiviti ini dapat disertakan juga ibu bapa penjaga murid.
  6. Mesyuarat Agung PIBG. Sering juga majlis ini dilangsungkan pada sebelah malam. Kalau tidak pun pada hari minggu.
  7. Mesyuarat guru. Mesyuarat kali pertama bagi penggal persekolahan biasanya diadakan sebelum setiap penggal persekolahan awal tahun bermula.
  8. Banjir dan kecemasan. Sekolah biasanya menjadi tempat pemindahan mangsa banjir.
  9. Menyiapkan kerja dan tugasan yang tidak dapat dibawa pulang ke rumah pada setiap hari atau hujung minggu. Lumrah kakitangan kerajaan sebagai cikgu.
  10. Majlis penyampaian bantuan seperti BR1M, Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100, KWAPM, eKasih dan lain-lain. Biasanya YB akan hadir.

Adakah anda mengenali Siapa 10 Blogger Terbaik Malaysia yang bertugas sebagai guru di sekolah?

Aku percaya ada banyak lagi sebab untuk cikgu-cikgu ke sekolah, sama ada pagi, petang, siang atau pun malam. Mungkin pengunjung dari kalangan cikgu boleh menambahnya di ruangan komen nanti.

Walau pun ada segelintir cikgu yang datang ke sekolah dengan wajah yang tidak ceria [terutama pada hujung minggu], tetapi secara keseluruhannya adalah amat baik. Sering juga aku jumpa cikgu yang tak boleh duduk kat rumah, asyik nak ke sekolah je. Memang penuh bersemangat. :D

TehrDemikian kisah '10 Sebab Cikgu-Cikgu Pergi Ke Sekolah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. ciklaili.com says:

    menjadi guru adalah cita-cita saya sejak kecil lagi. alhamdulillah, tercapai juga cita-cita ini walaupun pernah menjadi ‘seseorang’ sebelum ini..

    * guru jutawan akhirat..
    ciklaili.com baru je tulis kisah Oreo Crepe dan Mango CrepeMy Profile

  2. Saya pernah berusaha untuk mejadi cikgu.Ketika ujian kelayakan maktab saya gagal dan permohonan guru sandaran ditolak.Akhirnya kerjaya cikgu bukan rezeki saya..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Saya sudah berpindahMy Profile

  3. hafizmd says:

    Terbaik! Sebab tu ambe sgt2 respek dan sayangkan mereka yg berstatus guru ni…jiwa mereka mmg jiwa pendidik…semoga Allah jua membalas jasa baik para guru kita…ameen

    p.s. Sudah jiwa guru, hari2 ke sekolahpun takpe…hehehehe
    hafizmd baru je tulis kisah Sehari di #SBB2013 yang Sungguh Hensem & Anggun!My Profile

    1. UmmiKami says:

      Aminn..
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peringatan..My Profile

  4. UmmiKami says:

    Salam hormat..

    Memang tugas guru penuh cabaran, nak didik anak bangsa bukanlah suatu perkara yang mudah kalau tak ada commitment dan keikhlasan. Dulu saya pernah memohon jawatan guru tapi kesempitan wang telah menyekat impian saya, namun commitment menjadi guru sentiasa terbungkam dalam diri..alhamdulillah saya dapat menjadi ‘guru’ pertama buat anak-anak saya.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peringatan..My Profile

  5. de engineur says:

    BR1M pun kena pergi sekolah jugak? Hmmm, btambah melambaklah kerja ‘bukan rasmi’ cikgu2 kita.
    de engineur baru je tulis kisah Broken goal during Africa Nations Cup matchMy Profile

  6. pipoq says:

    alhamdulillah sehingga sekarang ni tak pernah lagi ada perasaan terpaksa tiap kali nak pergi menjalankan amanah ke sekolah..

    p/s : kadang2 isteri pun marah sebab dah sampai rumah masih fikirkan tentang anak2 murid di sekolah..hehehe
    pipoq baru je tulis kisah Agama hanya ibadah ?My Profile

  7. akubiomed says:

    Ada satu lagi tugasan cikgu iaitu petugas pilihanraya di sekolah yang menjadi pusat mengundi.

    1. de engineur says:

      Tugasan yg ni Ada elaun ‘hidup susah’ ke bro?

  8. kesian jugak kan…

    kerja-kerja bukan rasmi then semua orang anggap senang.

    bagi aku setiap kerja ada KPI nya.

    takde yang senang lah nak dapatkan duit dr poket org :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah analisisMy Profile

  9. papa mifz says:

    tanpa cikgu siapalah kita sekarang kan…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Ketawa Besar Dalam GelapMy Profile

  10. UmmiKami says:

    Teringatkan cikgu sekolah rendah dulu.. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Lembab Dan Lembap..My Profile

  11. padin says:

    ada kerusi kosong tu, tak hadir atau dah siap jawab soalan? hehee
    padin baru je tulis kisah Kenangan Mengusik JiwaMy Profile

  12. donnyien says:

    betul kata papamitz, tanpa guru, siapalah kita.. hormatilah guru kita
    donnyien baru je tulis kisah Aaron Aziz Meriahkan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013My Profile

  13. azura says:

    guru sebagai pengerusi majlis lagi-lagi cikgu bahasa melayu macam cikgu kan kan kan
    azura baru je tulis kisah Rumpai Laut CollagenMy Profile

  14. effort lab says:

    Bila sebut je guru, mesti terlintas guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi. terima kasih chekgu!
    effort lab baru je tulis kisah Pengiklanan CPC atau CPM? Selamat Tinggal NuffnangMy Profile

  15. titan says:

    10 sebab aje ke?? hehe..
    titan baru je tulis kisah Blog Popular di BruneiMy Profile

  16. hairulafiz says:

    guru sekarang mendapat banyak perhatian kerajaan, sesuai dgn tanggungjawabnya….
    hairulafiz baru je tulis kisah Nasi TomatoMy Profile

  17. hatiputera says:

    Tanggungjawab guru pada masa sekarang amat berat. semoga cikgu semua tabah mendidik anak bangsa.
    hatiputera baru je tulis kisah Panduan Lulus MUET Dengan CemerlangMy Profile

  18. zool says:

    saya angkat tangan.. tanggungjawab guru memang besar
    zool baru je tulis kisah Blog Ligakampung di hentam dalam forum luar negaraMy Profile

  19. gaji cikgu skrg besooo wooo.. tu yg kena ke sekolah… kalau tak.. nak kerja apa. heeee :D
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Ada yg Dengki kat Hairul ke? Testimonial Pembeli yg Jana RM6K Sebulan bagitawMy Profile

  20. cikgu naman says:

    cikgu Titan ;)

    tak cukup 10 sebab tu..hehe

    Boleh tambah buat garisan padang, betulkan kerusi meja (bertukang), cat sekolah dll
    cikgu naman baru je tulis kisah iPhone 5 Berbaloi-baloiMy Profile

  21. fiezaradzi says:

    dulu masa abujang, duduk serumah dgn cikgu.. kadang2 rasa dia lah yg paling sibuk antara kami yg kerja bukan cikgu…
    fiezaradzi baru je tulis kisah Gambar #sbb2013My Profile

  22. Sharafie says:

    aku pernah ada pengalaman jadi cikgu..perkara paling tak suka kena bagi ucapan kat perhimpunan hari Isnin..aku pemalu..hahaha
    Sharafie baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  23. eiela says:

    dulu cita-cita nak jd cikgu tp tak jgk jadi, rasanya tak bleh jd kot garang sgt. kang habis anak orang.
    eiela baru je tulis kisah Halia Menghilangkan Angin Dalam PerutMy Profile

  24. khairil says:

    banyak juga sebenarnya tugas cikgu ni.
    khairil baru je tulis kisah 10 Senibina Paling Menggemparkan Dunia Yang Terdapat Di Timur TengahMy Profile

  25. segalabenda says:

    bukan setakat kesekolah aje bro…”Hello cikgu, minta cikgu datang ke balai sekarang sebab ada 2 orang pelajar cikgu ditangkap di cyber cafe”…cikgu jugak yang kene..polis tak call pun mak bapak hehehe
    segalabenda baru je tulis kisah Umur segalabenda.comMy Profile

  26. Memang respect gila dengan siapa yang jadi cikgu ni. Bukan sembarangan orang yang boleh tahan dengan karenah manusia ni. Cuma sekarang ni, makin ramai pulak menjadi cikgu terpaksa sebab takde kerja…. :(
    Malaysia Coin baru je tulis kisah Pemenang wang tunai FREE RM100My Profile

  27. Amirez says:

    macam-macam tugas cikgu. bukan setakat mengajar je. cita2 nak jadi cikgu lepas tukar daripada pensyarah tapi tak kesampaian…
    Amirez baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  28. Wan Fauzi says:

    besar jasa guru kepada pelajar hingga jadi org berguna…
    Wan Fauzi baru je tulis kisah Perbahasan Hukum Darah NifasMy Profile

    1. Wan Fauzi says:

      teringat pulak masa zaman persekolahan dulu2…
      Wan Fauzi baru je tulis kisah Perbahasan Hukum Darah NifasMy Profile

  29. Travel-Zoom says:

    teringat masa mengajar kat sekolah dulu2…
    Travel-Zoom baru je tulis kisah Cheap Travelling – Smart TravellerMy Profile

  30. cikguana says:

    assalamualaikum…
    asyik ke sekolah…hehehe… memang pun. Dahulu saya selalu marah sebab teman sebilik selalu ke sekolah,tak kira pagi, petang, dan malam. Sekarang ni, saya pula kena marah sebab suka sangat ke sekolah. Katanya dah tak ingat rumah, Jumaat dan Sabtu pun masih ke sekolah..Kata saya, nak buat macam mana, kesian budak..
    Selamat hari guru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun