10 Perkara Kita Memang Tahu

Kita memang tahu banyak perkara yang telah kita tahu. Kita juga tidak tahu banyak perkara yang kita belum tahu. Pastinya kita perlu ambil tahu akan apa-apa perkara yang belum kita tahu. Moga-moga kita akan menjadi lebih tahu.

benih ru

[1] - Ada santan putih di sebalik tempurung yang keras.

[2] - Ada cecair hitam di sebalik sotong yang lembut.

[3] - Ada rasa manis di sebalik durian yang berduri.

[4] - Ada rasa pahit di sebalik peria yang licin.

[5] - Ada penawar mujarab di sebalik lebah yang pantas.

[6] - Ada racun berbisa di sebalik obor-obor yang lambat.

[7] - Ada wangian semerbak di sebalik hitam kayu gaharu.

[8] - Ada bau menusuk di sebalik putih telur temelang.

[9] - Ada isi bernas di sebalik tunduk tangkai padi.

[10] - Tiada apa-apa isi di sebalik tegak pohon lalang.

air pantai getingSelamanya kita ini masih belajar dan akan terus belajar hingga ke hujung nyawa. Sangat perlu untuk kita berbaik sangka dengan apa yang ada di sekeliling kita. Lagi pun kita ini bukannya tahu semua rahsia alam.

TehrDemikian kisah '10 Perkara Kita Memang Tahu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. Wan Fauzi™ says:

    sama la kita… saya pun masih perlu banyak lagi belajar dan sambil beramal..
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Hukum Menyambut Valentine`s DayMy Profile

    1. suri says:

      bersama2 perbetulakn ya kwn2
      suri baru je tulis kisah Rahsia Rumahtangga Yang AmpuhMy Profile

  2. semua benda ada kelebihannha
    The Malay male baru je tulis kisah mahathirismeMy Profile

  3. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    proses pembelajaran akan berterusan
    sehingga ke akhir hayat..ermm, sapa sangka
    di sebalik wajah yang comel, akan ada bau
    tengit yang keluar dari badan..he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Apa Itu Bed Sores Atau Kudis Tekanan? Pencegahan Dan Cara RawatanMy Profile

  4. de engineur says:

    I suka rasa pahit d sebalik peria yg licin tu
    de engineur baru je tulis kisah India to have highest transmission voltage at 1,200 kVMy Profile

  5. nurmisnan says:

    Rahsia alam memang kita tidak ketahui tetapi sebaiknya
    kita cuba utk menyelami semampu yg mungkin
    nurmisnan baru je tulis kisah #SBB2013 – Silaturahim Ilmu KejayaanMy Profile

  6. akubiomed says:

    Ilmu ini luas dan tidak pernah habis.
    akubiomed baru je tulis kisah Wireless Trigger Yongnuo RF 603C tertunailah hasrat di hatiMy Profile

  7. mie says:

    banyak juga yang x dapat diungkapkan..
    eehhehee
    mie baru je tulis kisah Masjid Sultan Dan Murtabak Zam Zam SingapuraMy Profile

  8. titan says:

    bukan setakat 10 perkara..ada 1001 macam perkara lagi yang kita tak tahu..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 15 dan 16 dari Jobdirumah.comMy Profile

  9. UmmiKami says:

    Salam kelip-kelip cahaya Maghrib :)

    Ada seribu kecantikan disebalaik rupa yang buruk..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

    1. UmmiKami says:

      *sebalik
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

  10. ada teh disebalik tehramuan.com
    Resepi Puteri baru je tulis kisah Resepi Sayur Kailan Ikan Masin SpecialMy Profile

  11. effort lab says:

    Kami pun tahu ni post yg di schedule sempena cuti panjang. sebab tu tuan tak reply haha
    effort lab baru je tulis kisah Sandal Archport [4 gambar]My Profile

  12. ummikami says:

    Tumpang lalu :)

    Tikar basah melapik tempayan,
    Selipar kecil di tepi perdu;
    Ada hikmah disebalik kejadian,
    Iktibar diambil menjadi pandu
    ummikami baru je tulis kisah Pantun Kalau Dah Jodoh…My Profile

  13. papa mifz says:

    sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak diketahui oleh kita…
    papa mifz baru je tulis kisah Harap Esok Tak Muntah LagiMy Profile

  14. Ilmu tu takkan habis. even sampai mati pun kita masih diajar oleh imam bagaimana cara menjawab pertanyaan malaikat nanti. hanya amalan yang membezakan kita nanti.
    khairul asrol baru je tulis kisah Kesedihan Dalam KegembiraanMy Profile

  15. zik says:

    ada udang disebalik mee..hehe… banyak sangat perkara yang kita harus terokai… belajar dan terus belajar….
    zik baru je tulis kisah Melodi Perpisahan, Lambaian KasihMy Profile

  16. nazray says:

    saya suka yang ‘Ada penawar mujarab di sebalik lebah yang pantas.’ terbaik quote tu. ada makna tersendiri.
    nazray baru je tulis kisah Bekerja sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan | Pendaftaran dibuka sekarang.My Profile

  17. Rasanya ia bukan persoalan belajar sahaja bro tetapi perasaan ingin tahu dan menerokai semua rahsia alam. Tanpa keinginan dan rahsia ingin tahu itu, maka manusia akan ends up bagai katak di bawah tempurung. Hmm… pendapat jer ni ehhh…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah SBB 2013: SEO And Etiquette In BloggingMy Profile

  18. Sharafie says:

    betul tu bro..selagi hayat dikandung badan ada sahaja ilmu baru yang dipelajari setiap hari..sama ada sedar ataupun tidak..
    Sharafie baru je tulis kisah Kisah Seram Misteri Puaka Rumah Sewa Seremban 2My Profile

  19. Dja@SisHaza says:

    ilmu Allah luas dan adakalanya keupayaan untuk memahami itu terbatas
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah UNTUNG PANDAI MEMASAKMy Profile

  20. azura says:

    kayu gaharu warna hitam ke cikgu? itu saya tak tahu
    azura baru je tulis kisah Penat Tapi Tak PayahMy Profile

  21. suri says:

    hurm..
    jgan sangka org berani tegur kita tu seorang peramah tapi sebalik ramah belum tentu baik yg lain2 hal..kena hti2 gak takut2 bila terleps ckp bhya gak..
    suri baru je tulis kisah Rahsia Rumahtangga Yang AmpuhMy Profile

  22. suri says:

    meskipun kita baru tahu sedit akan pekara itu rupanya ada byk lgi kita tak tahu….
    suri baru je tulis kisah Rahsia Rumahtangga Yang AmpuhMy Profile

  23. suri says:

    nampk seseorg tgh dudk tu.adakah tu gambar cikgu2 tgh buat ucapan/persidangan pelajr..?
    suri baru je tulis kisah Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_01/2013My Profile

  24. fiezaradzi says:

    betul.. bersangka baik dan sentiasa positif.. hidup baru ceria..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Dunia Tanpa SempadanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun