10 Cara Mencari Penyakit Di Rumah

Rezeki jangan ditolak, untung jangan dibuang, penyakit jangan dicari. Mencari rezeki bukan seperti mencari kutu, hanya boleh dilakukan sambil mengumpat di birai tangga. Apa yang senang dan mudah hanya mencari penyakit sahaja. Memang boleh dicari di mana-mana penjuru rumah.

cari penyakitDi bawah ada aku senaraikan 10 cara bagaimana mahu mencari penyakit di rumah. Memang sangat sesuai untuk pasangan yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Sebahagiannya pula sesuai untuk panduan semua.

  1. Letakkan peralatan tajam seperti pisau dan gunting dimerata tempat. Lebih elok sekiranya mudah dicapai oleh kanak-kanak.
  2. Sediakan tali berbagai saiz sebagai alatan permainan kanak-kanak. Dawai atau wayar elektrik juga boleh diberikan sekiranya tiada tali.
  3. Biarkan bayi menyusu botol sendiri. Letakkan bantal besar sebagai alas botol susu agar tidak terjatuh.
  4. Sediakan baldi besar di dalam bilik air dan biarkan kanak-kanak mandi dan bermain di bilik air seorang diri.
  5. Biarkan barang mainan bersepah di atas tangga. Kalau ada benda-benda kecil dan yang mudah bergolek lagi sesuai.
  6. Susun dan letak bahan-bahan beracun bersama barang makanan dalam almari dapur.
  7. Letakkan seterika di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak. Biarkan suiz seterika dalam keadaan ON sepanjang masa.
  8. Ubat nyamuk atau lilin boleh diletakkan berdekatan dengan langsir dan timbunan kain baju. Molek juga kalau diletakkan berdekatan dengan katil.
  9. Tinggalkan rumah dengan mengunci pintu selepas menjerang air atau memanaskan makanan di dapur. Lagi bagus sekiranya tong gas dalam keadaan penuh.
  10. Jangan buang air yang bertakung di dalam dan di luar rumah. Elakkan juga dari membuang, menimbus atau membakar sampah sarap yang terdapat di sekeliling rumah.

tarik telingaMencari penyakit bukan seperti mencari cinta sejati yang perlukan pengorbanan yang tulus ikhlas. Tapi perlu juga awas dengan pepatah Berkorban Apa Saja, Harta Atau Pun Nyawa. Silap-silap gaya dan cara penyakit juga yang datang menerpa. :D

TehrDemikian kisah '10 Cara Mencari Penyakit Di Rumah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


55 Comments

  1. adele says:

    kucing mmg makhluk plg comel. buatlah perangai buruk cmne skalipun ttp comel. tak rasa nak pukul pun..hehe

    sy tak suka ibubapa yang cuai yg boleh menyebabkan kecederaan anak2 sendiri. kalau boleh nak bagi nasihat kat diorang smpai diorg phm :D
    adele baru je tulis kisah Jom Berenang JomMy Profile

  2. akubiomed says:

    10 perkara macam ini mudah mengundang kecelakaan. Kecuaian dan kemalangan boleh dielakkan kalau kita mengambil berat.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # Kusyuk bacaMy Profile

  3. Bro Zulkbo says:

    salam..
    ha ha..sindir nampak?
    molek sangat tu pada yang jenis
    cuai, semoga menjadi panduan :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Wang Polimer : Kebaikan Dan Panduan PenjagaanMy Profile

  4. papa mifz says:

    tu lah bila ado anak kecik kene sentiasa berwaspada…anak2 kecik nih apo yg dorang nmpak semuo nampak mcm mainan jer pado mereka kan…
    papa mifz baru je tulis kisah Merempit di Ladang Kelapa SawitMy Profile

  5. titan says:

    sapelah yang suka cari pasal nih,.
    titan baru je tulis kisah Gua – 3 tahun lagi.My Profile

  6. zool says:

    betul tu.. jangan cuba mencari penyakit kelak buruk padahnya..
    sindiran tajam ni
    zool baru je tulis kisah Pengalaman korban lembu sempena Hari Raya Aidiladha 1433 HMy Profile

  7. donnyien says:

    semoga nasihat ini bermanfaat untuk semua terutama ibubapa yang kurang mengambil berat tentang keselamatan di rumah.
    donnyien baru je tulis kisah Keputusan Liga Perdana Inggeris EPL 27 Oktober 2012My Profile

  8. donnyien says:

    bro, jom teka benda di blog aku mana tau dapat top up percuma :) [sekadar memeriahkan keadaan]
    donnyien baru je tulis kisah (Contest) Teka jumlah Sos Cili Tomato dan menang $$My Profile

    1. donnyien says:

      tq bro sebab sudi join contest saya :)
      donnyien baru je tulis kisah Blogwalking Lists Malaysia – Commentators October 2012My Profile

  9. beckhr00y says:

    cari penyakit dalam rumah, pertama kali dengar ni hhe
    beckhr00y baru je tulis kisah Buah Pelik Tembikai Bentuk Segiempat Dan Pelbagai BentukMy Profile

  10. Cari penyakit kat rumah? Eh janganla…;)
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah 10 Cara Menurunkan Tekanan Darah TinggiMy Profile

  11. kecuaian diri mmg mengundang bencana…huhu
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Redbull Airforce : Jokke Sommer Lebih EkstrimMy Profile

  12. ohooo sentap…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah bukan aku mntak lahir mcm niMy Profile

  13. cik tom says:

    bagus jugak sindiran ni..cara psycho ni lg relevan utk zaman skang..hee
    cik tom baru je tulis kisah Panduan Lengkap Peperiksaan Penolong Penguasa Imigresen KP27My Profile

  14. Cikgu Hairul says:

    bila difikirkan dalam-dalam, hampir semua benda dalam rumah boleh mendatangkan bahaya kepada kita dan anak-anak. benda-benda yang sangat bahaya contohnya soket outlet dah diletakkan paras kaki. cuba tengok rumah dulu-dulu, soket outlet semuanya di atas. sekarang susah nak jumpa. kalau pun kita tak cuai, tapi design rumah sekarang menyebabkan bahaya sangat dekat dengan kita.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Tips kumpul duit kahwin bagi graduanMy Profile

  15. azura says:

    buat kata Pak Lang saya ubat batuk adalah makan ais krim
    azura baru je tulis kisah Bertunang bukan semudah disangkaMy Profile

    1. xpasti pula..tp kalo sakit tekak mmg kene makan ais krim vanilla.. :)
      Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Wordless Wednesday : Intel 48 CoresMy Profile

  16. Nasihat dalam bentuk sindiran.. Hehe.. Agak-agak ada tak yang terus mengikut?
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Restoran Miyagi Bandar Baru BangiMy Profile

  17. Miss Yati says:

    Nasihat secara reverse psychology.. :) Bukan larang, bukan suruh, tapi bagitau caranya :P

  18. padin says:

    hahaha memang mudah cari penyakit ni,
    padin baru je tulis kisah Basuh KeretaMy Profile

  19. adehh.. ada antara tu, kawe TERbuat jugak… mmg cari penyakit ehhh..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah NO To Mandatory Death For Drug OffendersMy Profile

  20. shraqs says:

    Bila baca tu semua, teringat plak zaman kecik2 dulu bila arwah orang tua saya selalu bising. Lebih kurang sama la cara ayatnya,.. jarang arwah guna perkataan “JANGAN”,.. banyak berkias. Tapi bila dah besar ni baru faham sebab arwah buat macam tu, kalau kata JANGAN, lagila kita rasa berminat. :)
    shraqs baru je tulis kisah Cara – Cara Root Galaxy SIII Android JellybeanMy Profile

  21. amirulfaiz says:

    Ehehe, tu lah, main lagi dalam plastik, kan dah tak leh keluar. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah 5 bahasa kasih sayang kanak-kanak.My Profile

  22. Juan says:

    apa yg bro senaraikan memang itulah satu benda yg saya kadang kadang risau bila dirumah dan suka ingatkan org lain agar jgn begini dan begitu
    Juan baru je tulis kisah Tunaikan Google Adsense Melalui Western Union Kali Ke-2My Profile

  23. rahman says:

    elok beringat tentang 10 perkara tu
    rahman baru je tulis kisah Sup tulang daging korbanMy Profile

  24. LadyBird says:

    tu mmg nk cr pnkt.. leh bw maut tu.. huhu.. tp rmai yg buat gtu..
    LadyBird baru je tulis kisah Kepentingan Debu Kepada AlamMy Profile

  25. bahaya tu kalau buat 10 perkara…
    biasanya org nie.. kalau dicakap jangan, makin dibuat…
    tapi kalau disuruh… mesti tak mau buat…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Berminat Tak? Aneka Putu Piring & Bambu – Style Homemade dan KomersialMy Profile

  26. Cik Siti says:

    dapur memang tempat yang membahayakan. yang pasti cerek elektrik atau periuk nasi jangan letak tepi yang wayar jangan dibiarkan terjuntai je…. takut anak tarik…
    Cik Siti baru je tulis kisah mee hoon goreng sicilikMy Profile

  27. Nazri says:

    mcm2 da kes yang jadi dalam rumah.. waspada sebelum menyesal
    Nazri baru je tulis kisah Nak Jaga MakMy Profile

  28. Amirez says:

    entri sarkastik hehe. ramai juga yang ambik lewa hal keselamatan macam ni
    Amirez baru je tulis kisah Statistik Blog Bulan Oktober 2012My Profile

  29. Jonna says:

    betul tu.. jangan cuba mencari penyakit kelak buruk padahnya..
    sindiran tajam ni
    Jonna baru je tulis kisah kimkardashian24h.comMy Profile

  30. sindiran yg panas giler ni dan seksi ni.. ibu bapa yg trmakan cili tu jgn la mncari pnyakit ni :-D
    Panas Giler (djchef) baru je tulis kisah MISI DJDANCHEF.BLOGSPOT.COM CAPAI 1JUTA PAGEVIEWSMy Profile

  31. sindiran yg panas giler ni dan seksi ni.. ibu bapa yg trmakan cili tu jgn la mncari pnyakit ni :-D
    Panas Giler (djchef) baru je tulis kisah MISI DJDANCHEF.BLOGSPOT.COM CAPAI 1JUTA PAGEVIEWSMy Profile

  32. Mummy Akmar says:

    sindiran sebagai nasihat bertujuan mengata berterus terang secara tersirat….
    Mummy Akmar baru je tulis kisah iPhone 5 Gadget IMPIANMy Profile

  33. Mummy Akmar says:

    tapi bila baca dan baca ni..nak tergelak pon ada…izin kan saya ketawa..hahahahaha…
    Mummy Akmar baru je tulis kisah iPhone 5 Gadget IMPIANMy Profile

  34. Mummy Akmar says:

    harap ada yang sedar dengan nasihat ini..
    Mummy Akmar baru je tulis kisah iPhone 5 Gadget IMPIANMy Profile

  35. chii says:

    erhh..ni baik pnya sindiran ni..bg yg selalu careless..patut/wajib baca ni..ehehe

  36. Juan says:

    aik, lama bro x menulis, masih lagi mood raya?
    Juan baru je tulis kisah Ruang Bicara Pandangan Terhadap Prestasi Proton as National Car MakerMy Profile

  37. azura says:

    lama tak online cikgu
    azura baru je tulis kisah Cadangan dan kritikan buat blog EizilMy Profile

  38. rain says:

    amboi ada yang sentap kaki tak senang hati ni hahaha.

    hai tehr :D

    kelamaan ketiadaan kedatangan kesini.
    rain baru je tulis kisah rezeki anak subuh dinginMy Profile

  39. kakyon says:

    kut2 ada yang mengikut cara2 mencari penyakit nie..hehe
    kakyon baru je tulis kisah Apa apa jerlahhh..My Profile

  40. hafidz says:

    Amboi….
    Kucing Siam ker tuh? :P
    hafidz baru je tulis kisah Liverpool FC Adidas Organiser BagsMy Profile

  41. Khidhir says:

    checklist keselamatan dalam rumah
    Khidhir baru je tulis kisah Bayaran Daripada Churp ChurpMy Profile

  42. fiezaradzi says:

    biasa org buat JANGAN ye. psikologi yg baik ni.. biasa yg dilarang tu yg nak dibuat.. jadi jgn larang.. hehee
    fiezaradzi baru je tulis kisah Raya Haji dan OktoberMy Profile

  43. hafizmd says:

    Elok print dan tampal kat taska dan pintu rumah.

    Terbaik!
    hafizmd baru je tulis kisah iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  44. Norizwan says:

    alamak….perkara ini amat lah menyakitkan huhu…mengundang bahaya ni….
    Norizwan baru je tulis kisah Hujan lebat tanpa hentiMy Profile

  45. Norizwan says:

    Alamak…perkara ini amat lah menyakitkan huhu…mengundang bahaya ni…
    Norizwan baru je tulis kisah Hujan lebat tanpa hentiMy Profile

  46. de engineur says:

    Reverse psychology ni. Kadang2 lebih berkesan drp segala macam larangan.
    de engineur baru je tulis kisah World’s tiniest digital cameraMy Profile

  47. maza says:

    kuikuikui..

    cikgu tehr menggunakan teknik paradoks tahap dewa ni.. hehee
    maza baru je tulis kisah Menyelusur galur keturunan sendiriMy Profile

  48. de engineur says:

    Lama cikgu tak update blog. Pantun2 pun dah lama x nampak.
    de engineur baru je tulis kisah Sabah suspended Ayamas importsMy Profile

  49. Jamal Ali says:

    Siapa yang makan cili dia yang akan rasa pedihnya. Huhuhu.
    Jamal Ali baru je tulis kisah Mengutip Kacang Panjang Bersama Kenangan (i)My Profile

  50. Mus says:

    baru 10.. ada banyak lagi yang belum tersenarai..
    kalau ada anak kecil macam saya.. semua benda ada faktor kecederaannya
    Mus baru je tulis kisah Element Kehijauan, Jalan-Jalan Ke Desa Cattle Farm Kundasang, SabahMy Profile

  51. Linda says:

    Tips yang paling best yang pernah saya baca
    Linda baru je tulis kisah Apple iPhone 5 Black 64GB (AT&T) Unboxing and OverviewMy Profile

  52. eszairy says:

    Sindiran tajam..kadang kena lepak tanda di kawasan merbahaya.awas kawasan kemalangan di kawasan dapur niii…

  53. dja@sishaza says:

    Bukan smua parents yg ada kesedaran ttg keselamatan ahli klrga d rumah…. bila dh terhantuk br nk terngadah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun