10 Cara Mencari Penyakit Dalam Banjir

Sempena musim hujan dan musim banjir sekarang ini, aku ambil kesempatan untuk memberikan beberapa tips ‘mencari penyakit’ di dalam air dan banjir. Lagi pun air sedang bertakung dan melimpah, kan? Rezeki boleh ditolak, untung boleh dibuang, penyakit juga boleh dicari.

  1. Benarkan anak-anak untuk bermain hujan. Ini dapat meningkatkan daya tahan anak-anak terhadap perubahan cuaca.
  2. Lebih elok lagi kalau dapat benarkan mereka bermain air banjir yang deras. Sekurang-kurangnya dapat juga mereka belajar berenang kuak lentang bersama kawan-kawan.
  3. Galakkan anak-anak untuk menahan pukat, joran atau menjala bersama kawan-kawan di sungai atau parit tali air. Biarkan mereka berdikari dan belajar mencari rezeki.
  4. Letak kenderaan di tempat yang agak rendah dan berkemungkinan air hujan akan bertakung. Dapat juga mengetahui sama ada lantai kereta bocor atau tidak. Kalau tak bocor, kereta tak akan tenggelam.
  5. Kenderaan kecil seperti kereta boleh meredah air yang agak dalam dengan cara ikut belakang lori. Jangan risau, apa-apa hal berlaku, lori boleh tolong tarik nanti.
  6. Motosikal juga boleh mengharung air yang agak dalam di atas jalan raya. Pastikan ekzos ditutup dengan plastik dan matikan enjin motosikal.
  7. Biarkan sahaja binatang peliharaan seperti lembu, kerbau, ayam dan itik. Lembu, kerbau dan itik tu pandai berenang. Ayam pula boleh terbang. Kecuali kambing, makhluk yang satu ni memang takut air.
  8. Simpan penutup longkang yang diperbuat daripada besi di tempat yang selamat. Pencuri memang akan ambil kesempatan ketika banjir. Lagi pun besi mudah berkarat bila terkena air.
  9. Bawa anak-anak dan keluarga untuk berkelah atau beriadah ketika banjir. Dengan cara ini dapat menjimatkan wang dan perbelanjaan.
  10. Jangan pakai selipar atau kasut bila mengharung air yang bertakung atau banjir. Jaga dan sayangi harta benda awam yang dibeli dengan duit sendiri.

jalan tenggelam

Selamat berpesta dalam banjir untuk semua. Jaga tepi kain sendiri, jangan jaga tepi kain orang perempuan sebelah yang sedang mengharung banjir. :D

TehrDemikian kisah '10 Cara Mencari Penyakit Dalam Banjir' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


44 Comments

  1. Ada sapa-sapa berani amalkan tak 10 cara cari penyakit dalam banjir ni? haha
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013My Profile

    1. rasanya tak ada bro..kah3..semua kalau boleh dgn rumah2 nk dibawa ke pusat pemindahan..haha
      syaifuddin alias baru je tulis kisah Apa Yang Perlu Elak Semasa BanjirMy Profile

      1. tehramuan says:

        yang anak remaja tu selalunya rajin cari penyakit

    2. tehramuan says:

      ada tu yang buat sebahagiannya :D

      1. hafizmd says:

        Itu sudah pasti..ambe antara yg buat no 3 mase kecik2 dulu…tp selalunya tak merbahaya…sbb tahan pukat dalam kawasan rumah saje..dapatlah ikan haruan, keli dan puyu =)
        hafizmd baru je tulis kisah Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok KecilMy Profile

        1. tehramuan says:

          dekat kawasan rumah dengan dipantau oleh orang dewasa
          masih boleh diterima tu, bro
          parit tali air pula memang bahaya

  2. Mmg patutu jangan buat 10 perkara tu. terutama biarkan anak main banjir deras sambil belajar kuak lentang utk kejohanan kuak lentang sedunia.. heeee :D
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Membayar Zakat Mampu Membersihkan Harta Dan Jiwa AndaMy Profile

    1. haha…tak sggup
      syaifuddin alias baru je tulis kisah Apa Yang Perlu Elak Semasa BanjirMy Profile

      1. tehramuan says:

        aku pun tak sanggup, bro

    2. tehramuan says:

      mana tahu boeh layak ke olimpik acara kuak lentang
      hehe

      1. hafizmd says:

        kalau dapat survive =)
        hafizmd baru je tulis kisah Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok KecilMy Profile

  3. pedasnye kata-kata…

    sentap…

    tp betul lah. bahaya jangan dicari…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah khamis ada bing bangMy Profile

    1. tehramuan says:

      sekadar nasihat untuk anak2 je :D

  4. 11. Tak baca posting terbaru blog tehramuan.com :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Healthcare System and Cancer Treatment for the Elderly : A Follow UpMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      jadi silalah baca ramai2 :D

  5. kalau dah kena tak boleh buat mende da..huhu
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Apa Yang Perlu Elak Semasa BanjirMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      sesal kemudian tak berguna

  6. titan says:

    haha..terbaiklahh..
    titan baru je tulis kisah Susah juga ganti tayar kereta Saga ni..My Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      aku ikut apa yang terlintas je, bro

    1. tehramuan says:

      sedihnya bila orang dewasa tunjukkan cara kepada budak2
      bagaimana nak cari penyakit ni

      1. hafizmd says:

        Itu mmg style org dewasa. Melarang tp diri sendiri buat. Dia merokok, larang org merokok.

        Dia langgar lampu isyarat, marah org lain langgar lampu isyarat..

        Dia bwak lebih had laju, dia marah org pasang AES…oppps!
        hafizmd baru je tulis kisah Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok KecilMy Profile

        1. tehramuan says:

          haha
          begitu la yang biasa kita lihat

  7. Bro Zulkbo says:

    salam..
    ha ha..memang lawak nasihat
    di atas tu..2 in 1..musim banjir
    ni lah ramai yang mencari jodoh
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Aktiviti Hari Minggu Menukar Ampaian Baru Dan Makan FreeMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      kadang2 memang begitu kehendak takdir
      jumpa jodoh dalam banjir
      apa yang baik kita terima je, bro

  8. akubiomed says:

    Penyakit bawaan air memang mudah merebak ketika musim banjir.
    akubiomed baru je tulis kisah Bloglist Setahun Dari ciklaili.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu
      wabak penyakit memang selalunya ada

  9. effortlab says:

    Baca tajuk, ingatkan tentang kenal pasti penyakit masa banjir. Rupanya cari penyakit.

    11. Usha anak dara atau anak bujang jiran
    effortlab baru je tulis kisah Kajian HarianMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      kalau tak pandai berenang, tak usah la nak cuba2
      kena kejar nanti payah nak cabu lari :D

  10. yas says:

    ade jugak ke yg nk mencari penyakit banjir nih…klau ada mmg x bape nk betoi la tu…hehehe
    yas baru je tulis kisah Siri Pahlawan Islam – Khalid Al WalidMy Profile

    1. tehramuan says:

      ya la, yas
      ni yang aku dok musykil ni
      kenapa la suka cari pasal dalam keadaan yang tak terurus macam ni

  11. sensasi2020 says:

    Assalamualaikum…

    boh doh ko kg tehr?
    sapai pese dengar sain2. Jage main air boh. Takut ada gapo2 hok tok sir berlaku?

    Bagus2….pesanan drp org tua2.

    Sekali air bah,
    Sekali pantai berubah,
    Sekali aku rebah,
    Sekali lutut berdarah.

    he..he…
    c u a gain.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Segmen Blog Popular 2012 Pilihan Blogger BaruMy Profile

    1. tehramuan says:

      sekali datang banjir
      kampung penuh air
      penyakit mula hadir
      berderet dan bergilir

  12. Hafizul says:

    hahaha…bahaya penyakit ni…tak ada ubat nih…
    Hafizul baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      ubatnya ada dalam diri sendiri, bro
      memang kena cari betul2 :D

  13. Norizwan says:

    bagus la memang elok cari penyakit macam ni…Nikmat Allah berikan… :)
    Norizwan baru je tulis kisah Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke -7My Profile

    1. tehramuan says:

      hehe siapa yang suka cari penyakit tu
      silakan je

  14. onlajer says:

    Tempat saya memang jarang banjir, jadi susah lah nak jaga tepi kain anak dara sebelah rumah hehe
    onlajer baru je tulis kisah Renovasi dan Dekorasi – Saya memilih Iman PuriMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak apa la, bro
      cari cara lain je :D

      takkan la nak gi pindah tinggal dekat kawasan banjir, kan?

  15. Ladfe Amir says:

    memang ada masanya cara begini sesuai untuk mengubah degil kebanyakkan orang. bila kita spin sikit info, mereka akan spin jg pemikiran mereka utk tidak mencari penyakit dalam banjir ini
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Dimanakah Keadilan Allah Saat Aku BerdoaMy Profile

    1. tehramuan says:

      harap2 mereka faham dan boleh terima apa yang aku tulis ni
      hehe

  16. wazy says:

    Perghh..ni betul-betul cari penyakit,hehe dulu pernah redah banjir guna motor,sampai satu tahap tu motor tak hidup,memang haru dan sedih
    wazy baru je tulis kisah Peringatan Buat KitaMy Profile

  17. tehramuan says:

    aku juga pernah, bro
    memang sengaja cari penyakit
    kalau air deras lagi la bahaya
    hehe

  18. padin says:

    hahaaa dah banyak sgt komennya, tak terbaca dah..
    apa yang aku nak komen,
    memang sengaja cari penyakit, heh heh heh,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun